Pages

Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

RED VELVED CHEESE BROWNIES

8.22.2014
RED VELVED CHEESE BROWNIES




Ini adalah antara kek kegemaran anak-anak saya.Kek ini memang cantik dari segi rupanya da sedap pula rasanya.Sesuai anda hidangkan untuk tetamu yang hadir.

Bahan bahannya

Adunan Merah

250 g mentega
5 biji telur ayam
235 g tepung gandum-diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 g gula kastor
150 g susu pekat manis
1 cup mixed berries
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan chesse

500 g cream cheese
3 biji telur ayam
120 g gula kastor
sedikit asen vanila

Cara membuatnya

Adunan Merah

Pukul mentega da gula hingga putih dan kembang.
Masukkan ovallatte dan telur satu persatu.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan terus pukul hingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko.
Putar hingga sebati dengan kelajuan perlahan.
Campur yogurt bersama pewarna merah dan masukkan ke dalam adunan.
Putar lagi dengan perlahan hingga adunan menjadi merah sepenuhnya.

Adunan Cheese

Putar cream cheese hingga lembut.
Masukan gula,putar lagi.
Masukkan telur dam esen vanila
Putar lagi hingga sebati.
Bahagikan siap-siapkepada 3 bahagian.

Panaskan oven pada suhu 170c-190c.
Griskan loyang dan alas dengan baking paper.Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan.
Kemudian barulah di buat lapisan atasnya cream cheese.

selamat mencuba..



Read more ...

OREO CHEESE CAKE

8.19.2014
OREO CHEESE CAKE (TIDAK PERLU BAKAR)

OREO CHEESE CAKE


Kali ini nak share cara membuat cake paling mudah.Tak perlu bakar.Oreo Cheese Cake nama diberi.Jom semak resepinya.

Bahan bahannya

Bahan Base

1 paket biskut coklat di asingkan cream tengahnya
50 g Butter

Cara membuat Base

Hancurkan biskut hingga halus.
Cairkan butter dan masukkan dalam biskut,gaul rata.
Tekan adunan ke lantai loyang hingga padat.
Sudah siap base keknya.

Bahan Filling

200g whipping cream
250 g cream cheese
70 g susu pekat manis
50 g gula kastor
1 sudu teh asen vanila
1 sudu besar serbuk gelatin
(masukkan gelatin kedalam sudu besar larutkan dengan air panas)
1 peket biskut Oreo,di pecahkan.Tidak terlalu halus.

Caranya

Putar cream cheese,susu dan gula hingga kembang
Masukkan whipping cream,esen vanilla dan serbuk gelatin yang telah larut.Pukul hingga kembang.
Cream biskut yang di asingkan tadi bolehlah di campur sekali dengan adunan ini.
Masukkan biskut yang di pecahkan tadi,gaul rata.Lembut-lembut sahaja.Jangan guna mixer.
Tuangkan ke atas base cake tadi.
Sejukkan dulu selama 4-5 jam ataupun semalaman supaya lebih padat.
Selamat mencuba..




Read more ...

BISKUT CREAM CHEESE

7.15.2014
BISKUT CREAM CHEESE

BISKUT CREAM CHEESE

Biskut atau makanan yang berasakan keju pasti mendapat perhatian.Rasa keju yang memang lembut sedap itu membawa rasa kepada biskut anda.Jom kita cuba resepi Biskut Cream Cheese.Pasti anda dan anak-anak menggemarinya.

Bahan bahannya

500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

Cara membuatnya

Satukan butter dan gula dan di pukul.Kemudian masukkan pula kuning telur danesen vanila ke dalamnya.Pukul lagi.
Masukkan pula Cream Cheese,tepung susu dan kedua-dua jenis tepung lagi.
Pastikan anda gunakan tepung jagung dahulu sehingga habis di ikuti dengan tepung gandum.
Uli bahan tersebut hingga sebati.
Terapkan adunan mengikut acuan kegemaran anda.
Taburkan parutan keju keatasnya.
Bakar hingga masak.



Read more ...

Cheese Kek

7.02.2014
CHEESE KEK.


Mesti ramai antara kita menjadi penggemar cheese kek termasuklah saya sendiri.Apakata anda cuba buatnya sendiri di rumah.Ikutilah resepi berikut.

Bahan bahannya

500 gram keju 
3 sudu besar jus oren 
¾ cawan coklet 
250 gram buter 
6 oz gula halus 
100 gram tepung gandum 
4 sudu besar air 
3 sudu susu tepung 
4 biji telur

Caranya

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

Cubalah..anda pasti puashati makan kek buatan sendiri.Selamat mencuba,
Read more ...