Pages

Showing posts with label resepi nasi. Show all posts
Showing posts with label resepi nasi. Show all posts

NASI TOMATO AYAM MERAH

9.25.2014
NASI TOMATO AYAM MERAH



Sempena kedatangan Hari Raya AidilAdha,apakata anda hidangkan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah .Resepi ini kelihatan agak rumit tetapi mudah sebenarnya.Jika berkeinginan membuatnya,bolehlah ikuti resepi di bawah.

Bahan-bahannya

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang 



Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah 
3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup 




Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 



Bahan-Bahan untuk Kicap

 2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas 





Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato 

1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.

12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.

Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah 

1) Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.

2) Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

3) Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

6) Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

8) Masukkan gula dan garam secukupnya.

9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal

 1) Kisarkan semua bahan.

2) Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 





Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap

 1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

Ada beberapa tips yang boleh anda cuba.Satunya dengan meletakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau. 


Selamat Mencuba..
Read more ...

NASI MANDY AYAM

9.24.2014


NASI MANDY AYAM

Aidil Adha bakal menjelma.Pastinya anda tercari-cari menu masakan istemewa untuk di hidangkan di hari raya nanti.Apakata anda cuba resepi mudah Nasi Mandy Mandy Ayam ini.Memang berbaloi anda sediakan untuk santapan keluarga bagi mencipta sedikit kelainan.

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Read more ...

NASI ARAB DUA WARNA

8.07.2014
NASI ARAB DUA WARNA


Dewasa ini banyak kemunculan kedai makanan yang menjual makanan arab.Biasanya makanan arab ini boleh tahan juga harganya.Kalau nak makan selalu boleh jadi sempit juga poket.Apa kata anda cuba masaknya sendiri dirumah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan

6 cawan beras arab atau basmati 
6 cawan air atau susu 
6 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar garam - secukup rasa 


Caranya

Panaskan periuk tuang minyak masukan 2 cawan beras. Goreng sehingga beras menjadi garing dan berwarna perang. 

Masukan kesemua beras yang berbaki dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng. 

Masukkan garam ratakan beras tekan dengan senduk agar beras menjadi mampat, Masukan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana setelah air kering kacau dan tutup periuk, 

Kecilkan api tunggu sehingga masak. 

Siap.Bolehlah di makan dengan ayam panggang.Memang mudah dan ringkas.
Read more ...

KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

7.21.2014
KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

KUAH NASI DAGANG ORIGINAL

Jika anda terpikit-pikir apakah hidangan yang ingin di sediakan buat tetamu sempena kehadiran Syawal yang mulia,anda boleh cuba resepi ini.Hidangkan Nasi Dagang beserta Kuah Nasi Dagang yang Original.Jom semak resepinya.

Bahan Bahannya

1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri 
2 biji kelapa (ambil santannya) 
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji) 
Minyak masak secukupnya 

Bahan A(Rendam dan blend) 
=> 3 sudu besar Ketumbar 
=> 3 sudu besar Jintan Manis 
=> 5 biji Buah keras 
=> 1 sudu besar Lada hitam 


Bahan B ( Hiris halus + Blend) 
=> 2 inci Halia 
=> 2 inci Lengkuas 
=> 1 mangkuk Bwg merah 
=> 2 labu Bwg putih 
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil) 

Bahan C (rendam dgn air panas + blend) 
1 mangkuk cili kering

Caranya

Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering. 

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya. 

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi. 

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air. 

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

Siap sudah hidangan istemewa buat tetamu anda.Tetamu yang datang pasti tersenyum lebar dan kekenyangan serta berpushati dengan hasil air tangan anda.

Selamat mencuba,,
Read more ...

BERIANI BEREMPAH MUDAH.

7.08.2014
BERIANI BEREMPAH MUDAH.

BERIANI BEREMPAH MUDAH

Sempena Ramadhan nie,juadah berbuka puasa memang menjadi persoalan harian yang utama.Ada yang suka makan makanan yang simple dan ada juga yang mencari nasi sewaktu berbuka.Pada yang gemar nasi,cumabalah nasi beriani berempah mudah nie.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas
4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam

Caranya

Mulakan dengan panaskan minyak sapi di dalam periuk. kemudian tumis jintan manis dan bawang besar hingga bewarna perang. Masukkan beras dan rempah. Kacau hingga sebati. Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan hingga nasi betul-betul masak. Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.

MUdah bukan.HIdangan bersama lauk pauk pilihan anda.Selamat mencuba.
Read more ...