Pages

BEBOLA SARDIN

10.28.2014
BEBOLA SARDIN

Bebola Sardin
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com



Tiada idea untuk menyediakan hidangan petang buat suami or anak-anak?Di sini saya syorkan satu resepi mudah iaitu Bebola Sardin.Resepi ini sangat mudah di sediakan dan pasti anak-anak menggemarinya.Jom kita lihat caranya.

Bahan-bahannya

1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya) 
2 biji telur 
2 keping roti (disiat kecil-kecil) 
serbuk lada hitam 
garam secukup rasa


Cara menyediakannya

Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.

Sudah siap hidangan petang anda.Bagi anak-anak saya mereka gemar makan begitu sahaja.Anda boleh tambah kepedasan dengan tambahan cili jika mahukannya.Boleh juga di masukkan ke dalam sup sebagai tambahan.
Read more ...

IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

10.27.2014
IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

resepi-tanpa sempadan.blogspot.com


Anda tidak punyai idea untuk memasak hidangan makan malam?Apa kata anda cuba resepi ini,Ikan Bawal Kukus Bersos Tiram.Rasanya hidanganini sesuai untuk makan malam yang agak istimewa terutamanya untuk keluarga tersayang.Jom kita lihat resepi Ikan Bawal Putih Kukus Bersos Tiram.

Bahan bahannya

1 ekor ikan bawal putih 
1 biji bawang besar (hiris) 
1 biji cili merah (hiris) 
1 biji cili hijau (hiris) 
1 inci halia (hiris) 
1 batang lobak merah (hiris)

3 sudu sos tiram 
3 biji limau kasturi


Cara Memasaknya

1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus. 
2)Taburkan bahan-bahan hiris. 
3)Letak sos tiram. 
4)Perahkan limau kasturi. 
5)Kukus selama 20 minit.


Memang mudah resepi ini.Rasanya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan resepi ini.Cubalah.pasti menarik selera keluarga anda.Selamat mencuba..




Read more ...

JERUK MANGGA ASAM BOI.

10.24.2014
JERUK MANGGA ASAM BOI.


MANGGA JERUK ASAM BOI
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Mesti anda semua terliur apabila mendengar judul resepi ni.Terbayang hirisan mangga muda yang mengkecurkan air liur,di tambah dengan beberapa ketul asam boi yang masam-masam manis,erm...Memang sedap.




Jom kita lihat cara paling mudah nak buat Jeruk Mangga Asam Boi ni...

Bahan bahannya

1. 3 biji mangga muda

2. 15 biji asam boi

3. 5 biji cili api

4. 3 cawan gula




Caranya

kesemua bahan-bahan itu dicampur sekali.Kemudian sejukkan seketika di dalam peti lebih kurang 2 ke 3 jam.Siap untuk di makan.

Mudah je kan.Selamat menjamu...
Read more ...

RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT.

10.22.2014
RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT.


Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Resepi nie memang simple sahaja.Sambil layan drama kat televisyen pun anda boleh buat.Bolehlah ikuti resepi di bawah jika anda ingin mencubanya.


  • 400 ml cream of mushroom@tin besar
  • 200 ml cooking cream/whipping
  • cream(1 kotak)
  • 1 tin cendawan
  • 1 sudu besar butter
  • Sedikit oregano
  • Sedikit air


Cara membuatnya:


Panaskn kuali,masukkan butter kacau hingga cair

Masukkan cream mushroom,sedikit air utk kuah,cooking cream kacau sebati

Dah mendidih sedikit masukkan cendawan yg telah dipotong & sedikit oregano

Kacau sebati hingga cendawan masak sedikit,tutup api

Siap untuk dihidangkan.

Siap sudah sup anda.Bolehlah di makan dengan roti bakar sebagai hidangan mium petang anda.
Read more ...

AISKRIM LEMON

10.19.2014
AISKRIM LEMON

Resepi aiskrim homemade yang mudah.





Aiskrim Lemon.

BAHAN-BAHAN : Untuk Aiskrim 





1 tin susu cair 

6 biji kuning telur 

2 sudu besar gula 

CARA-CARANYA : 

Pukul Kuning telur hingga kembang. 

Masak susu cair dan gula atas api hingga larut kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi. 

Masak hingga agak pekat. 

Angkat dan sejukkan. 

BAHAN-BAHAN : Untuk Lemon 



2 biji lemon 

2 sudu besar gula

 CARA-CARANYA : 

Parut kulit lemon dan perah jus lemon. 

Masukkan gula dalam perahan jus lemon dan kemudian panaskan atas api hingga larut. 

Campurkan parutan kulit limau dan sejukkan. 

Campurkan dalam adunan susu tadi. Kacau rata.

 kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalan peti sejuk semalaman 

Bila adunan telah beku keluarkan semula. 

Pecah-pecahkan semula ais krim tadi kemudian kisar lagi hingga lembut. 

Simpan semula ais krim tu dalam peti sejuk hingga beku. Kemudian bolehlah dihidangkan. 

