Pages

RAINBOW LIDAH KUCING

7.05.2014
RAINBOW LIDAH KUCING

RAINBOW LIDAH KUCING

Rainbow lidah kucing telah menjadi semakin popular dan sering di perkatakan ramai orang.Setelah saya merasanya,memang rainbow lidah kucing nie mantap rasanya dan rangup.Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya.

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)


Dulang khas lidah kucig rainbow(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)Cara-cara


Griskan loyang dengan sedikit butter

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.


Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.

Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.


Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.


No comments:

Post a Comment