Pages

BISKUT SALJI

7.13.2014
BISKUT SALJI.

BISKUT SALJI

Jika anda mencari biskut yang lembut dan enak,anda boleh mencuba BISKUT SALJI.BISKUT SALJI ini memang menjadi kesukaan kerana kelembutan rasa dan kemanisannya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan

Bahan A

250 g mentega
180 g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan B

1 biji telur siap dipukul

Bahan C

200 g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan 100 g kelapa kering

Cara membuatnya.

Kesuemua Bahan A digaul hingga sebati
Campur Bahan B ke dalam Bahan A.Gaul hingga sebati.
Masukkan pula Bahan A dan B kedalam Bahan C sedikit demi sedikit.Gaul dan pastikan tidak berketul-ketul.
Bentukkan doh menjadi bulat dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15 ke 20 minit.
Salut dengan kelapa kering setelah masak.

No comments:

Post a Comment