Pages

Sardin Asam Pedas

5.24.2014
SARDIN ASAM PEDAS


Perkara paling mudah apabila pening kepala memikirkan menu makan malam adalah masak sahaja sardin.Tapi kalau kena gayanya memang meletop..Apakata cuba masak sardin asam pedas.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 tin sardine saiz besar (mat guna jenama "Pertima", ada 4 ekor ikan)
1 gengga daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan


1/2 camca teh lada hitam

Caranya

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan lengkuas, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
Tambah daun kesom dan ikan sardine dan 2 camca besar sos ikan sardine tadi. Masak dengan api sederhana, masukkan tomato. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti....Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment