Pages

Ketam berlada

6.11.2014
KETAM BERLADA


Ketam memang makanan laut yang sedap.Sebab nak makan ia pun kena pandai caranya.Ketam boleh di masak pelbagai.Salah satunya masak berlada.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan bahannya

500 gm ketam
¼ cawan minyak masak
1 biji telur, dipukul sempurna
1 tangkai daun bawang, dipotong setebal 5 sm
1 tangkai daun ketumbar, dipotong setebal 5 sm

Bahan-bahan A:
5 sm halia, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 tangkai cili merah, ditumbuk

Bahan-bahan sos:
¼ cawan air
2 camca besar Sos Cili Manggi
1 camca teh gula
¼ camca teh minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam

Caranya

Bersihkan ketam. Pisahkan kulitnya. Potong berkepingan. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan A hingga terbit bau. Masukkan ketam dan goreng sekejap. Tutup kuali 5 minit. Buka penutup dan kacau sekali lagi, kemudian masukkan bahan-bahan sos. Apabila ketam kemerahan dan hampir masak, masukkan telur dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar dan dihidangkan panas.

No comments:

Post a Comment