Pages

Agar-agar Belang

6.23.2014
AGAR-AGAR BELANG.


Agar-agar memang kesukaan kanak-kanak.Bahkan orang dewasa turut menggemarinya.Pelbagai cara yang kita boleh olah untuk menjadikan agar-agar tampil menarik.Salah satunya agar-agar belang ini.Jom tengok resepi dan caranya.

Bahan bahannya

37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat
4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna

Caranya

Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepada 3 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.

Memang nampak menarik dan sedap.Lagipula dihidangkan untuk minum petang,pasti family anda suka.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment