Pages

KEK AISKRIM SEDAP

8.28.2014
KEK AISKRIM SEDAP



Kek Aiskrim memang sejenis kek yang sedap.Kek ni berbeza dengan kek span kerana ianya mudah cair.Lagipun ianya berasakan aiskrim.Jika berminat untuk mencuba,bolehlah ikuti resepi berikut.

Bahan bahannya

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya


Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar

Caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.

Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.

Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.

Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.

Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.

Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

No comments:

Post a Comment