Pages

Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

KETAM KUKUS ISTIMEWA.

9.08.2014
KETAM KUKUS ISTIMEWA.

Add caption

Ketam memang merupakan makanan laut yang paling saya gemari.Walaupun untuk menikmatinya agar mencabar dengan kulitnya yang keras,namun rasanya membuatkan ianya berbaloi.Kali ini saya nak kongsi menu mudah iaitu masakan Ketam Kukus.Jom kita share resepinya.

Bahan bahannya

1 kg ketam
12 g cili padi
garam secukupnya

Bahan kisar

20 g halia
15 g bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai

Cara membuatnya

kukus ketam bersama-sama bahan kisar
Masukkan cili padi dan garam secukupnya
Tunggu hingga mendidih

Siap sudah.Mudah sahaja kan resepinya.Tapi rasanya enak.Semasa menghidang,masukkan sekali air kukusan bersama-sama ketam di dalam pingga.
Selamat mencuba..

Read more ...

Kek Kukus Buah Buahan

6.22.2014
KEK KUKUS BUAH BUAHAN


Mari kita lihat resepi kek kukus perasa buah-buahan.Walaupun agak mudah untuk menyediakannya namun rasanya pasti tidak mengecewakan.

Bahan bahan:

350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur
400 gm mentega
½ tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila

Caranya:

Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata. Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.
Read more ...