Pages

Ayam Masak Tomato

5.25.2014
AYAM MASAK TOMATO


Kali nie nak share resepi Ayam Masak Tomato pula.Resepi ni simple je.Memang mudah bagi sesiapa yang nak menyediakan menu yang enak tapi mudah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ayam (potong ikut suka)
15 biji cili kering ]
5 ulas bawng merah ] digiling
3 ulas bawang putih ]
1 sudu teh gula ]
1 tin kacang peas
½ botol tomato sos
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam dan kunyit

Caranya

Ayam digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya kemudian masukkan ayam. Masukkan sedikit air asam dan tomato sos, bila kuahnya telah agak pekat, msukkan kacang peas gaul rata-rata barulah diangkat.

Mudah sahaja bukan.Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sedikait ulam-ulaman.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment