Pages

Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

ASAM PEDAS MUAR

6.08.2014
ASAM PEDAS MUAR


Masakan Asam Pedas sangat sinonim dengan daerah Muar.Tempat makan asam pedas popular di sini terletak di Parit Jawa.Memang sedap masakannya.Tapi kalau anda berkelapangan apakata di cuba masak sendiri di rumah.Berikut bahan bahannya.

Bahan bahannya:

½ Kilo Ikan Pari (di cuci) 
kunyit serbuk 
garam 
asam jawa 
Bahan A ( di Kisar) 
$1 cili kering 
2 Biji Bawang Besar 
3 Ulas bawang Putih 
½ inc kunyit Basah 
2inc Belacan 
Lada hitam
Bahan B 

Lobak Masin (jika Suka) 
Daun Kesum 
Garam & Perasa 
Asam Jawa( jadikan air asam)

Caranya:

1. Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa. 
2. setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam 
3. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak 
4. masukkan juga daun kesum bersama untuk menaikan bau. 
5. setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit. 
6. setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih 
7.setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana. 
8.akhir sekali tutup api dan boleh lah di hidang.

Memang mantap.Baunya akan membuatkan seisi rumah kelaparan.Rajin-rajinlah mencuba..
Read more ...

Sardin Asam Pedas

5.24.2014
SARDIN ASAM PEDAS


Perkara paling mudah apabila pening kepala memikirkan menu makan malam adalah masak sahaja sardin.Tapi kalau kena gayanya memang meletop..Apakata cuba masak sardin asam pedas.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 tin sardine saiz besar (mat guna jenama "Pertima", ada 4 ekor ikan)
1 gengga daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan


1/2 camca teh lada hitam

Caranya

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan lengkuas, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
Tambah daun kesom dan ikan sardine dan 2 camca besar sos ikan sardine tadi. Masak dengan api sederhana, masukkan tomato. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti....Selamat mencuba!!
Read more ...

Asam Pedas Ikan Pari

5.11.2014
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI


Harini kita cuba masak ikan pari masak asam pedas dengan bendi.memang terangkatla klu makan tapi mesti ada saingnya,tak lain tak bukan mestilah telor asin.Mari semak resepi ni.


Bahan-Bahan:
Bahan A
½ ekor ikan pari daun-potong dan bersihkan
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping (yang kecil)-kurangkan asam jika anda x suka masam
4 sudu makan cili kering kisar
1 biji tomato
5 biji bendi
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
air -agak2 tengelam ikan
sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan B
½ sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil rempah biji
1 ulas bawang putih
1cm halia
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
Tumbuk semua Bahan B. pastikan jintan manis dan rempah biji ditumbuk dulu, setelah hancur baru masukkan bahan B yang lain 


Cara:
Tumis bahan B sampai naik bau.
Masukkan cili kisar dan asam keping, biarkan sehingga agak masak, masukkan air. Kemudian masukkan ikan pari, setelah agak masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. setelah masak tutup api dan masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk agar sayuran tadi masak.


Dah siap.Hidangkan panas panas dengan nasi dan telor asin.Pasti menambat selera.
Read more ...

Asam Pedas Ikan Kembong

5.10.2014
ASAM PEDAS IKAN KEMBONG



Ini adalah menu biasa yang di masak oleh ibu.Rasanya pasti tidak berubah walaupun bertahun kami menikmatinya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannye.


  • 5 ekor ikan kembong
  • sebatang serai di ketuk
  • daun kesum setangkai
  • 2 1/2 gelas air
  • garam secukup rasa
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • sedikit belacan


Cara penyediaannya
  • tumbuk bawang merah,cili dan belacan
  • kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai,daun kesum dan air
  • tunggu hingga mendidih dan masukkn garam secukup rasa.
Siap sudah...hidangkan panas-panas bersama nasi.Menu yang mudah untuk hari minggu. 
Read more ...