Pages

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

7.16.2014
BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

Biskut coklat biasanya memang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya kanak-kanak.Terdapat pelbagai jenis biskut yang di hasilkan dari bahan berasaskan coklat.Salah satunya resepi biskut moden Biskut Coklat Zebra Daisy.Jom lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara penyediaannya
Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
Kemudian masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar selama seminit.

Leperkan adunan biskut tadi sebesar duit 50 sen dan letakkan sebiji badam di tengahnya, kemudian di bentuk menjadi bujur.
Bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c.
Biarkan biskut tadi sejuk.
Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
Siap untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment