Pages

SPAGGETTI SEAFOOD

7.31.2014
SPAGGETTI SEAFOOD
SPAGGETTI
Sepanjang musim perayaan Hari Raya ni memang banyak kita di hidangkan dengan lauk pauk yang berasaskan daging dan ayam.Apakata tukar pula selera anda dengan makanan yang agak simple.Spaggetti Seafood.

Bahan bahannya

Bahan Dihiris: 
100 gm cili padi
100 gm parsli
500 gm lala
250 gm udang
250 gm sotong
1 tangkai daun selasih

1 kg spaggeti (direbus)
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
400 gm bawang putih (diketuk)
Garam secukup rasa

Caranya

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan bahan-bahan makanan laut. Kemudian masukkan cili padi & cili merah. Tambahkan stok ikan & didihkan hingga kuahnya hampir kering. Masukkan spaggeti, daun selasih, garam & parsli. Gaulkan rata. Masak selama 2 minit. Hidangkan dalam pinggan & hiaskan dengan daun selasih.
Read more ...

KOKTEL HARI RAYA

7.30.2014
KOKTEL HARI RAYA

KOKTEL HARI RAYA
Sebagai hidangan tambahan buat tetamu,apa kata nada sediakan koktel istimewa sempena hari raya.Resepinya memang mudah dan ringkas.Jom kita tengok resepinya.

Bahan bahannya

½ cawan ceri
1 cawan nanas (dipotong dadu) 
¾ cawan sirap
2 Camca besar perahan lemon 
¾ cawan perahan nanas

Caranya

Campurkan ceri bersama nanas dan tuangkan perahan lemon kedalamnya.Kemudian kacau hingga sebati. Tuangkan sirap dan kacau, Kemudian simpan di dalm peti sejuk. Boleh dihidang bersama sedikit ais yang diparut.

Lagi pula sekarang musim panas.Memang pasti menjadi tarikan tetamu anda.Selamat mencuba..
Read more ...

LOMPAT TIKAM

7.29.2014
LOMPAT TIKAM

LOMPAT TIKAM

Lompat Tikam merupakan menu pencuci mulut yang sedap.Bolehlah anda cuba kalau ingin menyediakan buat tetamu.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

3 kampit kecil tepung beras
5 cawan air
3 cawan santan
3 keping manisan (gula) kelapa
1 cawan gula
3 helai daun pandan
1 sudu garam
1 sudu kapur makan

Bahan-bahan tambahan:
3 cawan beras pulut
1 sudu kecil warna merah
1 cawan santan kelapa

Cara menyediakannya

Campurkan tepung beras, air biasa, air daun pandan dan kapur ke dalam kuali dan kacau atau adun sehingga sebati. Panaskan adunan di atas api yang sederhana dan kacau sehingga masak. Angkat adunan dan sejukkan ke dalam loyang. Masukkan santan, tepung beras dan sedikit air di dalam bekas yang berasingan dan sejukkan. Beras pulut yang telah direndam, ditos dan dikukus bersama santan sehingga masak.

Untuk menghidangkannya,ambil tepung pulut dan santan.Masukkan ke dalam mana-mana mangkuk kesukaan anda.Curahkan manisan gula kelapa mengikut keperluan anda,Selamat Mencuba..
Read more ...

MEE HAILAM

7.29.2014
MEE HAILAM

MEE HAILAM

Mee adalah menu masakan yang paling mudah untuk di buat.Lagipun bahan-bahan untuk memasaknya mudah didapati.Jadi apakata sempena lembaran ni anda cuba sediakan Mee Hailam teristimewa anda untuk santapan tetamu.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

½ kilo mee kuning 
3 ulas bawang putih, ditumbuk 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar sos tiram 
1 sudu teh serbuk pati ayam 
2 ½ cawan air 
100 gm daging 
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar 
2 ekor sotong, dipotong bulat ½ batang carrot, dipotong bulat 
1 pokok sawi, dipotong 
4 batang jagung muda, dipotong memanjang 
5 biji cendawan butang, dipotong dua 
4 biji cili padi diketuk 
½ sudu teh serbuk lada putih 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara membuatnya

Panaskan minyak terlebih dahulu.Kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagungdan kacau sebentar. 
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong. 
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Resepi yang mudah dan simpel kan.Tapi rasanya pasti tidak akan mengecewakan tetamu anda.Selamat mencuba...
Read more ...

