Pages

Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

BINGKISAN COKLAT.

1.05.2015
BINGKISAN COKLAT.



Kali ini saya nak share cara-cara membuat Bingkisan Coklat yang mudah.Bingkisan Coklat ataupun biasanya kita jadikan sebagai doorgift bagi sesebuah majlis.Jika sebelum ini anda menempahnya,apakata anda cuba membuatnya sendiri.Mungkin seni ada pada tangan anda yang anda sendiri tidak sedari.Jom bahan-bahannya.

Bahan bahannya.

25 gm mentega 
50 gm mentega kacang (kasar)
6 camca besar serbuk biskut manis/digestif
65 gm gula aising

200 gm coklat masakan
25 gm mentega
Cawan kertas secukupnya


Cara-caranya.

Panaskan mentega dan mentega kacang hingga cair. Angkat dari api dan masukkan serbuk biskut dan gula aising ke dalam mentega. Kacau rata. Bulat-bulatkan adunan mentega kacang seperti guli, buat 25 biji. Ketepikan. Masukkan coklat masakan bersama 25 gm mentega ke dalam mangkuk. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih. Kacau sekali-sekala hingga coklat cair. Masukkan secamca teh coklat cair ke dalam cawan kertas dan pusing-pusingkan cawan kertas supaya coklat rata di dalamnya. Biar hingga coklat keras. Kemudian bubuh mentega kacang ke dalam acuan tadi, tuang coklat cair hingga penuh cawan kertas. Sejukkan hingga keras. Apabila coklat keras, bolehlah dikeluarkan dari cawan kertas dan hidangkan.

Selamat mencuba..
Read more ...

FERRERO ROCHER AIRTANGAN SENDIRI.

9.15.2014
FERRERO ROCHER AIRTANGAN SENDIRI.



Bagi yang menggemari coklat,FERRERO ROCHER memanglah menjadi coklat yang paling di gemari.Lagipula harganya di pasaran agak mahal.Jom kita cuba buatnya sendiri di rumah.Resepinya di bawah.

Bahan bahannya

250 g butter
150 gula caster
1 biji kuning telur
30 g serbuk roti kuning ( panco breadcrumbs)
100 g badam di kisar halus
100 g tepung jagung
300 g tepung red rose
250 badam cincang di sanggar tanpa minyak
300 g coklat masakan di cairkan
1 biji putih telur

Cara membuatnya

Ayak tepung jagung bersama-sama tepung red rose.
Masukkan badam yang di kisar halus ke dalam tepung dan di gaul rata.
Pukul butter,kuning telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
Bulatkan doh sebesar guli.
Celupkan doh ke dalam putih telur kemudian ke dalam badam cincang.
Letakkan di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165 'C selama 25 mnt.
Biarkan sejuk dahulu sebelum di salut coklat.
Letakkan bebola ke dalam mangkuk kertas.

Siap sudah Ferrero Rocher anda.Cubalah,mana tahu hasil air tangan anda lebih mantap.Selamat mencuba..
Read more ...

CARA NAK BUAT TOPPING KEK MELELEH

8.19.2014
CARA NAK BUAT TOPPING KEK MELELEH

TOPPING KEK MELELEH


Mesti kita geram melihat lelehan coklat pada kek.Bagaimanakah cara membuatnya?Jom ikuti langkah-langkahnya.
CHOCOLATE GANACHE - Topping Kek yang Meleleh

Bahan:

300 gm coklat masakan
1 sudu susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
1/4 cawan air panas

Cara-cara:

Masukkn susu cair dan susu pekat dalam periuk, panaskn dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan butter, kacau hingga ianya cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais
Mesti memikat selera..
Read more ...

COKLAT LAVA

8.17.2014
COKLAT LAVA



Ramai antara kita mesti suka makan coklat.Lagipun  coklat adalah baik untuk kesihatan tapi jika di ambil dalam kuantiti yang sepatutnya.
Hari kita nak share resepi Coklat Lava.Ini adalah resepi ringkas yang memudahkan anda.Sila mencuba..
Bahan bahannya
185g coklat masakan
185g butter
cairkan coklat dahulu...dah cair..mskkan butter...kacau sebati(kaedah double boiler)
3bj telur
1/2cwn gula halus
1/3cwn tepung gandum(ayak)
Cara membuatnya
pukul telur sehingga gebu
masukkan gula pukul lg
masukkan tepung...gaul sebati
masukkan bhn coklat td...gaul sebati(guna senduk jer)
gris bekas(sy gune bekas cup yg besi tu jer) dgn butter
tuang adunan 3/4 dlm cup
bakar 170c selama 8-10minit
keluarkan panas2 dr bekas
bole mkn dgn cream cheese @ aiskrim vanila(ikut suka)
selamat mencuba:-)
Read more ...

BISKUT BADAM COKLAT

7.08.2014
BISKUT BADAM COKLAT

BADAM COKLAT

Memang banyak kalau dipehatikan resepi bikut yang berasakan badam.Istemewanya badam hingga ia di pelbagaikan di dalam pembuatan biskut tentunya kerana rasanya yang enak.Kali ini nak share juga buskut bertemakan badam,Biskut Badam Coklat.

Bahan bahannya

3 suku cawan gula icing
½ cawan marjerin
1 biji telur
tepung gandum secukupnya
badam biji secukupnya(bakar dalam oven)
badam hancur secukupnya
coklat cooking
mangkuk kertas kecil(hitam)

Caranya

Putar marjerin dengan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.
Read more ...

BISKUT COKLAT PRETZEL

7.07.2014
BISKUT COKLAT PRETZEL

Biskut Coklat Pretzel

Kalau anda berkesempatan,marilah cuba resepi biskut coklat pretzel.Memang berbaloi kerana ianya pasti digemari ramai terutanya anak-anak.Jom tengok reepi di bawah.

Bahan bahannya

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT
10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara menbuatnya

Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko. Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Nampak seperti mudah.Selamat mencuba,
Read more ...

Brownie

6.23.2014
BROWNIE

Salah satu kegemaran anak saya ialah Brownie nie.Memang akan keluar dari mulutnya minta saya buatkan.Jom saya share cara-cara menbuatnya.

Bahan-bahan

½ cawan marjerin
50 g coklat buku
1½ cawan serbuk biskut manis coklat
1 cawan kelapa kering
½ cawan kacang tanah (dikisar kasar)
½ cawan air
1 camca teh esen vanila
100 g coklat buku (dicairkan)

caranya

Satukan marjerin dan coklat buku ke dalam satu bekas. Letakkan bekas ini di atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair. Angkat bekas coklat dari air panas. Masukkan biskut, kelapa, gula, air, dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas dan dilenser dengan kertas minyak. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dari peti sejuk, tuangkan coklat cair dan ratakan. Biarkan brownie agak keras sebelum dipotong kepada empat persegi.

Cubalah.Mudah kan.Selamat mencuba..
Read more ...