Pages

NASI TOMATO AYAM MERAH

9.25.2014
NASI TOMATO AYAM MERAH



Sempena kedatangan Hari Raya AidilAdha,apakata anda hidangkan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah .Resepi ini kelihatan agak rumit tetapi mudah sebenarnya.Jika berkeinginan membuatnya,bolehlah ikuti resepi di bawah.

Bahan-bahannya

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang 



Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah 
3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup 




Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 



Bahan-Bahan untuk Kicap

 2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas 





Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato 

1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.

12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah 

1) Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.

2) Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

3) Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

6) Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

8) Masukkan gula dan garam secukupnya.

9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal

 1) Kisarkan semua bahan.

2) Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 





Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap

 1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

Ada beberapa tips yang boleh anda cuba.Satunya dengan meletakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau. 


Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment