Pages

Acar Ikan Tenggiri

5.26.2014
ACAR IKAN TENGGIRI


Ikan tenggiri adalah sejenis ikan yang sedap dimasak apa sahaja lebih-lebih lagi asam pedas.Tapi kali ini nak share menu acar tenggiri pula.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya:

4 potong ikan tenggiri
4 camca sedang cili boh
2 camca sedang rempah kari
1 camca teh biji sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan pekat

2 camca sedang kerisik
Rempah tumis, kunyit, garam, gula dan cuka

Bahan dimayang:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia


Caranya

Ikan di basuh dan ditoskan. Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang. Tumis bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning. Kemudian masukkan rempah kari, cili boh dan santan. Kacau hingga kuning. Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan. Kacau perlahan-lahan hingga masak.
Read more ...

Ayam Masak Tomato

5.25.2014
AYAM MASAK TOMATO


Kali nie nak share resepi Ayam Masak Tomato pula.Resepi ni simple je.Memang mudah bagi sesiapa yang nak menyediakan menu yang enak tapi mudah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ayam (potong ikut suka)
15 biji cili kering ]
5 ulas bawng merah ] digiling
3 ulas bawang putih ]
1 sudu teh gula ]
1 tin kacang peas
½ botol tomato sos
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam dan kunyit

Caranya

Ayam digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya kemudian masukkan ayam. Masukkan sedikit air asam dan tomato sos, bila kuahnya telah agak pekat, msukkan kacang peas gaul rata-rata barulah diangkat.

Mudah sahaja bukan.Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sedikait ulam-ulaman.Selamat mencuba.
Read more ...

Daging Masak Hitam

5.25.2014
DAGING MASAK HITAM


Daging masak hitam ataupun bahasa mudahnya daging masak kicap,antara menu biasa berasakan daging.Masakan ini merupakan menu penting keluarga daku.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

Daging 1 kilo 
Bawang Besar 1 kilo 
Serai 3 batang(titik) 
Kulit Kayu Manis 2cm 
Bunga Lawang 1 kumtum 
Bunga Cenkih 4 biji 
Minyak 5 sudu besar 
Kicap Pekat 6 sudu besar 
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang) 
Bawang Putih 7 ulas 
Cabai Kering 10 biji 
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis 
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih 

Caranya

1.Daging dipotong sederhana kecil basuh 
dan toskan . 
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 
3.Kisar semua bahan B hingga halus. 
4.Masukan Daging kedalam periuk masukan 
bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk 
manis dan bahan B yang dikisar . 
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air 
asam jawa dan sedikit air dan minyak 
gaul hingga sebati. 
6.Angkat periuk letak atas dapur 
masak dengan api kecil selama 1-2 jam 
atau sehingga daging empuk dan pekat 
kuahnya. 

Sangat sesuai di hidangkan dengan nasi tomato.Memang menyelerakan.Sebagai tambahan,semasa menunggu daging empok digalakkan masakan tadi di kacau dengan kerap.Bagi mengelakkan hangit.Selamat mencuba..

Read more ...

Sardin Asam Pedas

5.24.2014
SARDIN ASAM PEDAS


Perkara paling mudah apabila pening kepala memikirkan menu makan malam adalah masak sahaja sardin.Tapi kalau kena gayanya memang meletop..Apakata cuba masak sardin asam pedas.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 tin sardine saiz besar (mat guna jenama "Pertima", ada 4 ekor ikan)
1 gengga daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan


1/2 camca teh lada hitam

Caranya

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan lengkuas, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
Tambah daun kesom dan ikan sardine dan 2 camca besar sos ikan sardine tadi. Masak dengan api sederhana, masukkan tomato. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti....Selamat mencuba!!
Read more ...

Sup Ayam Berempah

5.24.2014
RESEPI SUP AYAM BEREMPAH.


Sup ayam kalau di masak untuk orang yang kurang sihat memang sesuai.Tapi kita yang sihat pun memang elok menikmati sup.Boleh lancarkan darah.Jom tengok resepi sup ayam berempah nie.

Bahan bahannya.

1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan 
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam

5 ½ cawan air 
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)


Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih 
1 hiris halia 
2.5 belacan (dibakar)]


Cara penyediaannya


Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuaikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.


Saiz hidangan ini bersesuaian dengan 3 ke 4 orang.Elok di hidangakn sewaktu panas-panas.
Read more ...

Bubur Lambuk

5.22.2014
BUBUR LAMBUK


Teringat bubuk lambuk mesti teringatkan bulan Ramadhan.Watu bulan Ramadhan banyak masjod akan bersedekah bubur lambuk.Teapai kalau teringin nak makan apakata buat sendiri.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

Beras 1 pot 
secubit halba 
segenggam udang kering 
garam secukup rasa 
daun kunyit 
bawang putih hiris 
lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)

bawang goreng (jika suka) 
secubit serbuk lada putih 
santan 
daun sup

Caranya

-masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih
- masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup 
-masak dalam lima minit, tutup api. 

Mudah saja..Anda boleh tambah hirisan daging atau ayam.Semasa menghidang taburkan hirisan cili merah di atasnya.
 
Read more ...

Ayam Sos Tiram Bercili Kering

5.22.2014
AYAM SOS TIRAM BERCILI KERING


Kedengarannya macam payah je resepi ini.Tajuknya pun panjang.Ayam sos tiram bercili kering.Rasanya memang jarang orang buat kot.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

½ ekor ayam 
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 
2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 
1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 
3 sudu besar sos tiram

Sedikit daun bawang 
Sedikit garam dan serbuk perasa 
Sedikit minyak 
Sedikit air 
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)


Caranya

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. 

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). 

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. 

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. 

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.


Memang menyelerakan.Baunya pasti membuat perut seisi rumah minta di isi.Makan semasa panas memang terbaik.Selamat mencuba.
Read more ...

Daging Goreng Kunyit

5.21.2014
DAGING GORENG KUNYIT`



Pelbagai jenis masakan yang kita boleh hasilkan yang bahan asasnya adalah daging.Antaranya ialah daging goreng kunyit.Menu nie simple dan mudah sahaja.Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya.

daging lembu 
ubi kentang 
cili hijau/merah 
bawang besar 
daun bawang 
minyak 
kunyit 
perasa

Caranya

daging direbus sehingga empuk. ubi kentang dihiris nipis dan digoreng sehingga garing dan di toskan minyaknya. 
setelah daging empuk, goreng daging tersebut sehingga agak garing. masukkan ubi yg telah digoreng tadi. masukkan kunyit, garam dan ajinomoto. gorengkan sebentar, setelah agak masak masukkan cili hijau/merah dan daun bawang. tutup api dan sedia dimakan.

Mudah sahajakan.Tapi enak dimakan.Selamat mencuba..
Read more ...

Sotong Sumbat

5.16.2014
SOTONG SUMBAT



Pengemar makanan laut pasti suka resepi ini.Sotong yang biasanya di bakar ataupun dimasak sambal,kali ini di masak sotong sumbat.Memang sedap.Jom tengok resepi dan cara membuatnya.

Bahan bahannya

300 gm sotong 
3 sudu besar cili
1 cawan pulut
1 biji kelapa (diambil santan)
3 batang serai

1 inci lengkuas
2 biji buah keras
Serbuk perasa dan garam secukupnya
Sedikit gula
Lidi


Caranya


Tanakkan pulut dahulu. Kemudian sumbat ke dalam sotong. Tutup dengan lidi. Mesin halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus. Masukkan santan dan seterusnya bahan-bahan yang dimesin tadi. Masak di atas api yang perlahan. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit. Setelah itu, angkat dan hidangkan.


Enak dimakan bersama nasi putih yang masih panas.Selamat mencuba..

Read more ...

Udang Goreng Berempah

5.16.2014
RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH



Udang memang makanan laut yang enak.Pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat.Antaranya ialah Udang Goreng Berempah.Mari kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya

10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris)

1 mangkuk santan pekat 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis 
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis


Caranya

Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).

Sudah siap..Enak di makan bersama nasi putih ataupun nasi lemak. 
Read more ...

Paprik Ayam Sayur

5.12.2014
PAPRIK AYAM SAYUR



Menikmati makan malam di kedai memang senang.Tapi lagi best kalau kita masak sendiri di rumah.Apa kata kalau cuba masak Paprik Ayam Sayur kat rumah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

500 gm ayam dipotong kecil 
Sedikit sotong, udang, daging 
4 biji tomato 
1 batang carrot 
1 peket jagung muda 
100 gm bunga kobis 
100 gm brocolli 
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 inci halia 
2 sudu besar cili kisar 
5 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar sos cili 
Garam secukup rasa

Caranya

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. 
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. 
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Hidangkan bersama nasi panas.Untuk tambahan sediakan sekali sambal belacan.

Read more ...

Udang Goreng Berempah

5.12.2014
UDANG GORENG BEREMPAH




Udang yang di goreng memang enak dimakan,lebih-lebih lagi di ratah begitu sahaja.Bagi menambah rasa,kali ini udang di goreng dengan rempah.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris)

1 mangkuk santan pekat 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis 
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis


Caranya

Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).
Read more ...

DAGING SALAI DENGAN REBUNG

5.12.2014
DAGING SALAI DENGAN REBUNG



Menu masakan daging salai ini memang popular terutamanya di Negeri Sembilan.Daging salai ini kurang berlemak dan tahan lama.Harini nak share daging salai dengan rebung.

Bahan bahannya

400 gm daging salai - hiris nipis 
1 paket rebung - basuh dan perah air 
1 batang serai 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
Air
5 ulas bawang merah - tumbuk lumat 
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat 
2 sudu besar cili api kisar 
1 mangkuk besar santan 
Garam

Caranya


Rebuskan bawang merah, bawang putih, cili api, serai, daging salai dan sedikit air ke dalam periuk.

Masukkan santan dan serbuk kunyit dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Bila santan telah masak, masukkan rebung dan garam. Biar di atas api sederhana selama 3 - 5 minit. Sedia untuk dihidang.

Untuk menghilangkan bau masam rebung,gulai hendaklah di masak pekat dan sedikit pedas.Selamat mencuba.
Read more ...

Ketam Berlada

5.11.2014
KETAM BERLADA



Hari hari makan ayam pun kenkadang boring jugak.Hari kita beralih ke makanan laut pulak.Masakan Ketam Berlada.Mari kita lihat resepinya.


Bahan-Bahan:
500 gm ketam
¼ cawan minyak masak
1 biji telur, dipukul sempurna
1 tangkai daun bawang, dipotong setebal 5 sm
1 tangkai daun ketumbar, dipotong setebal 5 sm

Bahan-bahan A:
5 sm halia, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris

5 biji bawang merah, dihiris
5 tangkai cili merah, ditumbuk

Bahan-bahan sos:
¼ cawan air
2 camca besar Sos Cili Manggi
1 camca teh gula
¼ camca teh minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam



Cara:
Bersihkan ketam. Pisahkan kulitnya. Potong berkepingan. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan A hingga terbit bau. Masukkan ketam dan goreng sekejap. Tutup kuali 5 minit. Buka penutup dan kacau sekali lagi, kemudian masukkan bahan-bahan sos. Apabila ketam kemerahan dan hampir masak, masukkan telur dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar dan dihidangkan panas.

Cubalah..Tapi bagi sesape yang alahan kepada ketam,rugilah tidak dapat cuba.
Read more ...

Ayam Masak Lemak Cili Api

5.11.2014
AYAM MASAK LEMAK CILIAPI



Nie memang terangkat cik abg saya kalau di masakkan ayam masak lemak cili api.Favorite dia la katakan.Masakan nie memang mudah.semudah ABC.Tidak perlu minyak.Tapi yang penting santannya kenalah santan ori ye,Klu santan kotak kurang umppnye..

Bahan bahannye..


  • 1 kg ayam dipotong 10 bahagian
  • 4 cawan santan yg sedang-sedang pekatnye
  • 2 batang serai di titik
  • 20 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • hirisan daun kunyit sebagai hiasan


Cara penyediaannya.


  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  • masak hingga ayam menjadi empuk dengan api sederhana
  • masukkan garam secukup rasa
  • biar sehingga kuah menjadi pekat
Siap sudah..Hidangkan dengan hirisan daun kunyit tadi.

Read more ...

Mee Bandung

5.11.2014
MEE BANDUNG



Menu ni sesuai di masak waktu minum petangkan.Mee Bandung penambat cik abg untuk melekat kat rumah petang hujung minggu.Mari kita lihat resepinya..

Bahan bahannya

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)


Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Memang menyelerakan.Hidangkanla panas panas sambil menikmati udara segar di luar rumah.Selamat mencuba.



Read more ...

Asam Pedas Ikan Pari

5.11.2014
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI


Harini kita cuba masak ikan pari masak asam pedas dengan bendi.memang terangkatla klu makan tapi mesti ada saingnya,tak lain tak bukan mestilah telor asin.Mari semak resepi ni.


Bahan-Bahan:
Bahan A
½ ekor ikan pari daun-potong dan bersihkan
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping (yang kecil)-kurangkan asam jika anda x suka masam
4 sudu makan cili kering kisar
1 biji tomato
5 biji bendi
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
air -agak2 tengelam ikan
sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan B
½ sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil rempah biji
1 ulas bawang putih
1cm halia
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
Tumbuk semua Bahan B. pastikan jintan manis dan rempah biji ditumbuk dulu, setelah hancur baru masukkan bahan B yang lain 


Cara:
Tumis bahan B sampai naik bau.
Masukkan cili kisar dan asam keping, biarkan sehingga agak masak, masukkan air. Kemudian masukkan ikan pari, setelah agak masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. setelah masak tutup api dan masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk agar sayuran tadi masak.


Dah siap.Hidangkan panas panas dengan nasi dan telor asin.Pasti menambat selera.
Read more ...

Daging Bifstik

5.11.2014
RESEPI DAGING BIFSTIK



Ingat lagi masa kenduri kahwin aku dulu,Bifstik Daging nie salah satu menunya.Memang terbaikla pak tukang masak yang menyediakannya.Kalau terasa nak cuba,marilah kita tengok resepi nie.

Bahan-Bahan:
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya


Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia

Caranya

Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

Dah siap.Bolehlh di hidangkan dengan nasi putih panas.Selamat Mencuba.
Read more ...

Ayam Masak Merah

5.10.2014
AYAM MASAK MERAH

Nie merupakan salah satu favorite cik abg.Ayam Masak Merah.nak share la resepinye..



Bahan bahannye..


  • 1.5 kg ayam di potong 10 bahagian
  • 30 gm cili kering
  • 30 gm halia
  • 20 gm bawang putih
  • 90 gm serai
  • 200 gm bawang besar
  • 300 gm tomato
  • 200 gm minyak masak
  • garam dan gula secukupnya
Cara penyediaannya..


  • goreng ayam tersebut setengah masak terlebih dahulu
  • bahan bahan lain yg telah di kisar tumiskan dalam kuali hingga garing
  • masukkan ayam,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
  • gaul hingga sebati dan rata
  • setelah kering angkat dan hidangkan.
Memang menyelerakan.Taburkan hirisan daun sup bagi menambah harum masakan.
Read more ...

Asam Pedas Ikan Kembong

5.10.2014
ASAM PEDAS IKAN KEMBONG



Ini adalah menu biasa yang di masak oleh ibu.Rasanya pasti tidak berubah walaupun bertahun kami menikmatinya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannye.


  • 5 ekor ikan kembong
  • sebatang serai di ketuk
  • daun kesum setangkai
  • 2 1/2 gelas air
  • garam secukup rasa
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • sedikit belacan


Cara penyediaannya
  • tumbuk bawang merah,cili dan belacan
  • kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai,daun kesum dan air
  • tunggu hingga mendidih dan masukkn garam secukup rasa.
Siap sudah...hidangkan panas-panas bersama nasi.Menu yang mudah untuk hari minggu. 
Read more ...

Ayam Berempah

5.10.2014
AYAM BEREMPAH



Menu ayam nie memang favorite dalam family saya.Ayam Berempah nie salah satunya.Cubalah..Mari lihat resepinya..


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis


Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup


Cara:
Satukan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya.

Mudah sajekan.Cubalah..
Read more ...

Asam Pedas Melaka

5.10.2014
Asam Pedas Melaka



Macam familiar je menu nie.Dah biasa sangat di sebut masakan Asam Pedas Melaka nie.Bagi yang lom pernah cuba,marilah.Mudah saje kalau berpandukan resepi nie..


Bahan-Bahan:
Ikan - tenggiri atau kurau
Bahan untuk dimesin :
Satu labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Seinci halia
Secubit belacan
10 tangkai cili kering
Bahan tumis :
2 sudu kecil halba campur
Setengah labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia

3 batang bendi
Asam jawa, dicampur dengan air panas satu mangkukan - tenggiri atau kurau 
Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin. Kacau sehingga cili garing.
3. Campurkan semangkuk air asam jawa dan kacau lagi. Jika mahu, boleh tambah sedikit air.
4. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan ikan.
5. Masukkan bendi apabila ikan hampir masak.
6. Sedia untuk hidangan.

Mudah kan.Memang menyelerakan bila di hidangkan bersama nasi putih panas.
Read more ...

Kari Kepala Ikan

5.10.2014
KARI KEPALA IKAN



Hari-hari minggu nie ada banyak masa nak buat macam-macam makanan yang lazat.Antaranya kari kepala ikan.Jom temgok resepinya.


Bahan bahan

1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Caranya

Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa.


Read more ...