Pages

pUDING KEK GULUNG

6.26.2014
PUDING KEK GULUNG


Menyediakan minum petang memang memeningkan kepala kadangkala.Bosan dengan menu goreng-goreng?Jom cuba buat puding kek gulung.Mesti suka ahli keluarga minum petang bersama-sama.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

30 gram agar-agar 
1 tin susu cair 
2 cawan gula 
5 cawan air 
2 biji telur (dipukul) 
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega 
1 tin buah koktail 
1 biji kek gulung 
secubit garam 
1 camca teh asen vanilla

Caranya

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Untuk lebih enak,bolehlah di hidangkan bersama aiskrim berperisa vanila atau coklat.Memang nyaman menikmatinya di waktu petang.

No comments:

Post a Comment