Pages

BEBOLA SARDIN

10.28.2014
BEBOLA SARDIN

Bebola Sardin
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com



Tiada idea untuk menyediakan hidangan petang buat suami or anak-anak?Di sini saya syorkan satu resepi mudah iaitu Bebola Sardin.Resepi ini sangat mudah di sediakan dan pasti anak-anak menggemarinya.Jom kita lihat caranya.

Bahan-bahannya

1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya) 
2 biji telur 
2 keping roti (disiat kecil-kecil) 
serbuk lada hitam 
garam secukup rasa


Cara menyediakannya

Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.

Sudah siap hidangan petang anda.Bagi anak-anak saya mereka gemar makan begitu sahaja.Anda boleh tambah kepedasan dengan tambahan cili jika mahukannya.Boleh juga di masukkan ke dalam sup sebagai tambahan.

No comments:

Post a Comment