Pages

Showing posts with label istimewa. Show all posts
Showing posts with label istimewa. Show all posts

MEE HAILAM

7.29.2014
MEE HAILAM

MEE HAILAM

Mee adalah menu masakan yang paling mudah untuk di buat.Lagipun bahan-bahan untuk memasaknya mudah didapati.Jadi apakata sempena lembaran ni anda cuba sediakan Mee Hailam teristimewa anda untuk santapan tetamu.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

½ kilo mee kuning 
3 ulas bawang putih, ditumbuk 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar sos tiram 
1 sudu teh serbuk pati ayam 
2 ½ cawan air 
100 gm daging 
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar 
2 ekor sotong, dipotong bulat ½ batang carrot, dipotong bulat 
1 pokok sawi, dipotong 
4 batang jagung muda, dipotong memanjang 
5 biji cendawan butang, dipotong dua 
4 biji cili padi diketuk 
½ sudu teh serbuk lada putih 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara membuatnya

Panaskan minyak terlebih dahulu.Kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagungdan kacau sebentar. 
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong. 
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Resepi yang mudah dan simpel kan.Tapi rasanya pasti tidak akan mengecewakan tetamu anda.Selamat mencuba...
Read more ...

LONTONG ISTIMEWA

7.28.2014
LONTONG ISTIMEWA

LONTONG ISTIMEWA
Sempena meraikan tetamu yang datang berkunjung,anda pasti pening memikirkan juadah untuk para tetamu.Jangan berduka kerana saya ingin berikan anda satu idea masakan yang mudah.Apakata anda sediakan Lontong sebagai juadah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih


Cara membuatnya
Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.

Sesuai untuk hidangan berempat.Lagipun tetamu pasti mahukan makanan yang berat sedikit bagi mengisi perut yang kosong setelah menempuh perjalanan ke rumah anda..Pasti mereka gembira.
Selamat mencuba..
Read more ...