Pages

Showing posts with label resepi mee. Show all posts
Showing posts with label resepi mee. Show all posts

RESEPI KUAH SIZZLING MANTAP

11.14.2014
RESEPI KUAH SIZZLING MANTAP



Pasti ramai antara kita yang suka makan makanan panas-panas seperti Sizzling ataupun Claypot.Asasnya adalah mee,dan biasanya Yee Mee banyak di gunakan.
Rahsia kesedapan sizzling atau claypot pasti terletak pada kuahnya.Jom kita share cara menyediakan kuah Sizzling ataupun Claypot ini.

Bahan bahannya

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
3 ulas bawang putih-dicincang dadu.
2 hirisan halia.
1 kiub ayam.
1.5 liter air.
5 sudu makan minyak masak.
3 sudu kecil garam.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)

5 sudu kecil gula.
5 sudu kecil serbuk perasa.(Boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa anda)
3-4 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuah(harus di bancuh dengan air)



CARA-CARA MEMASAK: STOK KUAH SIZZLING.

Mula-mula, panaskan minyak dengan api yang sederhana dan tumiskan bawang putih sebentar,kacau sebentar. 

Bila bawang agak kekuningan, masukkan halia dan terus kacau sehingga bawang putih menjadi garing (jangan sampai hitam).

Masukkan air dan terus rebus hingga mengelegak. 

Anda juga boleh masukkan tulang ayam untuk lebih kaww! 

Seterusnya masukkan bahan-bahan lain spt; garam,gula,serebuk perasa dan kiub ayam.


Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Selamat mencuba..


Read more ...

MEE GORENG MAMAK MUDAH.

9.03.2014
MEE GORENG MAMAK MUDAH.




Bagi mereka yang biasa mengunjungi kedai mamak,pasti pernah meng'order' Mee Goreng Mamak.Mee Goreng Mamak memang tidak di nafikan mantap kalau di masak oleh mamak.Bagi saya,hanya Mee Goreng Mamak sahaja yang mampu menarik saya kek kedai mamak.Tapi jika malas keluar,boleh juga kalu di buat sendiri di rumah.Jom kita share  resepinya,Mudah sahaja.. 

Bahan2nya:-
100gm mee kuning
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang sawi
10gm taugeh
1/2 keping tauhu yang telah digoreng
1 biji telur
1 sudu cili kering yang telah dikisar
cili merah hiris halus
1 sudu kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kering dan kicap. Seterusnya masukkan mee kuning, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan masukkan telur dan akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Taburkan cili merah sebagai hiasan.
Read more ...

MEE REBUS POWER

8.08.2014
MEE REBUS POWER

MEE REBUS POWER

Musim perayaan ni pasti ramai sanak saudara dan rakan taulan yang datang berkunjung.Dan ramai juga yang mengadakan rumah terbuka bagi merayakan tetamu.Apakata anda cuba menu Mee Rebus Power ini.Lagipun resepinya mudah dan senang di sediakan.

Bahan bahannya

5 biji keledek (dikupas)
2 sudu udang kering
2 cawan minyak masak
5 ulas bawang putih (dimesin)
7 biji bawang merah (dimesin)
3 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan
1 cawan cili boh

Garam dan gula secukup rasa
Tauhu goreng
Sedikit cili hijau
Bawang goreng
Limau nipis (dipotong dua)
Isi ayam atau daging (dipotong kecil dan direbus)
Mee kuning (dicelur)
Taugeh (dicelur)

Cara penyediaannya

Kupas keledek dan rebus bersama udang kering sehingga masak, biarkan ia sejuk dan dimesin.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang, serai dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan cili boh dan kacau sehingga naik minyaknya. Kemudian masukkan keledek yang telah dikupas tadi. Tambahkan air jika terlalu pekat.

Biarkan ia mendidih selama 15 minit dengan api perlahan. Akhir sekali, masukkan mee dan bahan lain lalu dituangkan sos.
Read more ...