Pages

BISKUT SAMPAN

7.13.2014
BISKUT SAMPAN

BISKUT SAMPAN

Kalau anda ingin kelainan pada bentuk biskut yang anda ingin hidangkan kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pada hari lembaran yang berbahagia,anda bolehlah mencuba Biskut Sampan ini.Resepinya mudah sahaja.Mari kita lihat resepi Biskut Sampan ini.

Bahan Bahannya

1 biji telur 
200 g mentega
150 g tepung jagung
200 g tepung gandum
80 g tepung optima
*ketiga-tiga tepung di ayak bersama
150 g gula halus
50 g badam kisar

Hiasan

Ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara membuatnya

Satukan mentega,gula dan telur dan dikacau hingga rata.
Kemudian masukkan ketiga-tiga tepung yang telah di ayak bersama beserta badam dan gaulkan adunan hingga rata.
Sapukan mentega kee dalam adunan berbentuk bot dan tekan adunan ke dalamnya.
Hiasi dengan ceri yang telah di potong.
Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk dahulu kemudian keluarkan dari acuan.

No comments:

Post a Comment