Pages

RESEPI NASI AYAM LENGKAP.

9.13.2014
RESEPI NASI AYAM LENGKAP.



Hari minggu memang merupakan masa yang di tunggu-tunggu kerana ada banyak masa yang boleh diisikan dengan aktiviti memasak.Hari ini kita nak share resepi Nasi Ayam Lengkap.Boleh di cuba kalau punyai kelapangan.

Bahan bahannya

Bahan Untuk Ayam Rebus.

  1. Seekor ayam di potong 8
  2. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  3. 2 cm halia di tumbuk halus
  4. 1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam Perap
  1. 1 sudu besar kicap pekat.
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 cm halia di tumbuk halus
  4. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  5. 1 sudu kicap cair
  6. sedikit madu untuk di sapu
Bahan Untuk Nasi
  1. 3 cawan beras
  2. 4 cawan air rebusan ayam
  3. 2 sudu besar butter
  4. 1 cm halia di tumbuk halus
  5. 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  6. sedikit garam
  7. 2 bunga lawang,4 buah pelaga,1kayu manis
  8. 1 batang serai di ketuk
  9. 2 helai daun pandan
  10. sedikit kunyit untuk pewarna dan aroma
Bahan Untuk Sos
  1. 5 biji cili merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia
  4. 1 sudu besar cuka
  5. 1 sudu besar gula
  6. 1 sudu teh garam
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup
  1. air rebusan ayam
  2. 1 biji bawang besar di kisar
  3. daun bawang dan daun sup di hiris serta sup bunjut
Bahan Untuk Kicap
  1. kuah kicap perapan ayam di atas
  2. kicap manis cap kipas udang
  3. air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment