Pages

Daging Masak Hitam

5.25.2014
DAGING MASAK HITAM


Daging masak hitam ataupun bahasa mudahnya daging masak kicap,antara menu biasa berasakan daging.Masakan ini merupakan menu penting keluarga daku.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

Daging 1 kilo 
Bawang Besar 1 kilo 
Serai 3 batang(titik) 
Kulit Kayu Manis 2cm 
Bunga Lawang 1 kumtum 
Bunga Cenkih 4 biji 
Minyak 5 sudu besar 
Kicap Pekat 6 sudu besar 
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang) 
Bawang Putih 7 ulas 
Cabai Kering 10 biji 
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis 
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih 

Caranya

1.Daging dipotong sederhana kecil basuh 
dan toskan . 
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 
3.Kisar semua bahan B hingga halus. 
4.Masukan Daging kedalam periuk masukan 
bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk 
manis dan bahan B yang dikisar . 
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air 
asam jawa dan sedikit air dan minyak 
gaul hingga sebati. 
6.Angkat periuk letak atas dapur 
masak dengan api kecil selama 1-2 jam 
atau sehingga daging empuk dan pekat 
kuahnya. 

Sangat sesuai di hidangkan dengan nasi tomato.Memang menyelerakan.Sebagai tambahan,semasa menunggu daging empok digalakkan masakan tadi di kacau dengan kerap.Bagi mengelakkan hangit.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment