MEE SUP CANTONIS.
Bagi anda yang gemar makan mee bolehlah cuba resepi mudah ini.Ikutilah resepi muda di bawah ini.
Bahan bahannya
150 gm mi kuning
5 ekor udang
2 ekor sotong
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
3 biji cendawan butang (dihiris)
Sedikit sayur-sayuran (dihiris)
Garam, minyak masak & bawang goreng
Caranya
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan & garam. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan mi, cendawan & sayur-sayuran. Masak selam 3 minit. Angkat & hidangkan.
Hidangkan di dalam mangkun.Taburkan bersama bawang goreng.Selamat mencuba.
Read more ...
SUP TULANG.
Bagi penggemar sup,mesti suka makan sup tulang.Sup tulang biasanya meriah di masak ketika rewang kenduri kahwin.Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri,bolehlah ikuti resepi ini.
Bahan bahannya:
- 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
- 3 biji bawang merah - dimayang halus
- 1 ulas bawang putih - dimayang halus
- 2 in halia diketuk
- 1 sup bunjut
- 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
- bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji ubi kentang
- garam dan gula secukup rasa
- 1 btg celery jika suka
- 1 kiub pati ayam
- air
- bawang goreng dan daun sup
Cara-cara
- Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
- Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
- Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
- Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
- Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
- Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..
Selamat mencuba..
Read more ...
RESEPI SUP AYAM BEREMPAH.
Sup ayam kalau di masak untuk orang yang kurang sihat memang sesuai.Tapi kita yang sihat pun memang elok menikmati sup.Boleh lancarkan darah.Jom tengok resepi sup ayam berempah nie.
Bahan bahannya.
1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam
5 ½ cawan air
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2.5 belacan (dibakar)]
Cara penyediaannya
Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuaikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.
Saiz hidangan ini bersesuaian dengan 3 ke 4 orang.Elok di hidangakn sewaktu panas-panas.
Read more ...