Pages

Showing posts with label kari. Show all posts
Showing posts with label kari. Show all posts

SOTONG KARI POWER

9.03.2014
SOTONG KARI POWER




Hari-hari makan ayam pun boring juga.Jadi apa kata harini masak Sotong Kari.Memang sedap.Lagipun nak masak resepi ni pun mudah sahaja.Jimat masa.Walaupun harga sotong agak mahal sekarang,tapi demi selera di dayakan juga..Jom kita lihat resepinya.


RAMUAN
  • 7 ekor sotong saiz medium – ni dua orang makan je
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 serai- tumbuk @ titik
  • 1 Bunga lawang
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 3 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
  • 1 pkt  Serbuk kari ikan + 1 sudu serbuk kari daging
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 Asam keping
  • 1 tomato
  • air 1 cawan
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  • Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bunga lawang ,bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan sotong
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan
  • Bila dah masak, masukkan tomato.Tutup Api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan
Read more ...

KARI LAKSA

7.19.2014
KARI LAKSA
KARI LAKSA

Hari raya yang bakal menjelang tiba pasti memerlukan kita bersedia dengan menu-menu istimewa untuk tetamu yang datang berkunjung.Biasanya kita akan menyediakan makanan panas selaindari hidangan kuih raya.Apa kata anda cuba resepi Kari Laksa ini.Memang sedap..

Bahan bahannya

600 gm mi kuning (dicelur)
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam (dihiris)
80 gm rempah kari ayam
4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaannya

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
Read more ...

Kari Kepala Ikan

5.10.2014
KARI KEPALA IKAN



Hari-hari minggu nie ada banyak masa nak buat macam-macam makanan yang lazat.Antaranya kari kepala ikan.Jom temgok resepinya.


Bahan bahan

1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Caranya

Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa.


Read more ...