Pages

CHEESE KEK MODEN

11.26.2014
CHEESE KEK MODEN




Melalui asas Cheese Kek pelbagai gaya dan rasa yang boleh diterampilkan.Terpulanglah kepada kita mengikut kreativiti masing-masing.Kali ni nak share resepi Cheese Kek juga tapi Modern Cheese Kek.Bolehlah ikuti step da resepinya di bawah.

Bahan-Bahannya

Bahan A

2 pek Cream Cheese
200 g gula
2 sudu teh almond essence
150ml whipped cream

Bahan B

1 pek McVite's Disgestive Biskut
200 g butter cup

Raspberry sebagai topping.

Cara-caranya

Putar cream cheese bersama gula hingga kembang.

Masukkan esen badam.

Putar kembali bersama whipped cream.Biarkan ia kembang seketika. 


Sementara itu, hancurkan 1 pack biscuit. Cairkan mentega dan campurkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. 

Tuang adunan ini ke dalam loyang kek dan tekan sehingga padat (as cake base).Tuangkan aduanan cheese tadi ke dalam loyang.

Bakar selama 1 jam.

Setelah siap bakar,bolehlah di sapukan raspberry sebagai topping.

Mudah sahaja langkahnya.Bolehlah anda cuba jika berkesempatan.

Selamat mencuba..


Read more ...

RESEPI KESIHATAN UNTUK SAKIT JANTUNG,DARAH TINGGI,KENCING MANIS.

11.18.2014
RESEPI KESIHATAN UNTUK SAKIT JANTUNG,DARAH TINGGI,KENCING MANIS.



Petua ini adalah petua untuk mereka yang mengalami sakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.

Petua ini diperolehi hasil perkongsian Ust. Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.Kepada sesiapa yang ingin mencuba,silalah..

Cara-caranya.

1- Ambil sebiji kelapa muda yang masih berhingus,ataupun yang masih lembut isinya.

2- Ambil 3 batang serai yang di ketuk dan 7 biji halba.

3- Panaskan dan minum airnya.

4- Amalkan selang sehari.

5 - 7 biji kelapa hendaklah di habiskan dalam masa 14 hari.

Insyaallah..cubalah..sila share.. 
Read more ...

RESEPI KUAH SIZZLING MANTAP

11.14.2014
RESEPI KUAH SIZZLING MANTAP



Pasti ramai antara kita yang suka makan makanan panas-panas seperti Sizzling ataupun Claypot.Asasnya adalah mee,dan biasanya Yee Mee banyak di gunakan.
Rahsia kesedapan sizzling atau claypot pasti terletak pada kuahnya.Jom kita share cara menyediakan kuah Sizzling ataupun Claypot ini.

Bahan bahannya

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
3 ulas bawang putih-dicincang dadu.
2 hirisan halia.
1 kiub ayam.
1.5 liter air.
5 sudu makan minyak masak.
3 sudu kecil garam.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)

5 sudu kecil gula.
5 sudu kecil serbuk perasa.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
3-4 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuah(harus di bancuh dengan air)



CARA-CARA MEMASAK: STOK KUAH SIZZLING.

Mula-mula, panaskan minyak dengan api yang sederhana dan tumiskan bawang putih sebentar,kacau sebentar. 

Bila bawang agak kekuningan, masukkan halia dan terus kacau sehingga bawang putih menjadi garing (jangan sampai hitam).

Masukkan air dan terus rebus hingga mengelegak. 

Anda juga boleh masukkan tulang ayam untuk lebih kaww! 

Seterusnya masukkan bahan-bahan lain spt; garam,gula,serebuk perasa dan kiub ayam.


Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Selamat mencuba..


Read more ...

BUAT AISKRIM DRUMSTICK SENDIRI.

11.07.2014
BUAT AISKRIM DRUMSTICK SENDIRI.


Jom kali nie kita buat Aiskrim Drumstick Sendiri di rumah.Memang simple caranya.Jika ada masa terluang di rumah eloknya anda cuba.Bahan bahanya seperti berikut.

Bahan bahannya

Bahan A
  1. 1 tin susu cair
  2. 1/2 tin susu pekat
  3. 1 sudu besar ovellete
  4. 1 biji telur
  5. 1 sudu besar vanilla/essen vanilla
Bahan B
  1. Coklat masakan
  2. Whipping cream/susu UHT
Cara membuatnya

Gunakan kertas pembalut nasi lemak(warna coklat) untuk membalut kon aiskrim yang ada di jual di kedai.

Pastikan bahagian yang licin di bahagian dalam.


Satukan Bahan A di dalam mangkuk dan kacau hingga gebu.

Kemudian tuang bahan A tadi di dalam balutan kon aiskrim tadi.Tinggalkan sedikit ruang atas untuk coklat ganache.


Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.

