Pages

BINGKA PANDAN

7.09.2014
BINGKA PANDAN

BINGKA PANDAN

Bingka Pandan adalah antara kuih tradisi yang memang terkenal.Kebiasaan di sediakan untuk sarapan pagi.Tapi untuk bulan Ramadhan,apakat anda buat sendiri untuk berbuka puasa.

Bahan bahannya

600 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
1 cawan santan pekat, dikisar bersama
1 biji telur 
Satu cawan air
20 helai daun pandan

Caranya

Bancuh tepung bersama gula, telur dan santan pekat. Pastikan tidak berketul-ketul. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan elok cairnya. Untuk lebih cantik, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar sekejap. Sapu acuan dengan minyak atau marjerin dan panaskan di dalam ketuhar. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar hingga masak dan sedikit berkerak.

Mudah sahaja.Anda boleh buatnya tanpa ragu-ragu.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment