Pages

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

7.19.2014
BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

Resepi biskut moden memang boleh di pelbagaikan dari segi perasanya.Terdapat pelbagai perasa moden yang boleh di jadikan asas biskut moden.Jika rasa iangin mencuba Biskut Marbel Susu Cappocino,anda boleh rujuk resepi di bawah.

Bahan Bahannya

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco 


Cara membuatnya: 

Putarkan mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga menjadi sebati.


kKemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Sambil itu diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)


Bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.


Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.


Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.


Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.


Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment