Pages

KEK COKLAT INDULGANCE.

9.29.2014
KEK COKLAT INDULGANCE.


Dulu selalu juga saya membeli Kek Indulgance ini di Sicret Recipes.Memang sedaplah kek ini kan.Setelah lama mencari resepinya jumpa pula.Then try and error,bolehlah buat makan-makan anak-anak di rumah.Jom kita share resepinya.

KEK SPAN COKLAT


-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-150 gm tepung kek
-20 gm serbuk koko
-70 gm 
air
-5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.. Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit.

Resepi Krim Putih

-60 gm gula icing
-2 biji kuning telur
-120 gram mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-100 gm coklat masakan putih
-260 gm Krim tenusu


  1. Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air. Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.
  2. Satukan gula icing dan telur. Pukul sebentar dengan hand mixer. Ini untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu. Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan. Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk Adunan akan menjadi pekat dan berkrim.
  3. Masukkan gelatin dan putar rata.
  4. Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat. Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar. Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan. Terus putar hingga rata. Ketepikan
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental. Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh digunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan. Lama masa menyimpan bergantung pada kesejukan pti ais anda.


Krim Coklat

-80 gm gula icing
-3 biji kuning telur
-120 gm mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-150 gm coklat masakkan gelap
-300 gm Krim Tenusu


  1. Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.
  2. Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
  3. Masukkan gelatin dan putar lagi
  4. Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar. Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.


Cara Melapis Kek

  1. Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
  2. Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
  3. Letakkan 1/2 bahagian krim putih. Dan ratakan.
  4. Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih
  5. Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
  6. Letakkan 1 lapis lagi kek coklat
  7. Letakkan baki krim putih dan ratakan
  8. Letakkan kek coklat yang terakhir
  9. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.


Ganache Chocolate


Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan
  7. Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.
Memang agak sukar ye nak mendapatkan bentuk kek ini yang sempurna.Bak kata orang putih 'practice make perfect'.Selamat mencuba.Credit to syapex kitchen.

No comments:

Post a Comment