Pages

BISKUT BOLA KRISTAL

7.13.2014
BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOAL KRISTAL merupakan biskut yang serba ringkas kelihatannya.Berbentuk bulat kosong tetapi kaya pada rasanya.Rajin-rajinlah mencuba membuatnya dengan mengikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

150 g minyak sapi
100 g mentega tulen
130 g gula ising
300 g tepung gandum halus
125 g tepung jagung
50 g badam dikisar halus
sedikit pewarna merah,jingga,hijau,kuning

Hiasan 

50 g gula ising
100 g gula kastor halus
*keduanya di gaul sebati

Cara membuatnya

Putarkan minyak sapi,mentega,gula ising,serta garam hingga putih dan gebu
Masukkan kedua-dua jenis tepung dan badamuli hingga menjadi doh.Sekiranya adunan keras,masukkan sedikit minyak sapi.Jika terlampau lembut,masukkan sedikit tepung.
Biarkan doh selama 10 minit.
Bubuhkan pewarna,gaul sebati.
Jemputkan doh dan bulatkan.
Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Golekkan doh yang masih panas ke dalam gula.

No comments:

Post a Comment