Pages

Showing posts with label sos tiram. Show all posts
Showing posts with label sos tiram. Show all posts

IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

10.27.2014
IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

resepi-tanpa sempadan.blogspot.com


Anda tidak punyai idea untuk memasak hidangan makan malam?Apa kata anda cuba resepi ini,Ikan Bawal Kukus Bersos Tiram.Rasanya hidanganini sesuai untuk makan malam yang agak istimewa terutamanya untuk keluarga tersayang.Jom kita lihat resepi Ikan Bawal Putih Kukus Bersos Tiram.

Bahan bahannya

1 ekor ikan bawal putih 
1 biji bawang besar (hiris) 
1 biji cili merah (hiris) 
1 biji cili hijau (hiris) 
1 inci halia (hiris) 
1 batang lobak merah (hiris)

3 sudu sos tiram 
3 biji limau kasturi


Cara Memasaknya

1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus. 
2)Taburkan bahan-bahan hiris. 
3)Letak sos tiram. 
4)Perahkan limau kasturi. 
5)Kukus selama 20 minit.


Memang mudah resepi ini.Rasanya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan resepi ini.Cubalah.pasti menarik selera keluarga anda.Selamat mencuba..




Read more ...

Ayam Sos Tiram Bercili Kering

5.22.2014
AYAM SOS TIRAM BERCILI KERING


Kedengarannya macam payah je resepi ini.Tajuknya pun panjang.Ayam sos tiram bercili kering.Rasanya memang jarang orang buat kot.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

½ ekor ayam 
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 
2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 
1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 
3 sudu besar sos tiram

Sedikit daun bawang 
Sedikit garam dan serbuk perasa 
Sedikit minyak 
Sedikit air 
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)


Caranya

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. 

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). 

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. 

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. 

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.


Memang menyelerakan.Baunya pasti membuat perut seisi rumah minta di isi.Makan semasa panas memang terbaik.Selamat mencuba.
Read more ...