Pages

Ayam Sos Tiram Bercili Kering

5.22.2014
AYAM SOS TIRAM BERCILI KERING


Kedengarannya macam payah je resepi ini.Tajuknya pun panjang.Ayam sos tiram bercili kering.Rasanya memang jarang orang buat kot.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

½ ekor ayam 
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 
2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 
1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 
3 sudu besar sos tiram

Sedikit daun bawang 
Sedikit garam dan serbuk perasa 
Sedikit minyak 
Sedikit air 
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)


Caranya

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. 

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). 

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. 

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. 

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.


Memang menyelerakan.Baunya pasti membuat perut seisi rumah minta di isi.Makan semasa panas memang terbaik.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment