Pages

BISKUT TAT MERINTIH

7.14.2014
BISKUT TAT MERINTIH

BISKUT TAT MERINTIH

BISKUT TAT MERINTIH memang sedap.Kaya dengan pelbagai hiasan manisan yang di titipkan.Pasti menarik minat tetamu anda yang datang berkunjung.Jika berminat membuatnya,bolehlah ikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

Bahan aising kelapa

2 biji putih telur
150 g gula aising
75 g kelapa kering

Pastri

1 biji kuning telur
125 g mentega
50 g gula aising
250 g tepung gandum
25 g tepung kastard
1/2 cawan coklat urai
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk vanila

Hiasan

50 g coklat urai
50 g gula urai dan manik gula
Mangkuk kertas

Inti

100 g jem nanas atau aprikot.

Cara membuatnya

Sediakan aising kelapa dengan memukul putih telur hingga kembang.Masukan gula aising dan kelapa kering da gaul sebati.
Sediakan pastri dengan memutar mentega bersama gula dan kuning telur hingga gebu.Masukkan serbuk penaik dan serbuk vanila,putar lagi hingga sebati.
Masukkan kedua-dua jenis tepung,di gaul rata hingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 10 minit.
Canai adunan setebal 1/2 cm,terap dengan acuan tat.
Bubuh jem dan aising kelapa dia atsnya.
Bubuh hiasan dan bakar pasa suhu 180'C selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment