Pages

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

RESEPI NASI AYAM LENGKAP.

9.13.2014
RESEPI NASI AYAM LENGKAP.



Hari minggu memang merupakan masa yang di tunggu-tunggu kerana ada banyak masa yang boleh diisikan dengan aktiviti memasak.Hari ini kita nak share resepi Nasi Ayam Lengkap.Boleh di cuba kalau punyai kelapangan.

Bahan bahannya

Bahan Untuk Ayam Rebus.

  1. Seekor ayam di potong 8
  2. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  3. 2 cm halia di tumbuk halus
  4. 1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam Perap
  1. 1 sudu besar kicap pekat.
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 cm halia di tumbuk halus
  4. 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  5. 1 sudu kicap cair
  6. sedikit madu untuk di sapu
Bahan Untuk Nasi
  1. 3 cawan beras
  2. 4 cawan air rebusan ayam
  3. 2 sudu besar butter
  4. 1 cm halia di tumbuk halus
  5. 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  6. sedikit garam
  7. 2 bunga lawang,4 buah pelaga,1kayu manis
  8. 1 batang serai di ketuk
  9. 2 helai daun pandan
  10. sedikit kunyit untuk pewarna dan aroma
Bahan Untuk Sos
  1. 5 biji cili merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia
  4. 1 sudu besar cuka
  5. 1 sudu besar gula
  6. 1 sudu teh garam
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup
  1. air rebusan ayam
  2. 1 biji bawang besar di kisar
  3. daun bawang dan daun sup di hiris serta sup bunjut
Bahan Untuk Kicap
  1. kuah kicap perapan ayam di atas
  2. kicap manis cap kipas udang
  3. air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.Selamat mencuba..

Read more ...

NASI DAGING UTARA

8.06.2014
NASI DAGING UTARA


Harini nak sharelah resepi nun jauh dari utara.Resepi yang di bawa oleh adik yang bekerja di sana.Cubalah masakan Nasi Daging Utara ni.Memang kena pada selera.Kalau nak cuba,bacalah resepi di bawah.

Bahan bahannya.

Sekilo daging di potong sebesar 4 inci.Rebus dengan halia hingga lembut.
6 cawan beras biasa atau beras basthmati.
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sop
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis

2 inici kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia

Cara membuatnya

Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker(dgn api kecil)
Tumiskan bahan -bahan tumis tadi.
Masukkan rempah yang dah di bancuh.Biarkan berbau wangi
Masukkan air rebusan daging,tomatosup,susu cair dan daging.Biar hingga didih.
Masukkan daun pandan,garam gula dan kismis.
Pindahkan rice cooker dan mask nasi seperti biasa.

Bahan bahan untuk Air Asam

4 biji tomato
10 biji cili padi
10 bniji cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
Garam dan gula

CARANYA

1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan. 
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging
Read more ...