Pages

KETUPAT DAUN PALAS

7.18.2014
KETUPAT DAUN PALAS

KETUPAT DAUN PALAS

Sempena Syawal yang bakal menjelma,ketupat adalah hidangan wajib yang perlu ada di pagi Syawal yang mulia.Bagi yang menggemari ketupat daun palas,kita share sikit cara cara menbuatnya.Jom lihat resepinya.

Bahan Bahan

1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

Cara membuatnya

Basuh bersih beras pulut sebersih-bersihnya dan kemudian tuskan.

Kelapa  tadi di perah dan ambil santan pekatnya.

Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau hingga ia mendidih.

Masukkan pula pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

No comments:

Post a Comment