Pages

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

BISKUT SUJI

7.22.2014
BISKUT SUJI
BISKUT SUJI

BISKUT SUJI boleh di anggap biskut tradisi di Malaysia.Pasti setiap kali raya ia dihidangkan oleh ibu sejak saya kecil lagi.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara Penyediaan

 Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Siap sudah biskutnya.Pasti sedap dan enak..Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

7.19.2014
BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

BISKUT MARBEL SUSU CAPPOCINO

Resepi biskut moden memang boleh di pelbagaikan dari segi perasanya.Terdapat pelbagai perasa moden yang boleh di jadikan asas biskut moden.Jika rasa iangin mencuba Biskut Marbel Susu Cappocino,anda boleh rujuk resepi di bawah.

Bahan Bahannya

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco 


Cara membuatnya: 

Putarkan mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga menjadi sebati.


kKemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Sambil itu diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)


Bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.


Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.


Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.


Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.


Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Selamat Mencuba..
Read more ...

BISKUT ANGRY BIRD.

7.18.2014
BISKUT ANGRY BIRD.

BISKUT ANGRY BIRD.

Tahun ni meriahkanlah hari raya anda dengan iskut Angry Bird.Pastinya ia akan menarik perhatian kanak-kanak yang menyukai animasi tersebut.Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan bahan

130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
120gm tepung gandum
30gm tepung kanji
50gm tepung beras
1 sudu teh pes strawberi
Biji bijan hitam (secukupnya)
Pewarna coklat dan toothpicks
Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara
Tepung gandum, tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
Gaul mentega, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh.
Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal.  Doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
Bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 20-25 minit.  Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Read more ...

BISKUT ARAB

7.17.2014
BISKUT ARAB

BISKUT ARAB

Kebiasaannya kita dengar nama Nasi Arab.Tapi untuk raya kali nie kita ada Biskut Arab pula.JIka dengar namanya rasanya resepinya mesti beratkan.Tapi sebenarnya mudah saja.Lihatlah resepi berikut.

Bahan bahannya

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit


Ringkas bukan resepinya.Anda boleh cubanya tanpa ragu-ragu.Selamat mencuba..
Read more ...

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

7.16.2014
BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

BISKUT COKLAT ZEBRA DAISY

Biskut coklat biasanya memang menjadi kegemaran ramai orang terutamanya kanak-kanak.Terdapat pelbagai jenis biskut yang di hasilkan dari bahan berasaskan coklat.Salah satunya resepi biskut moden Biskut Coklat Zebra Daisy.Jom lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara penyediaannya
Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
Kemudian masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar selama seminit.

Leperkan adunan biskut tadi sebesar duit 50 sen dan letakkan sebiji badam di tengahnya, kemudian di bentuk menjadi bujur.
Bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c.
Biarkan biskut tadi sejuk.
Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
Siap untuk di hidang.
Read more ...

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

7.16.2014
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES 
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES merupakan biskut yang totally moden.Lihat pada namnya pasti kita tau apa bahan asasnya.Jom lihat resepinya.

Bahan bahannya

250gm mentega
180gm gul
a perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus


Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara penyediannya

Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.


Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.


Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.


Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.


Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.


Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.
Read more ...

BISKUT CREAM CHEESE

7.15.2014
BISKUT CREAM CHEESE

BISKUT CREAM CHEESE

Biskut atau makanan yang berasakan keju pasti mendapat perhatian.Rasa keju yang memang lembut sedap itu membawa rasa kepada biskut anda.Jom kita cuba resepi Biskut Cream Cheese.Pasti anda dan anak-anak menggemarinya.

Bahan bahannya

500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

Cara membuatnya

Satukan butter dan gula dan di pukul.Kemudian masukkan pula kuning telur danesen vanila ke dalamnya.Pukul lagi.
Masukkan pula Cream Cheese,tepung susu dan kedua-dua jenis tepung lagi.
Pastikan anda gunakan tepung jagung dahulu sehingga habis di ikuti dengan tepung gandum.
Uli bahan tersebut hingga sebati.
Terapkan adunan mengikut acuan kegemaran anda.
Taburkan parutan keju keatasnya.
Bakar hingga masak.



Read more ...

BISKUT CAREAL BLEND

7.15.2014
BISKUT CAREAL BLEND


BISKUT CAREAL BLEND

Hari ini nak share satu lagi biskut moden yang nampak seksi,memang menggoda nafsu makan tetamu.Biskut Careal Bleand memang mengancam.Apakata anda cuba luangkan masa mencubanya.Ikutilah resepi berikut,

Bahan bahannya


125 gm Mentega
100 gm Tepung Gandum - Ayak
100 gm Tepung Jagung - Ayak
200 gm Gula Castor
1 sudu teh serbuk penaik - Ayak
1 sudu teh chocolate paste (emulco)
1/2 cawan nestum
1 biji telur
1/3 kotak mix fruits
Peanut (chopped)

Hiasan
Chocolate cair & nestum

Cara-cara

Kesemua tepung yang di ayak di gaul dgn nestum,dan di ketepikan.Kemudian kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.
 Pukul lagi hingga ringan.Kemudian masukkan chocolate paste.Dan masukkan pula mix fruits dan peanut cincang di  kacau rata.
Kemudian masukkan pula bahan ayak yang telah di gaul dgn nestum.Diuli hingga sebati. 
Bentukkan bebola dan salut dgn nestum.  Tekan dgn garpu pastu susun dan bakar. 
Apabila dibahagian bawah  bertukar coklat tandanya biskut anda telah masak.
Biarkan sejuk dahulu.
Dah sejuk bolehlah di hiasi dengan coklat cair.
Read more ...

BISKUT JERMAN.

7.15.2014
BISKUT JERMAN.
BISKUT JERMAN

Masih lagi di dalam mood Piala Dunia di mana Jerman telah merangkulnya.Sebelum ini kita telah dengar nama Parit Jerman di Johor,hari ini kita kongsikan pula resepi Biskut Jerman.Jom kita lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA : 

125 g mentega
125 g tepung kentang
80 g tepung halus
40 g gula aisingyg telah diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, diayak dan ketepikan.Kemudian putarkan mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar.
3. Celupkan garfu dalam air dan tekankan atas bebola tadi hingga menjadi sedikit leper dan membentuk corak.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit.
5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
Read more ...

BISKUT MAKMOR

7.14.2014
KUIH MAKMOR

BISKUT MAKMOR
Kuih Makmor antara kuih raya tradisi yang masih mendapat tempat di hati.Bagi anda yang kurang pasti cara membuatnya,mari ikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard

Cara membuatnya

Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.
Read more ...

KUIH SIPUT.

7.14.2014
KUIH SIPUT.
KUIH SIPUT
Setiap kali raya kuih siput adalah kuih wajib ada di atas meja untuk santatapan tetamu.Kuih siput telah menjadi lkewajiban kerana ianya sedap di makan sambil berborak.lagi pula ianya rangup.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahannya

4 cawan tepung gandum
4 cawan udang kering
1 sudu ketumbar
½ biji kelapa
4 cawan minyak
3 biji bawang merah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintah putih
2 sudu lada sulah
Sedikit garam dan ajinomoto

Cara membuatnya

Semua bahan di tumbuk halus kemudian di gaul dengan tepung. Panaskan minyak anggaran 2 cawan, kemudian gaulkan dengan tepung hingga rata. Masukkan santan kemudian uli sampai lembut dan tekan ke atas acuan kemudian gorengkan hingga masak dan kuning.

Mudah sahaja kan.Sebab itulah ianya wajib ada setiap tahun.Selamat mencuba.
Read more ...

BISKUT BOLA KRISTAL

7.13.2014
BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOAL KRISTAL merupakan biskut yang serba ringkas kelihatannya.Berbentuk bulat kosong tetapi kaya pada rasanya.Rajin-rajinlah mencuba membuatnya dengan mengikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

150 g minyak sapi
100 g mentega tulen
130 g gula ising
300 g tepung gandum halus
125 g tepung jagung
50 g badam dikisar halus
sedikit pewarna merah,jingga,hijau,kuning

Hiasan 

50 g gula ising
100 g gula kastor halus
*keduanya di gaul sebati

Cara membuatnya

Putarkan minyak sapi,mentega,gula ising,serta garam hingga putih dan gebu
Masukkan kedua-dua jenis tepung dan badamuli hingga menjadi doh.Sekiranya adunan keras,masukkan sedikit minyak sapi.Jika terlampau lembut,masukkan sedikit tepung.
Biarkan doh selama 10 minit.
Bubuhkan pewarna,gaul sebati.
Jemputkan doh dan bulatkan.
Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Golekkan doh yang masih panas ke dalam gula.
Read more ...

BISKUT SAMPAN

7.13.2014
BISKUT SAMPAN

BISKUT SAMPAN

Kalau anda ingin kelainan pada bentuk biskut yang anda ingin hidangkan kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pada hari lembaran yang berbahagia,anda bolehlah mencuba Biskut Sampan ini.Resepinya mudah sahaja.Mari kita lihat resepi Biskut Sampan ini.

Bahan Bahannya

1 biji telur 
200 g mentega
150 g tepung jagung
200 g tepung gandum
80 g tepung optima
*ketiga-tiga tepung di ayak bersama
150 g gula halus
50 g badam kisar

Hiasan

Ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara membuatnya

Satukan mentega,gula dan telur dan dikacau hingga rata.
Kemudian masukkan ketiga-tiga tepung yang telah di ayak bersama beserta badam dan gaulkan adunan hingga rata.
Sapukan mentega kee dalam adunan berbentuk bot dan tekan adunan ke dalamnya.
Hiasi dengan ceri yang telah di potong.
Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk dahulu kemudian keluarkan dari acuan.
Read more ...

BISKUT SALJI

7.13.2014
BISKUT SALJI.

BISKUT SALJI

Jika anda mencari biskut yang lembut dan enak,anda boleh mencuba BISKUT SALJI.BISKUT SALJI ini memang menjadi kesukaan kerana kelembutan rasa dan kemanisannya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan

Bahan A

250 g mentega
180 g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan B

1 biji telur siap dipukul

Bahan C

200 g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan 100 g kelapa kering

Cara membuatnya.

Kesuemua Bahan A digaul hingga sebati
Campur Bahan B ke dalam Bahan A.Gaul hingga sebati.
Masukkan pula Bahan A dan B kedalam Bahan C sedikit demi sedikit.Gaul dan pastikan tidak berketul-ketul.
Bentukkan doh menjadi bulat dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15 ke 20 minit.
Salut dengan kelapa kering setelah masak.
Read more ...

BISKUT SAMPERIT

7.10.2014
BISKUT SAMPERIT

BISKUT SAMPERIT

Biskut atau Kuih Samperit memang merupakan biskut raya paling di gemari oleh saya.Memang dari kecil ibu akan buatkan untuk kami adik beradik makan.Kali ni nak share resepinya yang menjadikan biskut semperit rangup dan sedap.

Bahan bahannya

1 cawan gula halus
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur ikut kesesuaian,Kalau doh dah lembut dan ok,masukkan telur anggaran 1 ke 2 biji sahaja
Manik warna untuk hiasan

Cara Membuatnya :

Semua dicampur, gaul sampai sebati.

Kemudian canai dan terap menggunakan pencetak yang sedia ada.
Bakar dalam oven dengan suhu sederhana.
Selamat mencuba.
Read more ...

BISKUT KEJU

7.10.2014
BISKUT KEJU

BISKUT KEJU
Biskut yang berasaskan keju pasti sedap.Ianya kerana rasa keju itu sendiri yang membawa kepada keseluruhan rasa biskut yang di buat.Jom share resepi biskut keju nie.Kalau berkesempatan bolehla h di buat untuk stok kuih raya anda.

Bahan bahannya

2 cawan keju, diparut halus
90 gm mentega tanpa garam
½ cawan susu cair
150 gm tepung serba guna
120 gm walnut, dicincang halus
2 camca besar serbuk kari
1 camca teh garam

Cara menbuatnya

 Satukan kesemua bahan dan digaul rata.Tabur sedikit tepung dan bentukan adunan seperti bantal.Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian hiris adunan membulat kira-kira 1.25 cm tebal. Susun adunan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 10 minit pada suhu 170'C atau hingga kuning.

Mudah saja.Bolehlah anda cuba untuk raya tahun ini.
Read more ...

BISKUT MOKA BERBADAM

7.10.2014
BISKUT MOKA BERBADAM

BISKUT MOKA BERBADAM

Menjelang Hari Raya yang bakal tiba,pasti anda tercari-cari biskut untuk memenuhi bekas kuih anda.Jika berkesempatan,bolehla mencuba resepi kuih ini di rumah.

Bahan Bahan

1 biji kuning telur
150 g mentega
150g gula kastor halus
200 g tepung 
50 g tepung gandum
50 g tewpung beras
50 g lemak sayuran
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1oog badam cincang
50 g oat segera
1 sudu teh kopi
1/4 air sudu serbuk penaik
secibit garam

HIasan
1 biji kuning telur
100 g badam

Cara membuatnya.

Pukul mentega dengan gula dan garam hingga sebati.Masukkan kuning telur,gaul sebati.
Masukkan bahan bahan kering dan kemidian uli kenjadi doh .
Canai setebal 1/2 dan terap dengan penerap yang di sukai.Sapu kuning telur di atasnya dan taburkan badam cencang atau oat.
Bakar pada suhu 160'C hingga kekuningan. 






Read more ...

BISKUT KEJU PUTAR

7.07.2014
BISKUT KEJU PUTAR

BISKUT KEJU PUTAR

Makanan yang berasaskan keju pasti di sukai oleh anak-anak.Tidak ketinggalan juga sebilangan orang dewasa.Apa kata anda cuba resepi Biskut Keju Putar.Rasanya perlaburan anda pasti berbaloi kerana ianya memang sedap.

Bahan bahannya

Bahan A

250 g mentega
50 g gula kastor

Bahan B 

1 biji telur

Bahan C

250 g tepung jagung
200 g keju yg di kisar
Sedilit lada hitam

Hiasan

Kuning telur untuk sapuan
keju kisar

Cara membuatnya

Pukul Bahan A hingga rata.Kemudian masukkan Bahan B dan pukul lagi.
Masukkan Bahan C yang telah di gaul rata.Uli kesemua bahan ini hingga menjadi doh.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan dan canai doh menjadi kepingan nipis setebal 3 mm.Potong menjadi jejari 2 cm x 1 cm.
Ambil dua jejari dan pintal bersam keduanya.
Sapu kuning telur pada permukaan dan tabur keju kisar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15-20 minit.
Read more ...

BISKUT BIJAN OAT

6.08.2014
BISKUT BIJAN OAT.


Sesekali jika ada kelapangan bolehlah anda cuba membuat biskut bijan oat nie.Pasti anak-anak anda suka akannya.Jom lihat bahan bahannya.

Bahan bahannya:

Bahan A

150 g lemak sayuran
150 g mentega
200 g gula halus

Bahan B

60 g bijan
50 g oat
100 g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan B dan kemudian pukul hingga kembang.
Kemudian campurkan bahan B kedalam adunan bahan A tadi.
Gaul hingga rata dan uli hingga menjadi doh.
Terap dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 175'C selama 20 minit.
Siap untuk di hidangkan.

Selamat mencuba

Read more ...