Pages

KERABU SOTONG BERMANGGA

8.30.2014
KERABU SOTONG BERMANGGA



Harini nak share resepi mudah sahaja.Kerabu Sotong Bermangga.Memnag menjadi kegemaran kerana rasa masam mangga yang membuatkan terliur jadinya.Rasa masam tersebut juga membangkit selera makan.Jom kita tengok cara membuatnya..

Bahan bahannya

4 ekor sotong besar 
2 biji tomato 
3 sudu gula 
Sedikit garam

1 kuntum bunga kantan - dihiris
½ biji mangga yang hampir masak 
½ biji bawang merah - dipotong dadu
sedikit daun ketumbar - dihiris halus


Caranya

Sotong dipotong kecil dan direbus hingga masak. Toskan. Kisar tomato bersama gula dan sedikit garam. Campur sotong bersama bahan kisar, bunga kantan, mangga, bawang merah dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan.

Sangat sesuai di hidangkan bersama tomyam.Nasi pula di hidang panas.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment