Pages

Showing posts with label resepi biskut. Show all posts
Showing posts with label resepi biskut. Show all posts

BISKUT TIRAMISU.

7.24.2014
BISKUT TIRAMISU.

BISKUT TIRAMISU.
Menjelang hari raya pasti terdapat pelbagai jenis biskut yang muncul.Pasti anda juga mahukan biskut yang pelbagai untuk hidangan tetamu anda.Apakata anda cuba resepi Biskut Tiramisu.Memang sedap.Jom tengok resepinya..

Bahan bahannya

16 keping biskut marie
20g gula halus
100ml air suam
4 sudu kecil Instant coffee
3 biji(L size) telur kuning
25g halus
150g mascarpone cheese
3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
25g gula halus
serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.

2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan
.
3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas.
Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi.

4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.

5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.

6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.

7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.

8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.
Read more ...

BISKUT SUJI

7.22.2014
BISKUT SUJI
BISKUT SUJI

BISKUT SUJI boleh di anggap biskut tradisi di Malaysia.Pasti setiap kali raya ia dihidangkan oleh ibu sejak saya kecil lagi.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara Penyediaan

 Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Siap sudah biskutnya.Pasti sedap dan enak..Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT POPIA NESTUM

7.22.2014
BISKUT POPIA NESTUM

BISKUT POPIA NESTUM

BISKUT POPIA NESTUM memang kegemaran anak-anak saya.Ini kerana biskut ini manis lagipula bila di campurkan dengan nestum.Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan bahannya

1 bungkus besar kulit popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus


Cara membuatnya

Gulungkan kulit popia menggunakan lidi satay,Tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba,,,
Read more ...

BISKUT ARAB

7.17.2014
BISKUT ARAB

BISKUT ARAB

Kebiasaannya kita dengar nama Nasi Arab.Tapi untuk raya kali nie kita ada Biskut Arab pula.JIka dengar namanya rasanya resepinya mesti beratkan.Tapi sebenarnya mudah saja.Lihatlah resepi berikut.

Bahan bahannya

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit


Ringkas bukan resepinya.Anda boleh cubanya tanpa ragu-ragu.Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT BOLA KRISTAL

7.13.2014
BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOAL KRISTAL merupakan biskut yang serba ringkas kelihatannya.Berbentuk bulat kosong tetapi kaya pada rasanya.Rajin-rajinlah mencuba membuatnya dengan mengikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

150 g minyak sapi
100 g mentega tulen
130 g gula ising
300 g tepung gandum halus
125 g tepung jagung
50 g badam dikisar halus
sedikit pewarna merah,jingga,hijau,kuning

Hiasan 

50 g gula ising
100 g gula kastor halus
*keduanya di gaul sebati

Cara membuatnya

Putarkan minyak sapi,mentega,gula ising,serta garam hingga putih dan gebu
Masukkan kedua-dua jenis tepung dan badamuli hingga menjadi doh.Sekiranya adunan keras,masukkan sedikit minyak sapi.Jika terlampau lembut,masukkan sedikit tepung.
Biarkan doh selama 10 minit.
Bubuhkan pewarna,gaul sebati.
Jemputkan doh dan bulatkan.
Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Golekkan doh yang masih panas ke dalam gula.
Read more ...

BISKUT SAMPAN

7.13.2014
BISKUT SAMPAN

BISKUT SAMPAN

Kalau anda ingin kelainan pada bentuk biskut yang anda ingin hidangkan kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pada hari lembaran yang berbahagia,anda bolehlah mencuba Biskut Sampan ini.Resepinya mudah sahaja.Mari kita lihat resepi Biskut Sampan ini.

Bahan Bahannya

1 biji telur 
200 g mentega
150 g tepung jagung
200 g tepung gandum
80 g tepung optima
*ketiga-tiga tepung di ayak bersama
150 g gula halus
50 g badam kisar

Hiasan

Ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara membuatnya

Satukan mentega,gula dan telur dan dikacau hingga rata.
Kemudian masukkan ketiga-tiga tepung yang telah di ayak bersama beserta badam dan gaulkan adunan hingga rata.
Sapukan mentega kee dalam adunan berbentuk bot dan tekan adunan ke dalamnya.
Hiasi dengan ceri yang telah di potong.
Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk dahulu kemudian keluarkan dari acuan.
Read more ...

BISKUT MENTARI

7.09.2014
BISKUT MENTARI.
BISKUT MENTARI

Biskut mentari merupakan biskut moden yang sedap.Sesuai untuk di jadikan biskut hidangan untuk tetamu yang bertandang.Jika anda berkesempatan,boleh mencubanya dengan mengikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

200 g mentega
150 g gula
225 g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Hiasan

Jem Nanas
Badam cencang
Mangkuk kertas

Cara membuatnya

Pukul mentega hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanila.Di kacau hingga rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
Terap adunan.Letakkan di dalam mangkuk kertas.
Bulatkan jem dan letak di tengah-tengah.
Bakar hingga masak.
Read more ...

BISKUT BADAM COKLAT

7.08.2014
BISKUT BADAM COKLAT

BADAM COKLAT

Memang banyak kalau dipehatikan resepi bikut yang berasakan badam.Istemewanya badam hingga ia di pelbagaikan di dalam pembuatan biskut tentunya kerana rasanya yang enak.Kali ini nak share juga buskut bertemakan badam,Biskut Badam Coklat.

Bahan bahannya

3 suku cawan gula icing
½ cawan marjerin
1 biji telur
tepung gandum secukupnya
badam biji secukupnya(bakar dalam oven)
badam hancur secukupnya
coklat cooking
mangkuk kertas kecil(hitam)

Caranya

Putar marjerin dengan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.
Read more ...

BISKUT KENTANG RANGUP

7.07.2014
BISKUT KENTANG RANGUP

BISKUT KENTANG RANGUP

Biskut nie boleh dikategorikan sebagai biskut moden.Memang sedap sebab ianya rangup.Jom ikuti resepi berikut kalau anda ingin mencuba.

Bahan bahannya

130 g mentega
50 g gula kastor
180n acuan  g tepung gandum
40 g tepung jagung
45 g keropok kentang dikisar
1 biji kuning telur
1/2 sudu esen vanila

Hiasan

Kepingan badam
1 biji kuning telur untuk sapuan

Caranya membutanya

Bahan seperti mentega, gula kastor,kuning telur dan sesn vanila di satukan dan dikacau hingga rata.
Kemudian di masukakan tepung gandum, tepung jagung dan keropok kentang.Campuran di uli hingga sebati.
Canai dan terapkan dengan acuan.Sapu kuning telur di permukaan atas  dan hiasi dengan badam.
Bakar pada suhu 0'C selama 10 - 15 minit.
Read more ...

BISKUT KEJU PUTAR

7.07.2014
BISKUT KEJU PUTAR

BISKUT KEJU PUTAR

Makanan yang berasaskan keju pasti di sukai oleh anak-anak.Tidak ketinggalan juga sebilangan orang dewasa.Apa kata anda cuba resepi Biskut Keju Putar.Rasanya perlaburan anda pasti berbaloi kerana ianya memang sedap.

Bahan bahannya

Bahan A

250 g mentega
50 g gula kastor

Bahan B 

1 biji telur

Bahan C

250 g tepung jagung
200 g keju yg di kisar
Sedilit lada hitam

Hiasan

Kuning telur untuk sapuan
keju kisar

Cara membuatnya

Pukul Bahan A hingga rata.Kemudian masukkan Bahan B dan pukul lagi.
Masukkan Bahan C yang telah di gaul rata.Uli kesemua bahan ini hingga menjadi doh.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan dan canai doh menjadi kepingan nipis setebal 3 mm.Potong menjadi jejari 2 cm x 1 cm.
Ambil dua jejari dan pintal bersam keduanya.
Sapu kuning telur pada permukaan dan tabur keju kisar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15-20 minit.
Read more ...

BADAM MADU.

7.05.2014
BADAM MADU.

BADAM MADU

Menjelang Hari Raya,tentu anda mencari resepi biskut istimewa buat hidangan tetamu yang bakal hadir.Di sini saya kongsikan resepi biskut Badam Madu.Namanya pun agak gah bukan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega 100 gm gula
20 gm susu segar
360 gm tepung
150 gm badam, dicincang halus
5 gm serbuk penaik
Sedikit gula aising untuk hiasan

Caranya

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan lembut. Kemudian anda masukkan madu, susu, tepung, badam dan serbuk penaik.Bahan itu dipukul lagi hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bulan sabit. Susun di dalam dulang yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Tabur gula aising pada biskut sebelum dihidangkan.

Cubalah..Tetamu pasti suka akan hasil tangan anda.Selamat mencuba.
Read more ...