![]() |
MEE HAILAM |
Mee adalah menu masakan yang paling mudah untuk di buat.Lagipun bahan-bahan untuk memasaknya mudah didapati.Jadi apakata sempena lembaran ni anda cuba sediakan Mee Hailam teristimewa anda untuk santapan tetamu.Jom kita share resepinya.
Bahan bahannya
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat ½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
Panaskan minyak terlebih dahulu.Kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagungdan kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.
Resepi yang mudah dan simpel kan.Tapi rasanya pasti tidak akan mengecewakan tetamu anda.Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment