Pages

Aiskrim Nescafe

6.29.2014
AISKRIM NESCAFE.

Musim panas yang melanda memang mencabar terutamaya umat islam yang berpuasa.Dan dalam bulan puasa inilah bermacam-macam makanan yang hendak di rasa.Harini nak share resepi Aiskrim Nescafe.Cubalah..

Bahan bahannya

1½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan air panas

1 sudu besar gula
2 sudu besar nescafe


Caranya:

Pukul susu cair sampai kembang, kemudian masukkan gula dan susu pekat. Tuangkan nescafe yang telah dikacau dengan air panas, tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan. Keluarkan dan dipukul lagi sampai kembang dan dibekukan semula.
Memang sesuai di hidangkan di kala berbuka.Selamat mencuba..
Read more ...

Apam Gebu

6.27.2014
APAM GEBU.


Kuih apam memang kuih yang paling mudah untuk disediakan.Cuma yang menjadi masalahnya ialah kegebuannya.Jom saya kongsikan resepi apam gebu.

Bahan bahannya.

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B
1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya

Caranya

Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

HIdangkan bersama kelapa parut.Sesuai untuk sarapan pagi anda.
Read more ...

pUDING KEK GULUNG

6.26.2014
PUDING KEK GULUNG


Menyediakan minum petang memang memeningkan kepala kadangkala.Bosan dengan menu goreng-goreng?Jom cuba buat puding kek gulung.Mesti suka ahli keluarga minum petang bersama-sama.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

30 gram agar-agar 
1 tin susu cair 
2 cawan gula 
5 cawan air 
2 biji telur (dipukul) 
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega 
1 tin buah koktail 
1 biji kek gulung 
secubit garam 
1 camca teh asen vanilla

Caranya

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Untuk lebih enak,bolehlah di hidangkan bersama aiskrim berperisa vanila atau coklat.Memang nyaman menikmatinya di waktu petang.

Read more ...

Beef Lasagne

6.24.2014
BEEF LASAGNE 


Sesekali kita nak tukar juga selera makanan nie.Kali ni nak share resepi buat Beef Lasagne.Mari kita pantau bahan-bahannya..

Bahan bahannya:

6 kepingan besar lasagne (rebus hingga lembut-lebih kurang 2 minit) 
1 mangkuk daging cincang 
1 mangkuk cendawan butang/tiram (hiris) 
2 biji bawang besar (potong dadu) 
3 ulas bawang putih (hiris nipis) 
1 sudu kecil serbuk pala 
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
3 sudu besar tomato puree 
4 biji tomato segar(potong dadu) 
1 kiub stok ayam 
½ cawan keju mozzarella/cheddar (parut) 
3 atau 4 sudu besar minyak zaitun 
Garam 


Paste (campurkan 3 sudu besar air: 
1 sudu besar serbuk cili kering 
1 sudu besar serbuk kari daging 


Sos: 
2 cawan susu segar 
2 sudu besar tepung 
½ cawan keju mozzarella/cheddar (parut) 

Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hinngga naik bau. Tumis bahan paste. Masukkan kiub ayam, serbuk pala, lada hitam, garam, tomato puree dan daging cincang. Masak sehingga daging masak. Masukkan tomato segar dan cendawan, masak selama 2 minit. Angkat. Masak sos dengan api perlahan sehingga kuah pekat. Sediakan bekas pembakar. 
- lapisan pertama : kepingan lasagne 
- lapisan kedua : daging 
- lapisan ketiga: sos 
Ulang lapisan. Diatas lapisan terakhir, taburkan keju parut. Bakar dlm oven selama 30/40 minit, suhu 180C. 

Makanan ini boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan di simpan di alam bekas pembakar di bahagiaan sejuk beku freezer anda.Bila teringin cuma pansankan kembali menggunakan microwave..
Selamat mencuba.
Read more ...

Beaf Steak Derga

6.23.2014
DERGA BEAF STEAK

Pernah makan makanan barat?Pasti pernahkan.Apakata cuba resepi Beaf Steak Derga ni.Pasti memikat selera anda.

Bahan bahannya:

600 gm daging lembu
300 gm kentang
4 labu bawang besar
4 sudu teh tepung gandum
4 sudu besar minyak
8 sudu besar air
½ sudu teh serbuk lada
4 biji telur ayam
1 tin kecil kacang peas
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Cara membuatnya.

