Pages

Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

RESEPI STIK DAGING

9.03.2014
RESEPI STIK DAGING



Makanan Barat memang menyelerakan jika kita menikmatinya kena pada waktunya.Kebanyakan resepinya adalah mudah.Salah satu resepi yang popular ialah Stik Daging.Jom kita lihat resepi mudah ini.


Bahan A:
500 gram daging batang pinang 
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.

Mudah bukan resepinya.Lebih enak kalau di hidangkan pada waktu makan malam.Selamat mencuba..

Read more ...

LASAGNE INTI DAGING

8.15.2014
LASAGNE INTI DAGING


Sebelum ini pernah juga membeli Lasagne yang telah siap di jual oleh rakan.Kelihatan memang sedap.Jadi tanpa berat mulut mintalah resepi kat dia.Setelah mencuba sendiri,jom saya share resepinya.

Bahan bahannya

500 gm bawang besar
3 gm oregano
1 gm daun bay
20 gm halia
2 kg tomato plum
450 gm tomato puri
10 gm garam
50 gm gula
1 kg daging cincang
3 gm lada hitam
200 gm cendawan (dihiris)
500 gm air
70 gm tepung jagung
1 bungkus lasagne

Bahan untuk sos: 

3 ulas bawang putih
1 gm oregano
1 gm daun basil
1 gm rosemary
2 gm lada hitam
1 liter susu UHT
50 gm tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya

Tumiskan bahan-bahan sehingga naik baunya dan berwarna keperang-perangan. Masukkan bawang putih.

Kemudian masukkan daun bay dan oregano. Kacau sehingga ia sebati dan naik bau.

Masukkan tomato plum dan tomato puri. Kacau sehingga sebati dan mendidih. Masukkan air, kacau dan biarkan ia mendidih.

Masukkan daging cincang yang sudah dibilas, kacau rata dan sebati sehingga ia mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung jagung.

Apabila mendidih campurkan tepung jagung yang dikacau dalam 140 gm air. Tuangkan dan kacau serta-merta. Tutupkan api dan biarkan ia sejuk.

Untuk membuat lasagne, cuba dapatkan lasagne segera di pasar raya. Ikut arahan yang terdapat pada kotak.

Dapatkan dulang pembakar yang sesuai saiznya dan ikut susunan seperti di bawah.

Untuk menyediakan sos pula, tumiskan bawang putih. Masukkan oeregano, basli, rosemary dan serbuk lada hitam.

Tuangkan susu UHT, masukkan garam dan biarkan ia mendidih.

Campurkan tepung jagung dengan 100 gm air. Tuangkan kesemuanya dan kacau sehingga ia pekat. Setelah masak tutuplah api.

Tuangkan sos di atas lasagne apabila kepanasannya berkurangan.
api.

Selamat mencuba..

Read more ...

NASI DAGING UTARA

8.06.2014
NASI DAGING UTARA


Harini nak sharelah resepi nun jauh dari utara.Resepi yang di bawa oleh adik yang bekerja di sana.Cubalah masakan Nasi Daging Utara ni.Memang kena pada selera.Kalau nak cuba,bacalah resepi di bawah.

Bahan bahannya.

Sekilo daging di potong sebesar 4 inci.Rebus dengan halia hingga lembut.
6 cawan beras biasa atau beras basthmati.
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sop
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis

2 inici kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia

Cara membuatnya

Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker(dgn api kecil)
Tumiskan bahan -bahan tumis tadi.
Masukkan rempah yang dah di bancuh.Biarkan berbau wangi
Masukkan air rebusan daging,tomatosup,susu cair dan daging.Biar hingga didih.
Masukkan daun pandan,garam gula dan kismis.
Pindahkan rice cooker dan mask nasi seperti biasa.

Bahan bahan untuk Air Asam

4 biji tomato
10 biji cili padi
10 bniji cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
Garam dan gula

CARANYA

1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan. 
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging
Read more ...

ACAR DAGING

7.05.2014
ACAR DAGING

ACAR DAGING

Bag anda cubai anda yang suka makan daging,apakata anda cuba resepi acar daging ini.Boleh di jadikan tambahan kepada lauk yang sedia ada.Mari lihat resepinya.