LONTONG ISTIMEWA

7.28.2014
LONTONG ISTIMEWA

LONTONG ISTIMEWA
Sempena meraikan tetamu yang datang berkunjung,anda pasti pening memikirkan juadah untuk para tetamu.Jangan berduka kerana saya ingin berikan anda satu idea masakan yang mudah.Apakata anda sediakan Lontong sebagai juadah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih


Cara membuatnya
Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.

Sesuai untuk hidangan berempat.Lagipun tetamu pasti mahukan makanan yang berat sedikit bagi mengisi perut yang kosong setelah menempuh perjalanan ke rumah anda..Pasti mereka gembira.
Selamat mencuba..
Read more ...

UDANG MASAK CHINESE STYLE

7.25.2014
UDANG MASAK CHINESE STYLE


Sekarang ini terdapat banyak kedai makanan yang berasakan makanan cina muslim.Apakata kita cuba salah satu resepinya,Masakan Udang.Jom tengok resepinya,

Bahan Bahannya

3 sudu besar minyak masak 
bawang putih dan halia dihiris halus 
2 sudu cuka 
10 ekor udang 
tauhu jepun dipotong bulat2(deep fry dulu) 
shitake mushroom dipotong dadu 
tepung jagung 
sos tiram 
1 telur ayam 

Caranya

panaskan minyak. masuk bawang putih dan halia. masukkan udang dan mushroom. kacau 2 minit. masukkan sos tiram dan garam secukupnya. masukkan 3 cawan air. kacau. masukkan tepung jagung dan telur. kacau. masukkan cuka.akhir sekali masukkan tauhu jepun tadi.siap.

Lebih enak jika di taburkan daun bawang.Hidangkan panas-panas.
Read more ...

BISKUT MAMA CAREY

7.24.2014
BISKUT MAMA CAREY

BISKUT MAMA CAREY


Biskut ini memang kegemaran say.Tetapi masalahnya sukar untuk mendapatakan Biskut Mama .Carey yang sedap.Jadi untuk saya lebih rela saya buat sendiri.Jom lihat resepinya

Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila


Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu

Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand 

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
6. Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.
Read more ...

BISKUT TIRAMISU.

7.24.2014
BISKUT TIRAMISU.

BISKUT TIRAMISU.
Menjelang hari raya pasti terdapat pelbagai jenis biskut yang muncul.Pasti anda juga mahukan biskut yang pelbagai untuk hidangan tetamu anda.Apakata anda cuba resepi Biskut Tiramisu.Memang sedap.Jom tengok resepinya..

Bahan bahannya

16 keping biskut marie
20g gula halus
100ml air suam
4 sudu kecil Instant coffee
3 biji(L size) telur kuning
25g halus
150g mascarpone cheese
3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
25g gula halus
serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.

2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan
.
3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas.
Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi.

4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.

5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.

6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.

7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.

8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.
Read more ...

BISKUT SUJI

7.22.2014
BISKUT SUJI
BISKUT SUJI

BISKUT SUJI boleh di anggap biskut tradisi di Malaysia.Pasti setiap kali raya ia dihidangkan oleh ibu sejak saya kecil lagi.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara Penyediaan

 Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Siap sudah biskutnya.Pasti sedap dan enak..Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT POPIA NESTUM

7.22.2014
BISKUT POPIA NESTUM

BISKUT POPIA NESTUM

BISKUT POPIA NESTUM memang kegemaran anak-anak saya.Ini kerana biskut ini manis lagipula bila di campurkan dengan nestum.Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan bahannya

1 bungkus besar kulit popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus


Cara membuatnya

Gulungkan kulit popia menggunakan lidi satay,Tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba,,,
Read more ...

KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

7.21.2014
KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

Jika anda terpikit-pikir apakah hidangan yang ingin di sediakan buat tetamu sempena kehadiran Syawal yang mulia,anda boleh cuba resepi ini.Hidangkan Nasi Dagang beserta Kuah Nasi Dagang yang Original.Jom semak resepinya.

Bahan Bahannya

1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri 
2 biji kelapa (ambil santannya) 
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji) 
Minyak masak secukupnya 

Bahan A(Rendam dan blend) 
=> 3 sudu besar Ketumbar 
=> 3 sudu besar Jintan Manis 
=> 5 biji Buah keras 
=> 1 sudu besar Lada hitam 


Bahan B ( Hiris halus + Blend) 
=> 2 inci Halia 
=> 2 inci Lengkuas 
=> 1 mangkuk Bwg merah 
=> 2 labu Bwg putih 
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil) 

Bahan C (rendam dgn air panas + blend) 
1 mangkuk cili kering

Caranya

Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering. 