Potong daging 5 cm x 2.5 cm dan bersihkan. Potong kentang nipis-nipis dan potong bawang besar secara lereng. Pukul telur hingga hancur. Celup daging di dalam telur. Panaskan kuali dengan 3 sudu besar minyak dan goreng daging hingga empuk. Ketepikan. Di dalam minyak yang sama goreng kentang dan bawang besar. Angkat dan ketepikan. Bancuh tepung gandum dengan air. Kacau rata-rata supaya tepung tidak berketul. Panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan bancuhan tepung. Kacau selalu. Masukkan kacang peas, bawang besar goreng, kentang goreng dan serbuk lada. Kacau seketika. Sebelum diangkat taburkan daun bawang dan daun saderi. Letakkan daging di dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas daging rata-rata.
Read more ...

Agar-agar Belang

6.23.2014
AGAR-AGAR BELANG.


Agar-agar memang kesukaan kanak-kanak.Bahkan orang dewasa turut menggemarinya.Pelbagai cara yang kita boleh olah untuk menjadikan agar-agar tampil menarik.Salah satunya agar-agar belang ini.Jom tengok resepi dan caranya.

Bahan bahannya

37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat
4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna

Caranya

Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepada 3 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.

Memang nampak menarik dan sedap.Lagipula dihidangkan untuk minum petang,pasti family anda suka.Selamat mencuba..
Read more ...

Kek Marbel

6.23.2014
KEK MARBEL


Harini nak share resepi kek marbel.Haritu singgah di rumah kawan di hidangkan pula dengan kek marbel ni.Terus mintak resepinya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

100 gm mentega tanpa lemak 
100 gm gula ising 
3 biji telur (ambil 2 kuning dan 3 putih) 
200 gm tepung naik sendiri 
2 sudu makan susu cair 
1 camca teh asen vanilla 
serbuk koko (ikut suka)

Caranya

Pukul mentega dan gula ising hingga betul-betul kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan asen vanilla dan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan. 

Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang. Bakar adunan selama 20 hingga 30 minit dengan suhu 180 C.

Mudah sahajakan.Resepi sesuai untuk santapan 5 orang.Untuk pewarna anda boleh ubah ikut selera anda dan bolehlah di tambah dengan coklat chip.Selamat mencuba,
Read more ...

Brownie

6.23.2014
BROWNIE

Salah satu kegemaran anak saya ialah Brownie nie.Memang akan keluar dari mulutnya minta saya buatkan.Jom saya share cara-cara menbuatnya.

Bahan-bahan

½ cawan marjerin
50 g coklat buku
1½ cawan serbuk biskut manis coklat
1 cawan kelapa kering
½ cawan kacang tanah (dikisar kasar)
½ cawan air
1 camca teh esen vanila
100 g coklat buku (dicairkan)

caranya

Satukan marjerin dan coklat buku ke dalam satu bekas. Letakkan bekas ini di atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair. Angkat bekas coklat dari air panas. Masukkan biskut, kelapa, gula, air, dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas dan dilenser dengan kertas minyak. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dari peti sejuk, tuangkan coklat cair dan ratakan. Biarkan brownie agak keras sebelum dipotong kepada empat persegi.

Cubalah.Mudah kan.Selamat mencuba..
Read more ...

Kek Kukus Buah Buahan

6.22.2014
KEK KUKUS BUAH BUAHAN


Mari kita lihat resepi kek kukus perasa buah-buahan.Walaupun agak mudah untuk menyediakannya namun rasanya pasti tidak mengecewakan.

Bahan bahan:

350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur
400 gm mentega
½ tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila

Caranya:

Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata. Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.
Read more ...

Barbeku Ayam

6.22.2014
BARBEKU DAGING AYAM


Kalau berkumpul ramai-ramai biasanya pasti seronok kalau di adakan barbeku.Meriah.Kalau berminat nak cuba resepi barbeku ini,ikutilah resepi di bawah.

Bahan bahannya

100 gm isi ayam atau bahagian paha
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram
4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah

Cara penyediannya

Bersihkan ayam dan gaul dengan kesemua rempah. Biar setengah jam dan panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Mudah sahaja..Selamat mencuba..
Read more ...

