Pages

KEK ORANGE ISTIMEWA.

12.10.2014
KEK ORANGE ISTIMEWA.




Asalnya basic untuk baking Kek Orange Istimewa ini tetap sama.Bahan-bahan asasnya tetap menggunakan bahan yang biasa kita gunakan untuk membuat kek.Cumanya penambahan bahan perisa orange yang agak istimewa iaitu kulit buah oren itu sendiri.Pernah cuba?Jom kita buat.

Bahan-bahannya

5 Biji Telur Saiz Sederhana 
1 ½ Cawan Gula Halus 
1 ½ Cawan Marjerin 

2 Cawan Tepung Naik Sendiri 
1 Sudu Teh Esen Orange 
1 Biji Limau Sunkist 


Cara-caranya.

1) Parut kulit limau (ambil bahagian yang berwarna oren sahaja)dan jemur atau goreng tanpa minyak supaya cepat kering. Ketepikan seketika. 

2) Putar marjerin dan gula sehingga lembut. 

3) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memutar sehingga kembang. 

4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus putar. 

5) Akhir sekali masukkan esen orange dan putar seketika. Masukkan kulit limau yang telah diparut tadi dan kacau. 

6) Bakar di dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin. sebaiknya bakar di dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah-tengah. 

7) Bakar sehingga bahagian atasnya berwarna agak keperangan. Untuk memastikannya sudah masak, cucuk dengan lidi kecil dan rasa dengan jari. Sekiranya tidak melekit, ia sudah masak.


Sebagai tambahan,taburan gula incing di atas kek dapat menambahkan lagi keceriaan kek anda.Caranya dengan mengayak gula incing di atas permukaan kek itu.

Selamat mencuba..

Credit to Pn Aini for the recipes.
Read more ...

KUAH YONG TAU FU

12.03.2014
KUAH YONG TAU FU



Teringat dulu masa zaman bersekolah,Yong Tau Fu masa tu boleh didapati dengan harga Rm 1.50 sebungkus.Saiz hidangan memang untuk seorang makan.Tetapi sekarang harganya pasti melebihi Rm 10.Bagi penggemar Yong Tau Fu seperti saya,sekarang kalau nak makan buat sahaja kuahnya sendiri.Jom kita share resepi Kuah Yong Tau Fu yang sedap.

Bahan-bahan Kuah Yong Tau Fu

10 tangkai cili kering
gula melaka atau gula merah
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto


Cara-caranya membuat kuah Yong Tau Fu

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Ada beberapa tips yang boleh menjadikan kuah Yong Tau Fu anda sedap.Antaranya ialah :

1. Pastikan menggunakan api yang  kecil, dan jangan sesekali guna api yang kuat untuk menggoreng cili kering.
2. Sentiasa di kacau selalu cili kering yang sedang digoreng, dan jangan goreng cili terlalu perang atau jangan dibiar sampai cili menjadi hitam. kalau cili terlalu perang atau gelap warnanye, kuah yong tau fu akan menjadi pahit.
3. Belacan yang digunakan kalau boleh bakar sedikit, baru di kisar dengan bahan yang lain.
4. Air gula merah perlu ditapis dahulu dan pastikan gula merah mendidih dan larut sempurna.
5. Tambah kan 1 atau 2 sudu kecil MINYAK BIJAN dalam kuah supaya kuah menjadi wangi dan membuatkan kuah menjadi lebih sedap.
6. Kuah jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit kerana bila kita campurkan bahan-bahan sampingan yong tau fu yang telah direbus, kuah akan menjadi cair sedikit, kerana bahan yang telah direbus akan mengandungi air.
7. Apabila kuah yong tau fu telah dicampur dengan bahan rebusan,  topping sekali lagi yong tau fu dengan baki bijan goreng, supaya nampak lebih sedap dan menyelerakan.
Read more ...