Pages

APAM POLKADOT

9.30.2014
APAM POLKADOT



Apam Polkadot pernah menjadi fenomena di kalangan kita.Terdapat ramai pengusaha kecil-kecilan menjualnya terutamanya para surirumah.Apam polkadot memang menjadi kesukaan kanak-kanak.Dengan pelbagai warna yang menarik tentunya menarik minat mereka.Jom kita share resepi mudah Apam Polkadot ini.

Bahan bahannya

-3biji telur
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150ml susu segar

-3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovalatte
-1sudu kecil esen vanilla
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
-pewarna


Cara membuatnya

1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.


Siap sudah Apam Polkadot anda.Sesuai untuk hidangan petang ataupun majlis-majlis keraian.
Read more ...

KEK COKLAT INDULGANCE.

9.29.2014
KEK COKLAT INDULGANCE.


Dulu selalu juga saya membeli Kek Indulgance ini di Sicret Recipes.Memang sedaplah kek ini kan.Setelah lama mencari resepinya jumpa pula.Then try and error,bolehlah buat makan-makan anak-anak di rumah.Jom kita share resepinya.

KEK SPAN COKLAT


-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-150 gm tepung kek
-20 gm serbuk koko
-70 gm 
air
-5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.. Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit.

Resepi Krim Putih

-60 gm gula icing
-2 biji kuning telur
-120 gram mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-100 gm coklat masakan putih
-260 gm Krim tenusu


  1. Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air. Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.
  2. Satukan gula icing dan telur. Pukul sebentar dengan hand mixer. Ini untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu. Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan. Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk Adunan akan menjadi pekat dan berkrim.
  3. Masukkan gelatin dan putar rata.
  4. Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat. Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar. Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan. Terus putar hingga rata. Ketepikan
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental. Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh digunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan. Lama masa menyimpan bergantung pada kesejukan pti ais anda.


Krim Coklat

-80 gm gula icing
-3 biji kuning telur
-120 gm mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-150 gm coklat masakkan gelap
-300 gm Krim Tenusu


  1. Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.
  2. Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
  3. Masukkan gelatin dan putar lagi
  4. Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar. Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.


Cara Melapis Kek

  1. Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
  2. Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
  3. Letakkan 1/2 bahagian krim putih. Dan ratakan.
  4. Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih
  5. Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
  6. Letakkan 1 lapis lagi kek coklat
  7. Letakkan baki krim putih dan ratakan
  8. Letakkan kek coklat yang terakhir
  9. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.


Ganache Chocolate


Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan
  7. Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.
Memang agak sukar ye nak mendapatkan bentuk kek ini yang sempurna.Bak kata orang putih 'practice make perfect'.Selamat mencuba.Credit to syapex kitchen.
Read more ...

NASI TOMATO AYAM MERAH

9.25.2014
NASI TOMATO AYAM MERAH



Sempena kedatangan Hari Raya AidilAdha,apakata anda hidangkan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah .Resepi ini kelihatan agak rumit tetapi mudah sebenarnya.Jika berkeinginan membuatnya,bolehlah ikuti resepi di bawah.

Bahan-bahannya

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang 



Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah 
3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup 




Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 



Bahan-Bahan untuk Kicap

 2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas 





Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato 

1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.

12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah 

1) Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.

2) Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

3) Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

6) Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

8) Masukkan gula dan garam secukupnya.

9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal

 1) Kisarkan semua bahan.

2) Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 





Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap

 1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

Ada beberapa tips yang boleh anda cuba.Satunya dengan meletakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau. 


Selamat Mencuba..
Read more ...

NASI MANDY AYAM

9.24.2014


NASI MANDY AYAM

Aidil Adha bakal menjelma.Pastinya anda tercari-cari menu masakan istemewa untuk di hidangkan di hari raya nanti.Apakata anda cuba resepi mudah Nasi Mandy Mandy Ayam ini.Memang berbaloi anda sediakan untuk santapan keluarga bagi mencipta sedikit kelainan.