Mee Sup Cantonis

6.22.2014
MEE SUP CANTONIS.


Bagi anda yang gemar makan mee bolehlah cuba resepi mudah ini.Ikutilah resepi muda di bawah ini.

Bahan bahannya

150 gm mi kuning
5 ekor udang
2 ekor sotong
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
3 biji cendawan butang (dihiris)
Sedikit sayur-sayuran (dihiris)
Garam, minyak masak & bawang goreng

Caranya

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan & garam. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan mi, cendawan & sayur-sayuran. Masak selam 3 minit. Angkat & hidangkan.

Hidangkan di dalam mangkun.Taburkan bersama bawang goreng.Selamat mencuba.
Read more ...

Aiskrim Goreng

6.21.2014
AISKRIM GORENG.


Jika anda berkelapangan,cubalah resepi aiskrim goreng ini.Pasti di sukai oleh anak-anak anda.Resepinya agak mudah.Jom kita tengok.

Bahan bahannya

ais krim(nestle) 
1 biji telur 
1 cawan tepung gandum 
air 
2 cawan breadcrumb 
1 cawan cornflakes 
1 cawan coco crunch 

*jem stawberry

Caranya

)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan 
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan 
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat. 
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi.. 
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping. 
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras. 
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas. 
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan. 
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cara menghidang- letakkan aiskrim goreng tadi di dalam pinggan dan hidangkan sekali jem sebagai pencicahnya.Selamat mencuba..
Read more ...

Siakap Masak Pedas

6.21.2014
SIAKAP MASAK PEDAS.


Ikan siakap memang sedap lebih-lebih lagi di masak pedas.Kalau ada masa dan rajin bolehlah cuba masak menu ini dirumah.Sesuai untuk makan tengahari atau malam.Mari lihat resepi siakap masak pedas ini.

Bahan bahannya:

1 ekor ikan siakap sederhana besar 
Serbuk kunyit dan garam 
Minyak untuk menggoreng

5-7 biji lada besar (merah) dikisar 
1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
1 btg serai (dihiris) 
1-2 helai daun limau purut 
1 sudu bsr sos tiram 
1 sudu besar sos cili 
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit minyak untuk menumis 


Caranya

Bersihkan ikan. Lumurkan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. 

Untuk sos masak pedas: 
Tumiskan bawang sehingga kuning. Masukkan lada merah yg telah dikisar tadi. Kemudian masukkan serai, sos tiram, sos cili, garam dan gula dan juga daun limau purut. 

Tumiskan semua bahan sehingga naik minyak 


Setelah siap,tuangkan bahan tumis tadi ke atas ikan yang di goreng.Hidangkan bersama nasi panas.Cubalah..
Read more ...

GULAI TEMPOYAK PUCUK KAYU

6.20.2014
GULAI TEMPOYAK PUCUK KAYU

GULAI  TEMPOYAK PUCUK KAYU

Menu nie memang makanan tradisi.Lagi pula kalau di masak oleh orang-orang lama.Memang cukup rasanya.Tapi kita sharela resepi nie.Untuk yang berminat mencuba.

Bahan bahannya:


1 ikat pucuk ubi - dimayang halus
2 papan petai - belah dua, ambil isinya
1 ikat pucuk labu - di mayang halus (kalau x ada x apa)
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - mayang halus
2 cm kunyit hidup
5 sudu besar tempoyak
15 biji cili api - tumbuk
1 biji kelapa – ambil santannya
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam gula & secukup rasa

CARA :
1. Daun pucuk ubi, daun labu, daun kunyit dan
    serai di hiris halus. Ketepikan.
2. Petai belah dua –ketepikan.
3. Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.
4. Masukkan tempoyak bersama dengan bahan
   yang dihiris halus, petai dan bahan tumbuk 
   kedalam kuali.
5. Masukkan santan, ikan bilis, garam juga gula.
6. Masak di atas api perlahan.Masak sehingga kuah pekat

Read more ...

Ayam Penyet

6.18.2014
AYAM PENYET


Sesekali makan menu ayam penyet memang menyelerakan.Tapi kurang puasnya.Jadi kucari resepinya dan cuba sendiri.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahan

(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sam
bal jika suka.


Cubalah,,Pasti sedap dan anda puas hati.
Read more ...