NOTA : * jenis ais krim ni tak ada double krim… so teksturnya tak selembut dengan ais krim yang di bubuh double krim. ** lemon bertindak balas dengan susu dan boleh menyebabkan ia berketul-ketul. So memanas dan mencampurkannya dengan gula terlebih dahulu sebelum di campur dengan adunan susu bagi mengelakkan teksturnya berketul-ketul.
Read more ...

ASAM PEDAS IKAN KELI LADA HITAM

10.17.2014
ASAM PEDAS IKAN KELI LADA HITAM



Ikan keli biasa di masak gulai.Tetapi biasanya di salai terlebih dahulu untuk lebih enak.Tetapi anda boleh cuba juga asam keli masak asam berlada hitam.mungkin lebih memikat selera anda.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

5 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir) 
Bahan A 
15 biji lada kering 
6 biji bawang kecil 
3 biji bawang putih 
½cm halia 
1 inci kunyit 
20 biji lada hitam 
15 helai daun kesum 
kesemua bahan A dikisar 

bahan B 

100 ml minyak 
sedikit gula 
400 ml air 
sedikit air asam jawa 
garam secukup rasa 
perisa penyedap rasa 
20 helai daun kesum 


Cara penyediaannya


panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.


Mudah dan menyelerakan.Jika saiz ikan kecil,tak perlu di potong.Selamat mencuba.
Read more ...

RESEPI MAKANAN LENGKAP BAYI

10.15.2014
RESEPI MAKANAN LENGKAP BAYI

Bercerita tentang makanan bayi,tentu kita yang menjdi ibu-ibu mempunyai pengalaman tersendiri menyediakan makanan unutk bayi kita.Tetapi adakah kita tahu kandungan zat-zat yang terdapat di dalam makanan yang kita sediakan.

Resepi Makanan Lengkap Bayi.

Kali ni kita nak share makanan lengkap bayi bersama kandungan nutrisinya.Boleh di ambil sebagai panduan jika bersetuju.Jom kita semak resepinya.





Bubur Nasi Pelangi
(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan dituskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut
Cara memasak
  • Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
  • Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
  • Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
  • Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.
Bagi bayi bayi yang baru berumur 6-8 bulan.hendaklah hidangan ini di lenyek-lenyekkan terlebih dahulu.Bagi yang berumur 8 bulan keatas boleh terus di makan.


Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal)
180
Protein (g)
8
Lemak (g)
3
Zat Besi (mg)
1.2
Kalsium (mg)
18
Read more ...

kEK MARBLE MARSHMALLAW

10.14.2014
KEK MARBLE MARSHMALLAW






Kanak-kanak amat menggemari marshmallaw ni.Apakata jika berkesempatan,anda hidangkan Kek Marble Marshmallaw ni untuk anak anda.Boleh juga di sediakan untuk hari-hari istimewa mereka.Resepinya boleh di ikuti di bawah.

Bahan bahannya:

2 cawan gula 1 sudu besar liquid glucose 
30 gm serbuk gelatin
3/4 sudu teh esen vanilla 
2 biji putih telur pewarna (saya guna pink)
 minyak masak (untuk gris loyang) 
*3/4 cawan air – utk buat gelatin 
*3/4 cawan air – utk buat liquid glucose

CARA-CARA : 
griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan. utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil.

Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api. 

Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas.

Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. 

Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. 

Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu). Masuk adunan ke dalam loyang. 

Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup). 

Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit. 

*Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.
Read more ...

TOMYAM POKTEK

10.08.2014
TOMYAM POKTEK



Anda penggemar makanan Thai?Pasti ramai yang suka menikmati tomyam terutamanya apabila makan malam.Jom kita tengok resepinya.Saiz hidangan adalah untuk 5 orang.

Bahan bahannya


Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato
Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa


cara masak tomyam poktek


Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong.

Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedap. Bila sayur pun dah masak matikan api.

Dah siap sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya



TIPS: 

Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.

Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam

Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
Read more ...

CHOCCOLATE IN THE JAR

10.08.2014
CHOCCOLATE IN THE JAR

Satu fenomena baru dalam penyediaan makanan berasaskan coklat.CHOCCOLATE IN THE JAR.Memang ianya merupakan makanan ringkas yang mudah untuk kita sediakan.Boleh di buat sendiri di rumah.Mudah sahaja.Jom kita tengok resepi mudahnya.

Bahan bahannya.

100 g Coklat Compound

20 g minyak masak

Bubble Rice

Cara membuatnya

1- Potong coklat kepada kepingan-kepingan yang nipis.Penting bagi memudahkan proses melarutkan coklat.

2- Panaskan minyak dengan api yang kecil selama lebih kurang 2 minit.

3 - Campurkan coklat di dalam minyak tadi dan kacau hingga coklat cair.

4 - Sejukkan coklat dalam suhu bilik seeloknya seharian sehingga coklat menjadi likat.

5 - Kemudian masukkan Bubble Rice ke dalam jar.

6- Masukkan Coklat yang telah siap ke atas Bubble Rice di dalam jar.

Selesai sudah.Sudah siap santapan ringan anda Chocolate In The Jar.

Read more ...