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya. 

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi. 

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air. 

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

Siap sudah hidangan istemewa buat tetamu anda.Tetamu yang datang pasti tersenyum lebar dan kekenyangan serta berpushati dengan hasil air tangan anda.

Selamat mencuba,,
Read more ...

KARI LAKSA

7.19.2014
KARI LAKSA
KARI LAKSA

Hari raya yang bakal menjelang tiba pasti memerlukan kita bersedia dengan menu-menu istimewa untuk tetamu yang datang berkunjung.Biasanya kita akan menyediakan makanan panas selaindari hidangan kuih raya.Apa kata anda cuba resepi Kari Laksa ini.Memang sedap..

Bahan bahannya

600 gm mi kuning (dicelur)
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam (dihiris)
80 gm rempah kari ayam
4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaannya

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
Read more ...

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

7.19.2014
BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

Resepi biskut moden memang boleh di pelbagaikan dari segi perasanya.Terdapat pelbagai perasa moden yang boleh di jadikan asas biskut moden.Jika rasa iangin mencuba Biskut Marbel Susu Cappocino,anda boleh rujuk resepi di bawah.

Bahan Bahannya

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco 


Cara membuatnya: 

Putarkan mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga menjadi sebati.


kKemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Sambil itu diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)


Bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.


Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.


Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.


Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.


Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Selamat Mencuba..
Read more ...

KETUPAT DAUN PALAS

7.18.2014
KETUPAT DAUN PALAS

KETUPAT DAUN PALAS

Sempena Syawal yang bakal menjelma,ketupat adalah hidangan wajib yang perlu ada di pagi Syawal yang mulia.Bagi yang menggemari ketupat daun palas,kita share sikit cara cara menbuatnya.Jom lihat resepinya.

Bahan Bahan

1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

Cara membuatnya

Basuh bersih beras pulut sebersih-bersihnya dan kemudian tuskan.

Kelapa  tadi di perah dan ambil santan pekatnya.

Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau hingga ia mendidih.

Masukkan pula pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.
Read more ...

BISKUT ANGRY BIRD.

7.18.2014
BISKUT ANGRY BIRD.

BISKUT ANGRY BIRD.

Tahun ni meriahkanlah hari raya anda dengan iskut Angry Bird.Pastinya ia akan menarik perhatian kanak-kanak yang menyukai animasi tersebut.Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan bahan

130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
120gm tepung gandum
30gm tepung kanji
50gm tepung beras
1 sudu teh pes strawberi
Biji bijan hitam (secukupnya)
Pewarna coklat dan toothpicks
Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara
Tepung gandum, tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
Gaul mentega, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh.
Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal.  Doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
Bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 20-25 minit.  Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Read more ...

BISKUT ARAB

7.17.2014
BISKUT ARAB

BISKUT ARAB

Kebiasaannya kita dengar nama Nasi Arab.Tapi untuk raya kali nie kita ada Biskut Arab pula.JIka dengar namanya rasanya resepinya mesti beratkan.Tapi sebenarnya mudah saja.Lihatlah resepi berikut.

Bahan bahannya

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit


Ringkas bukan resepinya.Anda boleh cubanya tanpa ragu-ragu.Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT FANCY ICE CREAM

7.16.2014
BISKUT FANCY ICE CREAM

BISKUT FANCY ICE CREAM

BISKUT FANCY ICE CREAM mempunyai nama yang menarik.Rasanya pastilah menarik juga.Dengan rupa bentuk modennya pasti tetamu tertanya-tanya nama biskut yang anda hidangkan.Jom lihat resepinya jika anda berminat.

Bahan-bahannya

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam

Cara penyediaannya
Campurkan semua bahan asas untuk membuat doh biskut seperti biasa.

Canai dan terap doh mengikut acuan aiskrim.

Bakar hingga masak.

Setelah masak,celupkan hujung biskut dengan coklat cair.

Taburkan manik gula bewarna.


Untuk topping 
cairkan coklat dlm oven
dan letak minyak masak gaul rata
Read more ...

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

7.16.2014
BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

Biskut coklat biasanya memang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya kanak-kanak.Terdapat pelbagai jenis biskut yang di hasilkan dari bahan berasaskan coklat.Salah satunya resepi biskut moden Biskut Coklat Zebra Daisy.Jom lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara penyediaannya
Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
Kemudian masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar selama seminit.

Leperkan adunan biskut tadi sebesar duit 50 sen dan letakkan sebiji badam di tengahnya, kemudian di bentuk menjadi bujur.
Bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c.
Biarkan biskut tadi sejuk.
Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
Siap untuk di hidang.
Read more ...

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

7.16.2014
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES 
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES merupakan biskut yang totally moden.Lihat pada namnya pasti kita tau apa bahan asasnya.Jom lihat resepinya.

Bahan bahannya

250gm mentega
180gm gul
a perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus


Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara penyediannya

Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.


Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.


Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.


Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.


Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.


Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.
Read more ...

BISKUT CREAM CHEESE

7.15.2014
BISKUT CREAM CHEESE

BISKUT CREAM CHEESE

Biskut atau makanan yang berasakan keju pasti mendapat perhatian.Rasa keju yang memang lembut sedap itu membawa rasa kepada biskut anda.Jom kita cuba resepi Biskut Cream Cheese.Pasti anda dan anak-anak menggemarinya.

Bahan bahannya

500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

Cara membuatnya

Satukan butter dan gula dan di pukul.Kemudian masukkan pula kuning telur danesen vanila ke dalamnya.Pukul lagi.
Masukkan pula Cream Cheese,tepung susu dan kedua-dua jenis tepung lagi.
Pastikan anda gunakan tepung jagung dahulu sehingga habis di ikuti dengan tepung gandum.
Uli bahan tersebut hingga sebati.
Terapkan adunan mengikut acuan kegemaran anda.
Taburkan parutan keju keatasnya.
Bakar hingga masak.



Read more ...

BISKUT CAREAL BLEND

7.15.2014
BISKUT CAREAL BLEND


BISKUT CAREAL BLEND

Hari ini nak share satu lagi biskut moden yang nampak seksi,memang menggoda nafsu makan tetamu.Biskut Careal Bleand memang mengancam.Apakata anda cuba luangkan masa mencubanya.Ikutilah resepi berikut,

Bahan bahannya


125 gm Mentega
100 gm Tepung Gandum - Ayak
100 gm Tepung Jagung - Ayak
200 gm Gula Castor
1 sudu teh serbuk penaik - Ayak
1 sudu teh chocolate paste (emulco)
1/2 cawan nestum
1 biji telur
1/3 kotak mix fruits
Peanut (chopped)

Hiasan
Chocolate cair & nestum

Cara-cara

Kesemua tepung yang di ayak di gaul dgn nestum,dan di ketepikan.Kemudian kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.
 Pukul lagi hingga ringan.Kemudian masukkan chocolate paste.Dan masukkan pula mix fruits dan peanut cincang di  kacau rata.
Kemudian masukkan pula bahan ayak yang telah di gaul dgn nestum.Diuli hingga sebati. 
Bentukkan bebola dan salut dgn nestum.  Tekan dgn garpu pastu susun dan bakar. 
Apabila dibahagian bawah  bertukar coklat tandanya biskut anda telah masak.
Biarkan sejuk dahulu.
Dah sejuk bolehlah di hiasi dengan coklat cair.
Read more ...

BISKUT JERMAN.

7.15.2014
BISKUT JERMAN.
BISKUT JERMAN

Masih lagi di dalam mood Piala Dunia di mana Jerman telah merangkulnya.Sebelum ini kita telah dengar nama Parit Jerman di Johor,hari ini kita kongsikan pula resepi Biskut Jerman.Jom kita lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA : 

125 g mentega
125 g tepung kentang
80 g tepung halus
40 g gula aisingyg telah diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, diayak dan ketepikan.Kemudian putarkan mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar.
3. Celupkan garfu dalam air dan tekankan atas bebola tadi hingga menjadi sedikit leper dan membentuk corak.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit.
5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
Read more ...

COCONUT SHAKE

7.14.2014
COCONUT SHAKE


COCONUT SHAKE
Bulan Ramadhan memang mencabar nafsu makan kita.Apabila ke bazar bermacam makanan yang ingin di makan.Tetapi yang paling di mahukan tentulah minuman yang sedap sewaktu berbuka.

Degan cuaca yang agak panas ini tentulah tercabar apabila melihat air coconut shake.Jom kita buat sendiri di rumah.Pasti lagi sedap.

Bahan-bahannya:

1 gelas air kelapa muda

3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim vanila 
sedikit air batu

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. 
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang.


Penyediaan di atas sesuai untuk dua cawan hidangan.Anda boelh adjust sukatan ikut nafsu anda,,Hehe,,
Read more ...