Sup Tulang

6.17.2014
SUP TULANG.


Bagi penggemar sup,mesti suka makan sup tulang.Sup tulang biasanya meriah di masak ketika rewang kenduri kahwin.Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri,bolehlah ikuti resepi ini.

Bahan bahannya:
  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..
Selamat mencuba..
Read more ...

Beehoon Soto

6.12.2014
BEE HOON SOTO.


Menikmati beehoon soto pada waktu petang memang sesuai.Lebih-lebih lagi juadah itu di buat sendiri.JOm pantau resepinya.

Bahan bahannya

Bahan – bahan untuk sup: 
1 ekor tulang ayam 
1 ekor ayam 
2 kiub stok ayam 
2 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
4 biji bunga cengkih 
4 biji buah pelaga 
Garam secukup rasa 
3 camca besar minyak 
2 liter air 

Bahan-Bahan Yang Dikisar: 
2 biji besar bawang merah 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia 
½ inci lengkuas 
1 camca teh lada hitam 
4 biji buah keras 

Bahan untuk Kicap: 
Segenggam cili padi, basuh, jangan dibuang batang 
10 biji bawang putih 
15 biji limau kasturi 
Gula secukup rasa 
Kicap pekat 

Lain-lain bahan: 
Beehoon - celur dahulu 
Taugeh – celur sekejap 
Kacang Tanah – digoreng atau direbus 
Begedil 
Daun Sup dan Daun Bawang 
Bawang Goreng 

CAra penyediaannya:
Cara membuat sup:

•Panaskan minyak di dalam periuk.
•Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang.
•Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih.
•Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk.
•Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak.
•Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi.
•Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi.

Cara membuat Kicap:
Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur. Bakar bawang putih sehingga keperanggan. Giling kedua-dua bahan sehingga hancur. Perahkan asam limau. Tuangkan kicap pekat dan gula. Gaul bahan. Sedikit air kalau tidak mahu sos terlalu pekat. 
Masukan beehoon yang dah di celur,ayam yang disiat,kacang tanah,taugeh,daun bawang,daun sup kedalam mangkuk.Masukkan sup dan sambal kicap mengikutrasa pedas yang di inginkan.Perahkan sedikit limau kasturi.Makan masa panas.Selamat mencuba. 
Read more ...

Ayam Bakar Bercili

6.11.2014
AYAM BAKAR BERCILI.



JIka ada perancangan untuk berkumpul di hujung minggu bersama-sama keluarga besar,boleh cuba menu ini untuk santapan bersama.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

1 kg ayam
Sedikit daun pisang

Bahan yang dikisar:

20 biji cili
4 cm belacan
½ cawan pati santan
Sedikit air asam jawa
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
Garam dan gula secukup rasa

Bahan renjis:
5 camca besar minyak masak
5 camca besar pati santan
3 camca teh cili kisar

Caranya

Bersihkan ayam dan dipotong 16.
Perap bahan kisar semalaman bersama-sama ayam yang sudah dipotong.

Layurkan daun pisang sebelum dijadikan alas untuk membakar ayam. Ini bagi mengelakkan ayam daripada cepat hangus.

Bakar ayam di atas api sederhana dan renjis ayam dengan santan bercampur cili agar ayam tidak terlalu kering.

Siap untuk di hidangkan bersama nasi ataupun mee.Selamat mencuba.

Read more ...

Ketam berlada

6.11.2014
KETAM BERLADA


Ketam memang makanan laut yang sedap.Sebab nak makan ia pun kena pandai caranya.Ketam boleh di masak pelbagai.Salah satunya masak berlada.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan bahannya

500 gm ketam
¼ cawan minyak masak
1 biji telur, dipukul sempurna
1 tangkai daun bawang, dipotong setebal 5 sm
1 tangkai daun ketumbar, dipotong setebal 5 sm

Bahan-bahan A:
5 sm halia, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 tangkai cili merah, ditumbuk

Bahan-bahan sos:
¼ cawan air
2 camca besar Sos Cili Manggi
1 camca teh gula
¼ camca teh minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam

Caranya

Bersihkan ketam. Pisahkan kulitnya. Potong berkepingan. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan A hingga terbit bau. Masukkan ketam dan goreng sekejap. Tutup kuali 5 minit. Buka penutup dan kacau sekali lagi, kemudian masukkan bahan-bahan sos. Apabila ketam kemerahan dan hampir masak, masukkan telur dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar dan dihidangkan panas.
Read more ...

Udang Galah Gulai Berebung

6.11.2014
UDANG GALAH GULAI LEMAK BEREBUNG.


Masak gulai dengan rebung di masak pula bersama udang galah memang menu yang membuka selera.Lagipula udang galah yang memeng sedap rasanya.Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahannya

1 kg udang galah
1 kg rebung masam
1 kg santan
15 biji cili padi
2 biji bawang besar
1 batang serai

Caranya

Bersihkan udang galah kemudian terlebih dahulu.KIsarkan cilipadi dengan bawang dan serai.

Masukkan semua bahan yang dikisar tadi kedalam periuk bersama-sama udang galah dan rebung masam.

Masak dengan api yang sederhana da biarkan didih .

Apabila sudah mendidih barulah di masukkan santan.

Reneh hingga masak secukupnya dan perasakan dengan garam secukupnya.

Siap sudah..Hidangkan bersamam nasi yang masih berwap.Memang menghambat  selera anda...selamat mencuba.



Read more ...

Ayam Masak lemak

6.10.2014
AYAM MASAK LEMAK


Menu ini merupakan kebiasaan yang di masak oleh para surirumah tangga.Juga dikenali dengan namo gulai kuning bak kata orang negeri.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan bahannya:

1 kg ayam dipotong 10 bahagian
4 cawan santan yg sedang-sedang pekatnye
2 batang serai di titik
20 biji cili api
2 inci kunyit hidup
hirisan daun kunyit sebagai hiasan

Caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk
masak hingga ayam menjadi empuk dengan api sederhana
masukkan garam secukup rasa
biar sehingga kuah menjadi pekat
  • Siap sudah..Hidangkan dengan hirisan daun kunyit tadi.



Read more ...

Sambal Belacan

6.10.2014
SAMBAL BELACAN.

Agak-agak kalau malas dah sangat nak masak,di cadangkan anda buat sahaja sambal belacan ini.Sangat mudah dan kalau kena dengan lawannya memang terangkat.Mari lihat bahan bahannya.

Bahan bahannya:

  • 12 biji cili padi(bg yang kaki pedas)
  • 3 sm belacan
  • ikan bilis secukupnye.(lg bnyk lg sedap..)
  • 2 biji limau kasturi
  • garam secukup rasa  


Cara penyediaannya..
  • tumbuk cili,belacan dan ikan bilis selumatnya.
  • gaul hingga rata sambil diperah limau kasturi
  • siap untuk di hidang..
Sebagai tambahan,gorengkan ikan sahaja pun sudah memadai.Selamat mencuba.
Read more ...

Baked Macaroni Berkeju

6.09.2014
BAKED MACARONI BERKEJU.


Sesekali nak juga buat masakan antabangsa ni.Apakata anda cuba masakan ni,Baked Macaroni Berkeju.apa yang saya tahu,anak-anak saya gemarkannya.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan-bahannya:

475 ml susu segar 
1 helai daun bay 
secubit serbuk buah pala 
50 g mentega 
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated) 
40 g serbuk roti 
450 g macaroni (atau pasta yang pendek) 
secubit garam 
sedikit serbuk lada hitam

Caranya:

Untuk sos Bechamel - Susu di panaskan bersama daun bay dengan api perlahan di dalam periuk kecil.Biarkan mendidih.

Seterusnya-Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati. 

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti. 

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket). 

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Siap sudah..Selamat mencuba.







Read more ...

Udang Percik

6.09.2014
UDANG PERCIK.


Udang percik memang agak janggal bagi saya.Baru pertama kali makan sewaktu berkunjung ke rumah rakan.Biasanya yang ada ayam percik.Kalini udang pun di percikkan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 kg udang(saiz sederhana)
100 gm bawang kecil(dikisar halus)
20 gm bawang putih(dikisar halus)
20 gm halia(dikisar halus)
4 batang serai(dikisar halus)
100 gm lengkuas(dikisar halus)
30 gm belacan(dikisar halus)
10 gm jintan putih(dikisar halus)
30 gm cili kering(dikisar halus)
1 biji kelapa(ambil santan)
1 keping gula melaka

Caranya

Perapkan udang dengan sebahagian bahan rempah lalu digoreng & toskan. Sebahagian lagi rempah ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan santan bila pekat, tuangkan di atas udang.