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Read more ...

AISKRIM TIRAMISU

9.19.2014
RESEPI AISKRIM TIRAMISU



Ingin mencuba membuat Aiskrim Tiramisu.Anda boleh ikuti resepi mudah di bawah.Pastinya anak-anak akan menyukainya.

Bahan bahannya

Sebungkus biskut Marrie perisa coklat

250 g cream cheese

1 liter whipping cream

Gula ikut keperluan

Bancuhan air koko pekat

Serbuk koko untuk hiasan

Cara caranya


  • Satukan cream cheese,whipping cream dan gula.Kemudian pukul bahan-bahan tersebut hingga kembang(menjadi cream)
  • Susun biskut marrie yang telah di celup di dalam air bancuhan koko di dalam bekas.
  • buat beberapa lapisan cream yang telah di buat tadi keatas biskut marrie di dalam bekas tersebut.
  • Ratakan bahagian atas lapisan dan hiasilah dengan taburan koko.
  • Setelah siap,simpan di dalam peti sejuk.
Mudah sahaja bukan.Resepi ini sesuai untuk anak-anak yang gemarkan aiskrim di rumah.Jadi x perlulah kita ke kedai lagi..


Read more ...

FERRERO ROCHER AIRTANGAN SENDIRI.

9.15.2014
FERRERO ROCHER AIRTANGAN SENDIRI.



Bagi yang menggemari coklat,FERRERO ROCHER memanglah menjadi coklat yang paling di gemari.Lagipula harganya di pasaran agak mahal.Jom kita cuba buatnya sendiri di rumah.Resepinya di bawah.

Bahan bahannya

250 g butter
150 gula caster
1 biji kuning telur
30 g serbuk roti kuning ( panco breadcrumbs)
100 g badam di kisar halus
100 g tepung jagung
300 g tepung red rose
250 badam cincang di sanggar tanpa minyak
300 g coklat masakan di cairkan
1 biji putih telur

Cara membuatnya

Ayak tepung jagung bersama-sama tepung red rose.
Masukkan badam yang di kisar halus ke dalam tepung dan di gaul rata.
Pukul butter,kuning telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
Bulatkan doh sebesar guli.
Celupkan doh ke dalam putih telur kemudian ke dalam badam cincang.
Letakkan di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165 'C selama 25 mnt.
Biarkan sejuk dahulu sebelum di salut coklat.
Letakkan bebola ke dalam mangkuk kertas.

Siap sudah Ferrero Rocher anda.Cubalah,mana tahu hasil air tangan anda lebih mantap.Selamat mencuba..
Read more ...

RESEPI NASI AYAM LENGKAP.

9.13.2014
RESEPI NASI AYAM LENGKAP.



Hari minggu memang merupakan masa yang di tunggu-tunggu kerana ada banyak masa yang boleh diisikan dengan aktiviti memasak.Hari ini kita nak share resepi Nasi Ayam Lengkap.Boleh di cuba kalau punyai kelapangan.

Bahan bahannya

Bahan Untuk Ayam Rebus.

  1. Seekor ayam di potong 8
  2. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  3. 2 cm halia di tumbuk halus
  4. 1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam Perap
  1. 1 sudu besar kicap pekat.
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 cm halia di tumbuk halus
  4. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  5. 1 sudu kicap cair
  6. sedikit madu untuk di sapu
Bahan Untuk Nasi
  1. 3 cawan beras
  2. 4 cawan air rebusan ayam
  3. 2 sudu besar butter
  4. 1 cm halia di tumbuk halus
  5. 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  6. sedikit garam
  7. 2 bunga lawang,4 buah pelaga,1kayu manis
  8. 1 batang serai di ketuk
  9. 2 helai daun pandan
  10. sedikit kunyit untuk pewarna dan aroma
Bahan Untuk Sos
  1. 5 biji cili merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia
  4. 1 sudu besar cuka
  5. 1 sudu besar gula
  6. 1 sudu teh garam
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup
  1. air rebusan ayam
  2. 1 biji bawang besar di kisar
  3. daun bawang dan daun sup di hiris serta sup bunjut
Bahan Untuk Kicap
  1. kuah kicap perapan ayam di atas
  2. kicap manis cap kipas udang
  3. air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.Selamat mencuba..

