Pages

Showing posts with label daging goreng. Show all posts
Showing posts with label daging goreng. Show all posts

DAGING GORENG BERCILI

8.16.2014
DAGING GORENG BERCILI

DAGING GORENG BERCILI

Pening kepala memikirkan resepi apa yang hebdak di masak hari ni?Mudah sahaja,anda cuba masak Daging Goreng Bercili.Resepi yang mudah dan ringkas.Bertepatan pula dengan selera kebanyakan orang.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

600 gm daging
20-25 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
15 biji buah keras
6 camca minyak makan
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Caranya

Daging dibersih & dipotong daging hendaklah melawan uratnya. Cili, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas & buah keras digiling halus. Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis ramuan yang digiling tadi. Bila wangi, masukkan daging & kecilkan api. Bila daging empuk, masukkan air asam jawa & garam.
Read more ...

DAGING DENDENG GORENG

8.04.2014
DAGING DENDENG GORENG

DAGING GORENG DENDENG

Pelbagai resepi yang boleh di hasilkan yang menggunakan bahan asasnya daging.Antaranya ialah DAGING DENDENG GORENG.DAGING DENDENG GORENG ini juga merupakan salah satu resepi tradisional yang sepatutnya kita pelihara.Jom kita kongsi resepinya.

Bahan bahannya

200 gm daging lembu
30 gm bawang besar
15 gm cili merah
30 gm halia muda
3 sudu makan tomato sos
10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan manis

5 gm jintan putih
5 gm asam jawa
½ biji kelapa parut diambil santannya
3 gm bawang putih
5 sudu makan minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.


Cara membuatnya

Daging dibersihkan kemudian dipotong nipis dan lebar-lebar. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus. Cili merah dimesin hingga lumat. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan yang telah dimayang serta cili merah. Bila telah pecah minyak masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Setelah itu masukkan santan, tomato sos dan daging sambil dikacaukan hingga sebati. Kemudian tambahkan garam, gula, serbuk perasa secukup rasa dan air asam jawa ke dalamnya. Bila telah pekat dan empuk dagingnya bolehlah di angkat.
Selamat mencuba..
Read more ...