Mudah sahaja sebenarnya.Memang sesuai kalau anda yang ingin hidangkan tetamu makanan istimewa yang ringkas.Selamat mencuba.

Read more ...

BISKUT CAPPUCINO NESTUM

6.09.2014
BISKUT CAPPUCINO NESTUM


Biskut Cappucino Nestum,aduanan Cappucino dengan Nestum.Penuh dengan citarasa moden yang pasti memikat selera.Jika ingin mencuba,mari lihat bahan bahannya.

Bahan A

250 g tepung gandum
Secubit serbuk cappucino
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan B

1 biji telur
250 g mentega
150 g gula aising

Hiasan 

100 g nestum yang di kisar sedikit

Cara membuatnya:

Campurkan Bahan A dan gaul rata.
Pukul Bahan B hingga sekata dan rata.
Masukkan Bahan A tadi dicampur Bahan.Uli hingga sebati.
Simpan di dalm peti sejuk untuk 20 minit.
Keluarkan doh,jempot doh sedikit.Bulat-bulatkan dan leperkan.
Kemudian golekkan doh yang dah dibentuk ke dalam bijiran Nestum.
Susun diatas dulang dan bakar pada suhu 175'C selama 15 ke 20 minit.

Selamat mencuba..
Read more ...

ASAM PEDAS MUAR

6.08.2014
ASAM PEDAS MUAR


Masakan Asam Pedas sangat sinonim dengan daerah Muar.Tempat makan asam pedas popular di sini terletak di Parit Jawa.Memang sedap masakannya.Tapi kalau anda berkelapangan apakata di cuba masak sendiri di rumah.Berikut bahan bahannya.

Bahan bahannya:

½ Kilo Ikan Pari (di cuci) 
kunyit serbuk 
garam 
asam jawa 
Bahan A ( di Kisar) 
$1 cili kering 
2 Biji Bawang Besar 
3 Ulas bawang Putih 
½ inc kunyit Basah 
2inc Belacan 
Lada hitam
Bahan B 

Lobak Masin (jika Suka) 
Daun Kesum 
Garam & Perasa 
Asam Jawa( jadikan air asam)

Caranya:

1. Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa. 
2. setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam 
3. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak 
4. masukkan juga daun kesum bersama untuk menaikan bau. 
5. setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit. 
6. setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih 
7.setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana. 
8.akhir sekali tutup api dan boleh lah di hidang.

Memang mantap.Baunya akan membuatkan seisi rumah kelaparan.Rajin-rajinlah mencuba..
Read more ...

BISKUT BIJAN OAT

6.08.2014
BISKUT BIJAN OAT.


Sesekali jika ada kelapangan bolehlah anda cuba membuat biskut bijan oat nie.Pasti anak-anak anda suka akannya.Jom lihat bahan bahannya.

Bahan bahannya:

Bahan A

150 g lemak sayuran
150 g mentega
200 g gula halus

Bahan B

60 g bijan
50 g oat
100 g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan B dan kemudian pukul hingga kembang.
Kemudian campurkan bahan B kedalam adunan bahan A tadi.
Gaul hingga rata dan uli hingga menjadi doh.
Terap dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 175'C selama 20 minit.
Siap untuk di hidangkan.

Selamat mencuba

Read more ...

Udang Galah Masak Merah

6.08.2014
UDANG GALAH MASAK MERAH.



Udang Galah memang makanan yang agak mewah.Harga sekilo udang galah mencecah Rm 60 sekilogram.Untuk kali ini,nak share resepi udang galah masak merah.JOm tengok resepinya.

Bahan bahannya:

15 ekor udang galah
1 biji kelapa tua
200 gm puri tomato
200 gm cili boh
400 gm bawang besar
50 gm bawang putih
30 gm daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 tin minyak sapi
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
5 gm bunga cengkih
50 gm serbuk kunyit
3 tangkai serai

Caranya

Udang galah dibersihkan, digaulkan bersama kunyit serbuk & sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang galah. Ketepikan sedikit minyak masak untuk menumis. Sesudah minyak panas, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, bawang merah, bawang putih, cili boh,puri tomato & santan. Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa. Potong daun bawang, letakkan di atas udang galah.
Read more ...