Pages

Showing posts with label resepi makanan. Show all posts
Showing posts with label resepi makanan. Show all posts

RESEPI MAKANAN LENGKAP BAYI

10.15.2014
RESEPI MAKANAN LENGKAP BAYI

Bercerita tentang makanan bayi,tentu kita yang menjdi ibu-ibu mempunyai pengalaman tersendiri menyediakan makanan unutk bayi kita.Tetapi adakah kita tahu kandungan zat-zat yang terdapat di dalam makanan yang kita sediakan.

Resepi Makanan Lengkap Bayi.

Kali ni kita nak share makanan lengkap bayi bersama kandungan nutrisinya.Boleh di ambil sebagai panduan jika bersetuju.Jom kita semak resepinya.





Bubur Nasi Pelangi
(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan dituskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut
Cara memasak
  • Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
  • Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
  • Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
  • Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.
Bagi bayi bayi yang baru berumur 6-8 bulan.hendaklah hidangan ini di lenyek-lenyekkan terlebih dahulu.Bagi yang berumur 8 bulan keatas boleh terus di makan.


Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal)
180
Protein (g)
8
Lemak (g)
3
Zat Besi (mg)
1.2
Kalsium (mg)
18
Read more ...

Sotong Masak Pedas Chinese Style

9.01.2014
Sotong Masak Pedas Chinese Style



Sotong Masak Pedas Chinese Style



Sesekali tukar selera kepada masakan stail cina pun sedap jugak.Almaklumlah kalau nak makan di restorennya memang terangkat nak membayar bil nye..Jom try je resepi ni di rumah.Puas makan..


Bahan-bahan
600g sotong (dihiris silang-silang)
1 labu bawang besar (dipotong berbaji)
4 keping halia
3 biji lada kering (dipotong sepanjang 1cm)  : : : : Nina ganti ngan cili merah jerrr
1 biji lada merah : : :  :  Nina ganti ngan lada kuning
1 biji lada hijau   : : : :  Nina tak letak, tak der stok
1 camca Besar bawang putih yg dicincang
minyak (untuk menumis)


Bahan perasa
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos plum masam
1 camca besar sos tomato
1 camca tea sos worcestershire
1 camca tea kicap pekat


Cara-cara



  • Masak air hingga mendidih. Rendamkan sotong di dalam air tersebut seketika. Keluarkan dan rendamkan dalam air sejuk pula. Angkat & toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis lada kering & bawang putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bawang besar, kepingan halia, lada merah, lada buah hijau & sotong. Goreng atas api besar hingga masak.
  • Masukkan bahan perasa. Kacau hingga rata .
  • Sedia untuk dihidang. 
Read more ...

KARI LAKSA

7.19.2014
KARI LAKSA
KARI LAKSA

Hari raya yang bakal menjelang tiba pasti memerlukan kita bersedia dengan menu-menu istimewa untuk tetamu yang datang berkunjung.Biasanya kita akan menyediakan makanan panas selaindari hidangan kuih raya.Apa kata anda cuba resepi Kari Laksa ini.Memang sedap..

Bahan bahannya

600 gm mi kuning (dicelur)
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam (dihiris)
80 gm rempah kari ayam
4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaannya

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
Read more ...

KETUPAT DAUN PALAS

7.18.2014
KETUPAT DAUN PALAS

KETUPAT DAUN PALAS

Sempena Syawal yang bakal menjelma,ketupat adalah hidangan wajib yang perlu ada di pagi Syawal yang mulia.Bagi yang menggemari ketupat daun palas,kita share sikit cara cara menbuatnya.Jom lihat resepinya.

Bahan Bahan

1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

Cara membuatnya

Basuh bersih beras pulut sebersih-bersihnya dan kemudian tuskan.

Kelapa  tadi di perah dan ambil santan pekatnya.

Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau hingga ia mendidih.

Masukkan pula pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.
Read more ...

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

7.16.2014
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES

BISKUT COCO CRUNCH COOKIES 
BISKUT COCO CRUNCH COOKIES merupakan biskut yang totally moden.Lihat pada namnya pasti kita tau apa bahan asasnya.Jom lihat resepinya.

Bahan bahannya

250gm mentega
180gm gul
a perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus


Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara penyediannya

Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.


Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.


Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.


Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.


Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.


Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.
Read more ...

KUIH SIPUT.

7.14.2014
KUIH SIPUT.
KUIH SIPUT
Setiap kali raya kuih siput adalah kuih wajib ada di atas meja untuk santatapan tetamu.Kuih siput telah menjadi lkewajiban kerana ianya sedap di makan sambil berborak.lagi pula ianya rangup.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahannya

4 cawan tepung gandum
4 cawan udang kering
1 sudu ketumbar
½ biji kelapa
4 cawan minyak
3 biji bawang merah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintah putih
2 sudu lada sulah
Sedikit garam dan ajinomoto

Cara membuatnya

Semua bahan di tumbuk halus kemudian di gaul dengan tepung. Panaskan minyak anggaran 2 cawan, kemudian gaulkan dengan tepung hingga rata. Masukkan santan kemudian uli sampai lembut dan tekan ke atas acuan kemudian gorengkan hingga masak dan kuning.

Mudah sahaja kan.Sebab itulah ianya wajib ada setiap tahun.Selamat mencuba.
Read more ...

BISKUT TAT MERINTIH

7.14.2014
BISKUT TAT MERINTIH

BISKUT TAT MERINTIH

BISKUT TAT MERINTIH memang sedap.Kaya dengan pelbagai hiasan manisan yang di titipkan.Pasti menarik minat tetamu anda yang datang berkunjung.Jika berminat membuatnya,bolehlah ikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

Bahan aising kelapa

2 biji putih telur
150 g gula aising
75 g kelapa kering

Pastri

1 biji kuning telur
125 g mentega
50 g gula aising
250 g tepung gandum
25 g tepung kastard
1/2 cawan coklat urai
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk vanila

Hiasan

50 g coklat urai
50 g gula urai dan manik gula
Mangkuk kertas

Inti

100 g jem nanas atau aprikot.

Cara membuatnya

Sediakan aising kelapa dengan memukul putih telur hingga kembang.Masukan gula aising dan kelapa kering da gaul sebati.
Sediakan pastri dengan memutar mentega bersama gula dan kuning telur hingga gebu.Masukkan serbuk penaik dan serbuk vanila,putar lagi hingga sebati.
Masukkan kedua-dua jenis tepung,di gaul rata hingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 10 minit.
Canai adunan setebal 1/2 cm,terap dengan acuan tat.
Bubuh jem dan aising kelapa dia atsnya.
Bubuh hiasan dan bakar pasa suhu 180'C selama 20 minit.

Read more ...

BISKUT BOLA KRISTAL

7.13.2014
BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOLA KRISTAL

BISKUT BOAL KRISTAL merupakan biskut yang serba ringkas kelihatannya.Berbentuk bulat kosong tetapi kaya pada rasanya.Rajin-rajinlah mencuba membuatnya dengan mengikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

150 g minyak sapi
100 g mentega tulen
130 g gula ising
300 g tepung gandum halus
125 g tepung jagung
50 g badam dikisar halus
sedikit pewarna merah,jingga,hijau,kuning

Hiasan 

50 g gula ising
100 g gula kastor halus
*keduanya di gaul sebati

Cara membuatnya

Putarkan minyak sapi,mentega,gula ising,serta garam hingga putih dan gebu
Masukkan kedua-dua jenis tepung dan badamuli hingga menjadi doh.Sekiranya adunan keras,masukkan sedikit minyak sapi.Jika terlampau lembut,masukkan sedikit tepung.
Biarkan doh selama 10 minit.
Bubuhkan pewarna,gaul sebati.
Jemputkan doh dan bulatkan.
Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Golekkan doh yang masih panas ke dalam gula.
Read more ...

BISKUT SAMPAN

7.13.2014
BISKUT SAMPAN

BISKUT SAMPAN

Kalau anda ingin kelainan pada bentuk biskut yang anda ingin hidangkan kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pada hari lembaran yang berbahagia,anda bolehlah mencuba Biskut Sampan ini.Resepinya mudah sahaja.Mari kita lihat resepi Biskut Sampan ini.

Bahan Bahannya

1 biji telur 
200 g mentega
150 g tepung jagung
200 g tepung gandum
80 g tepung optima
*ketiga-tiga tepung di ayak bersama
150 g gula halus
50 g badam kisar

Hiasan

Ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara membuatnya

Satukan mentega,gula dan telur dan dikacau hingga rata.
Kemudian masukkan ketiga-tiga tepung yang telah di ayak bersama beserta badam dan gaulkan adunan hingga rata.
Sapukan mentega kee dalam adunan berbentuk bot dan tekan adunan ke dalamnya.
Hiasi dengan ceri yang telah di potong.
Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk dahulu kemudian keluarkan dari acuan.
Read more ...

BISKUT SALJI

7.13.2014
BISKUT SALJI.

BISKUT SALJI

Jika anda mencari biskut yang lembut dan enak,anda boleh mencuba BISKUT SALJI.BISKUT SALJI ini memang menjadi kesukaan kerana kelembutan rasa dan kemanisannya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan

Bahan A

250 g mentega
180 g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan B

1 biji telur siap dipukul

Bahan C

200 g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan 100 g kelapa kering

Cara membuatnya.

Kesuemua Bahan A digaul hingga sebati
Campur Bahan B ke dalam Bahan A.Gaul hingga sebati.
Masukkan pula Bahan A dan B kedalam Bahan C sedikit demi sedikit.Gaul dan pastikan tidak berketul-ketul.
Bentukkan doh menjadi bulat dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15 ke 20 minit.
Salut dengan kelapa kering setelah masak.
Read more ...