Read more ...

SAMBAL KETUK JAWA.

9.11.2014
SAMBAL KETUK JAWA.



Sambal ketuk bagi saya memang resepi paling mudah tetapi sangat-sangat meransang nafsu makan.Baunya ketika ianya di goreng menjadikan perut segera lapar.

Sambal Ketuk bukanlah susah untuk di buat.Sangat-sangat mudah kerana hanya perlu tumbuk semua bahan-bahannya.

Bahan-bahannya


3 biji bawang besar (di mayang)
8 tangkai cili padi
2 tangkai lada besar
40 g ikan bilis

Cara membuatnya.

Terdapat 2 cara untuk menyediakan sambal ketuk ini.Yang pertama semua bahan-bahan di goreng terlebih dahulu baru di tumbuk.

Yang kedua semua bahan-bahan di tumbuk lumat dahulu barulah di goreng garing.

Bagi saya cara kedua lebih mantap.Sambal Ketuk anda akan kelihatan kering dan menyelerakan.

Cubalah,memang sedap kalau dimakan bersama ikan goreng dan sayur masak lemak putih.





Read more ...

MEE UDANG KUALA SEPETANG

9.09.2014
MEE UDANG KUALA SEPETANG



Sebut sahaja Mee Udang,pasti anda akan teringat akan nama Mee Udang Mak Jah.Mee Udang ini sememangnya terkenal di tanah air terutamanaya di bahagian utra.jom kita share resepinya.

Bahan-Bahan

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir

4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya 

Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Selamat mencuba..
Read more ...

KETAM KUKUS ISTIMEWA.

9.08.2014
KETAM KUKUS ISTIMEWA.

Add caption

Ketam memang merupakan makanan laut yang paling saya gemari.Walaupun untuk menikmatinya agar mencabar dengan kulitnya yang keras,namun rasanya membuatkan ianya berbaloi.Kali ini saya nak kongsi menu mudah iaitu masakan Ketam Kukus.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

1 kg ketam
12 g cili padi
garam secukupnya

Bahan kisar

20 g halia
15 g bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai

Cara membuatnya

kukus ketam bersama-sama bahan kisar
Masukkan cili padi dan garam secukupnya
Tunggu hingga mendidih

Siap sudah.Mudah sahaja kan resepinya.Tapi rasanya enak.Semasa menghidang,masukkan sekali air kukusan bersama-sama ketam di dalam pingga.
Selamat mencuba..

Read more ...

SATEY KAJANG ALA HJ SAMURI

9.07.2014
SATEY KAJANG ALA HJ SAMURI



Penggemar satey pasti mengetahui keenakan sataey kajang.Sebut sahaj satey,pasti kita akan teringatkan Satey Kajang.Jikan anda boelh membuatnya sendiri,apakata anda cuba.Jom kita share resepinya.
  • 1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
  • 5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
  • ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
  • 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
  • 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
  • 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
  • 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
  • 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 camca teh garam
Untuk kuah Sate Samuri
  • ½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 stgh inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 papan gula melaka
  • 2 sudu asam jawa, diambil airnya.
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara buat sate/satay Samuri
  1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
  2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
  3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
  4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
  5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
  6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
  7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit
Cara membuat kuah Sate Samuri
  1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
  2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
  3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
  4. Didihkan campuran tadi.
  5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
  7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
  8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.
Cubalah,mana tau air tangan anda lagi hebat rasanya.Selamat mencuba.
Read more ...

GRILLED CHICKEN CHOP

9.05.2014
GRILLED CHICKEN CHOP


Hari ini kita nak share resepi Grilled Chicken Chop yang simple.Walaupun resepinya mudah,namun rasanya tetap terpelihara.Jom kta tengok resepinya.

Bahan bahannya.
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

MASHED POTATO

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 
SOS BLACK PEPPER 


Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam 
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Terpulanglah kepada saudara saudari samada nak letak Mashed Potato ataupun letak Fries pun ok.Selamat mencuba...
Read more ...

SOTONG KARI POWER

9.03.2014
SOTONG KARI POWER




Hari-hari makan ayam pun boring juga.Jadi apa kata harini masak Sotong Kari.Memang sedap.Lagipun nak masak resepi ni pun mudah sahaja.Jimat masa.Walaupun harga sotong agak mahal sekarang,tapi demi selera di dayakan juga..Jom kita lihat resepinya.


RAMUAN
  • 7 ekor sotong saiz medium – ni dua orang makan je
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 serai- tumbuk @ titik
  • 1 Bunga lawang
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 3 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
  • 1 pkt  Serbuk kari ikan + 1 sudu serbuk kari daging
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 Asam keping
  • 1 tomato
  • air 1 cawan
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  • Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bunga lawang ,bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan sotong
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan
  • Bila dah masak, masukkan tomato.Tutup Api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan
Read more ...

MEE GORENG MAMAK MUDAH.

9.03.2014
MEE GORENG MAMAK MUDAH.




Bagi mereka yang biasa mengunjungi kedai mamak,pasti pernah meng'order' Mee Goreng Mamak.Mee Goreng Mamak memang tidak di nafikan mantap kalau di masak oleh mamak.Bagi saya,hanya Mee Goreng Mamak sahaja yang mampu menarik saya kek kedai mamak.Tapi jika malas keluar,boleh juga kalu di buat sendiri di rumah.Jom kita share  resepinya,Mudah sahaja.. 

Bahan2nya:-
100gm mee kuning
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang sawi
10gm taugeh
1/2 keping tauhu yang telah digoreng
1 biji telur
1 sudu cili kering yang telah dikisar
cili merah hiris halus
1 sudu kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kering dan kicap. Seterusnya masukkan mee kuning, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan masukkan telur dan akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Taburkan cili merah sebagai hiasan.
Read more ...

SOS LADA HITAM MANTAP

9.03.2014
SOS LADA HITAM MANTAP



Bagi anda yang menggemari makanan barat,mesti anda tahu bahan penting di dalam masakan barat adalah Sos Lada Hitamnya.Sos Lada Hitam banyak digunakan untuk menu masakkan ala-barat.Hari kita nak kongsikan resepi membuat Sos Lada Hitam ynag mantap.

Bahan-bahan:
5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar (kalau suka pedas, tambahkan lagi)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dicincang halus
2 sudu besar Demi-glace brown sauce (larutkan brown sauce dalam 1 gelas air)
1/2 tin susu cair ideal (brand yang dicadangkan)
kicap pekat / karamel (untuk menghitamkan sos, kalau nak nampak hitam letak lebih sikit)
tepung beras (untuk pekatkan sos) - larutkan dalam air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
*garam
*gula
*MSG
2 sudu besar minyak
500ml air

nota *: mengikut citarasa anda


Cara-cara:

1- Panaskan minyak, tumis bawang besar hinnga naik bau.
2- Masukkan air.
3- Masukkan larutan brown sauce, kicap pekat / karamel, lada hitam yang telah dikisar, susu cair, garam, gula MSG.
4- Biarkan mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan larutan tepung beras sehinnga agak pekat.
5- Masukkan daun oregano dan thyme.
6- Setelah masak, rasa sudah cukup tutupkan api.

*penggunaan tepung beras digunakan untuk memekatkan kuah lada hitam.
*lebihkan kuantiti ml untuk susu cair jenama lain, untuk kuah rasa lemak. Boleh juga gunakan butter untuk bagi rasa lemak.
Read more ...