Pages

LASAGNA AYAM

8.29.2014
LASAGNA AYAM





Lasagna memang merupakan makanan ringkas yang padat rasanya.Citarasa barat ini telah menjadi kegemaran anak-anak.Tetapi mereka lebih gemarkan Lasagna Ayam.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan (Sos Merah)

600g daging ayam cincang
1 tin cendawan butang
1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar butter
1/2 sudu minyak masak
1/2 sudu lada hitam
1 sudu keju Mozarella
1/2 sudu serbuk oregano

Cara membuatnya

.Mcm biasa panaskan kuali, masukan minyak lepas itu butter. Minyak untuk mengelakan butter terbakar dari pengelaman guna minyak sapi.
Masukkan bawang putih diikuti dgn bawang dan tumis layu saja. Masakan mat salleh tak garing cuma layukan saja.
Masukkan daging cincang, mcm biasa goreng sehingga air daging hilang dan timbul minyak daging dari lemak daging. MH borink dgn daging cincang ready made ini pasal tipu dibuatbdgn 1/4 bhg. lemak daging. Kalau boleh buang sedikit minyaknya. Hindarkan minyak berlebihan.
Bila daging cincang agak masak tuang tomato puri dan cili sos.
Kalau nak pakai cendawang masukan. Masukan lada hitam dan serbuk oregano dan garam secukup rasa. Bila masak agak pekat dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN (Sos Putih)
  • 2 sudu besar (tbsp) butter dan sedikit minyak masak.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 3 kpg Cheese.
  • 250 ml susu penuh krim dutch lady.
  • Garam secukup rasa.
CARA-CARA MEMBUAT SOS PUTIH.
1. Panaskan kuali dgn api sederhana, masukan butter dan minyak masak. Bila butter naik panas, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Cara ini utk hilangkan bau tepung je.
2. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan cheese dan kacau sebati sehingga cheese cair. Masukkan garam secukup rasa.
3. Kacau sehingga sos jadi pekat. Sekiranya pekat sgt, tambahkan susu lagi dan kacau.
4. Angkat dari dapur dan tepikan.
Cara lapik lasagna:
1. Loyang empat segi yg bersesuain, bubuh sedikit butter. Susunkan lapisan terbawah ini dgn kepingan lasagna yg telah celup air. Susunkan rapat-rapat. Potong ikut size loyang anda.
2. Ratakan sos merah dan selepas itu tuangkan pula sos putih.
3. Taburkan Parmesan dan keju mozerella diats sos putih tadi.
4. Ulang balik cara yg sama sehingga tiga lapisan..Ingat ye last sekali mesti cuma sos putih dan morzerella cheese yg di taburkan lagi banyak lagi best.
5. Panaskan oven dulu pada 180C dan bakar selama 40 minit. Keluarkan dan sejukan dulu sebelum potong. Dah siap Lasagna Daging anda ..selamat mencuba

No comments:

Post a Comment