Pages

CHOCCOLATE IN THE JAR

10.08.2014
CHOCCOLATE IN THE JAR

Satu fenomena baru dalam penyediaan makanan berasaskan coklat.CHOCCOLATE IN THE JAR.Memang ianya merupakan makanan ringkas yang mudah untuk kita sediakan.Boleh di buat sendiri di rumah.Mudah sahaja.Jom kita tengok resepi mudahnya.

Bahan bahannya.

100 g Coklat Compound

20 g minyak masak

Bubble Rice

Cara membuatnya

1- Potong coklat kepada kepingan-kepingan yang nipis.Penting bagi memudahkan proses melarutkan coklat.

2- Panaskan minyak dengan api yang kecil selama lebih kurang 2 minit.

3 - Campurkan coklat di dalam minyak tadi dan kacau hingga coklat cair.

4 - Sejukkan coklat dalam suhu bilik seeloknya seharian sehingga coklat menjadi likat.

5 - Kemudian masukkan Bubble Rice ke dalam jar.

6- Masukkan Coklat yang telah siap ke atas Bubble Rice di dalam jar.

Selesai sudah.Sudah siap santapan ringan anda Chocolate In The Jar.

No comments:

Post a Comment