Bahan-bahannya

½ kg daging (dipotong nipis)
5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
2 camca kecil gula
1 camca besar asam jawa
1 camca besar kicap
15 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
Lengkuas sebesar ibu jari
3 labu bawang besar (dimayang)
2 camca kecil garam
1 camca besar cuka 
5 camca besar minyak masak

Caranya

Mesinkan semua bahan diatas dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan air. Bila daging empuk, masukkan cuka, kicap, air asam jawa dan bawang besar. Masak hingga kering dan hiaslah sesuka hati.
Read more ...

Kurma Daging

6.07.2014
KURMA DAGING.


Seandainya anda tiada idea untuk lauk anda,bolehlah cuba masak kurma daging ni.Biasanya kat kenduri kahwin je kita boleh rasa masakan kurma yang sedap.Tapi apakata anda cuba buat ikut resepi nie.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya;

BAHAN 
6 biji telur rebus [buangkan kulit] 
2 s/b rempah kurma 
5 ulas bawang merah ] 
2 ulas baeang putih ] tumbuk 
1 inci halia ] 
2 mangkuk santan 
2 biji kentang [potong kecil] 
3 biji cili hijau 
2 biji tomato buah [belah 4] 
2 labu bawang besar [belah 4] 
minyak 
garam

Caranya:

Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak. 
Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak. 
Masukkan santan dan biarkan mendidih.Masukkan kentang dan telur rebus. 
Bila mendidih masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga mendidih.

Saiz hidangan ini sesuai untuk sekeluarga 4-5 orang.Sedap di makan dengan nasi atau dimakan dengan roti.

Read more ...

Daging Masak Hitam

5.25.2014
DAGING MASAK HITAM


Daging masak hitam ataupun bahasa mudahnya daging masak kicap,antara menu biasa berasakan daging.Masakan ini merupakan menu penting keluarga daku.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

Daging 1 kilo 
Bawang Besar 1 kilo 
Serai 3 batang(titik) 
Kulit Kayu Manis 2cm 
Bunga Lawang 1 kumtum 
Bunga Cenkih 4 biji 
Minyak 5 sudu besar 
Kicap Pekat 6 sudu besar 
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang) 
Bawang Putih 7 ulas 
Cabai Kering 10 biji 
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis 
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih 

Caranya

1.Daging dipotong sederhana kecil basuh 
dan toskan . 
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 
3.Kisar semua bahan B hingga halus. 
4.Masukan Daging kedalam periuk masukan 
bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk 
manis dan bahan B yang dikisar . 
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air 
asam jawa dan sedikit air dan minyak 
gaul hingga sebati. 
6.Angkat periuk letak atas dapur 
masak dengan api kecil selama 1-2 jam 
atau sehingga daging empuk dan pekat 
kuahnya. 

Sangat sesuai di hidangkan dengan nasi tomato.Memang menyelerakan.Sebagai tambahan,semasa menunggu daging empok digalakkan masakan tadi di kacau dengan kerap.Bagi mengelakkan hangit.Selamat mencuba..

Read more ...

Daging Goreng Kunyit

5.21.2014
DAGING GORENG KUNYIT`



Pelbagai jenis masakan yang kita boleh hasilkan yang bahan asasnya adalah daging.Antaranya ialah daging goreng kunyit.Menu nie simple dan mudah sahaja.Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya.

daging lembu 
ubi kentang 
cili hijau/merah 
bawang besar 
daun bawang 
minyak 
kunyit 
perasa

Caranya

daging direbus sehingga empuk. ubi kentang dihiris nipis dan digoreng sehingga garing dan di toskan minyaknya. 
setelah daging empuk, goreng daging tersebut sehingga agak garing. masukkan ubi yg telah digoreng tadi. masukkan kunyit, garam dan ajinomoto. gorengkan sebentar, setelah agak masak masukkan cili hijau/merah dan daun bawang. tutup api dan sedia dimakan.

Mudah sahajakan.Tapi enak dimakan.Selamat mencuba..
Read more ...