6. Sambil itu, buat coklat ganache. Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT/whipping cream/susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar. 

7. Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice.


Siap sudah Aiskrim Drumstick anda.Cubalah,pasti anak-anak suka..Selamat mencuba.

kredit to baca-blogspot.blogspot.com
Read more ...

KUE TEAW LADNA.

11.05.2014
KUE TEAW LADNA.

KUE TEAW LADNA.
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com

Selain daripada Char Kue Teaw yang popular dengan kuahnya yang sedap,Kue Teaw Ladna juga tidak kurang hebatnya.Kue Teaw Ladna juga di masak berkuah dan memang sangat sesuai jika anda hidangkan untuk makan petang.Jika berkesempatan,jom kita lihat resepinya Kue Teaw Ladna ini.

Bahan bahannya Kue Teaw Ladna

100 gm kueteau
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis

1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telur

Minyak masak & garam

Cara menyediakannya Kue Teaw Ladna

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
Masukkan kueteau & kicap pekat.
 Gorengkan selama 2 minit.
 Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. 
Tumiskan bawang putih hingga garing.
 Masukkan sos tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging.
 Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih.

Untuk menghidang,anda tuangkan kuah tadi di dalam mangkuk yang berisi kue teaw.Hidangkan panas-panas.Pasti aromanya membangkitkan selera.
Selamat mencuba..





Read more ...

EASY SOFT CAKE BANANA

11.04.2014
EASY SOFT CAKE BANANA


Here i,m going to share the recipes to make a simple and easy Soft Cake Banana.This is more to Malay's culture recipes.Lets try it yourself.

Ingredients:

A grade 7 ripe bananas

2 tablespoons self-rising flour

1 egg

7 tablespoons sugar

1/2 cup boiled water

1/2 cup milk

Steps:


Mash the 7 bananas.

Put the self-rising flour into-chaotic.

Then insert the egg and sugar into the mixing.Stir for a while.

Put the boiled water and milk into.

Ready for baked.Use microwave and baked for 28 minutes.

Tara...finish already.Simple and delicious.
Read more ...

SOTONG GORENG OREGANO

11.03.2014
SOTONG GORENG OREGANO

SOTONG GORENG  OREGANO
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Bagi anda yang sesekali ingin cuba resepi barat yang mudah,ini adalah resepi yang patut anda cuba.Sotong Goreng Oregano.Simple dan mudah.Boleh di jadikan lauk untuk tengahari ataupun makannya sambil bersantai.Jom lihat resepi mudah Sotong Goreng Oregano di bawah.

BAHAN-BAHAN SOTONG GORENG OREGANO

 1 kg sotong – bersihkan – buang mulut dan mata serta isi dalam sotong 
– potong ikut suka
 – toskan hingga kering
 2 cawan serbuk roti 
3 sudu makan tepung gandum
 3 sudu makan tepung jagung
 1 biji telur gred double A
 1 sudu makan serbuk oregano
 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
 minyak

 BAHAN TUMBUK :
 2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia
 1 sudu teh lada putih

 CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOTONG GORENG OREGANO

 Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
 Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi.
 Perapkan seketika.
 Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
 Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam. 
Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak. 
Angkat dan toskan.
 Hidangkan bersama pencicah kegemaran

Memang sedap.Lagipula jika ada kalangan keluarga anda penggemar sotong seperti ahli keluarga saya.Anak-anak memang suka jika saya buat Sotong Goreng Oregano ini untuk mereka.Selamat mencuba...
Read more ...

SUP KETAM PENAWAR DENGGI.

11.02.2014
SUP KETAM PENAWAR DENGGI.

SUP KETAM  PENAWAR DENGGI
SUP KETAM BERKELAPA

resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com

Mungkin kalangan kita kurang tahu khasiat lain Sup Ketam selain dari isinya yan sedap.Melalui apa yang di sampaikan oleh orang tua-tua,Sup Ketam Berkelapa mampu menjadi penawar kepada demam denggi.Kepada yang ingin mencuba,resepinya di bawah.

Sup Ketam Berkelapa.


 Bahan2 : 


3 ekor ketam - buang cengkerang dan dipotong dua. 1 Biji Air Kelapa Muda dan Isinya3 ulas bawang putih - ditumbuk


3 biji bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 btg seleri - potong menyerong
 1 paket cendawan 1 biji tomato - potong baji
1 sup bunjut
1 camca teh  lada hitam
 Garam dan gula secukup rasa 


Cara2: 

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. kemudia masukkan bahan tumbuk , serai sup bunjut dan lada hitam ke dalam periuk. 
Masukkan seleri, tomato, cendawan  dikuti garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan ketam yang siap dipotong. Didihkan lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Padamkan api dan akhir sekali masukkan air kelapa dan isinya sekali
Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum di hidangkan.
Read more ...