Pages

Showing posts with label resepi kek. Show all posts
Showing posts with label resepi kek. Show all posts

kEK MARBLE MARSHMALLAW

10.14.2014
KEK MARBLE MARSHMALLAW






Kanak-kanak amat menggemari marshmallaw ni.Apakata jika berkesempatan,anda hidangkan Kek Marble Marshmallaw ni untuk anak anda.Boleh juga di sediakan untuk hari-hari istimewa mereka.Resepinya boleh di ikuti di bawah.

Bahan bahannya:

2 cawan gula 1 sudu besar liquid glucose 
30 gm serbuk gelatin
3/4 sudu teh esen vanilla 
2 biji putih telur pewarna (saya guna pink)
 minyak masak (untuk gris loyang) 
*3/4 cawan air – utk buat gelatin 
*3/4 cawan air – utk buat liquid glucose

CARA-CARA : 
griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan. utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil.

Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api. 

Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas.

Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. 

Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. 

Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu). Masuk adunan ke dalam loyang. 

Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup). 

Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit. 

*Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.
Read more ...

WINTER SONATA LAYER CAKE.

8.26.2014
WINTER SONATA LAYER CAKE.



Di adaptasi dari sebuah drama Korea yang sangat-sangat popular dan menjadi kegilaan saya.Kek ini menzahirkan rasa kelembutan pelakon wanitanya dan kesetiaan pasangan lelakinya.Jom kita lihat resepi kek yang amat istimewa ini.

Bahan bahannya

20 biji putih telur 
16 oz. mentega 
1½ gelas tepung jagung 
1½ gelas tepung jagung 
1 gelas gula kastor 
½ gelas serbuk coffee Mate 
1 tin kecil Nestle Reduced Cream 
1 sudu makan perisa vanilla 
1 sudu makan ovalette 
1 sudu teh butter oil 
3oz air sejuk 
Pewarna Kuning dan hijau Muda



Caranya

Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan. 


Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati. 


Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata. 


Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata. 


Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, 
bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu: 


-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2) 

-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda 

-bahagian III - warna kuning 

Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan 


Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak 


Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III 
dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I 
tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Selamat mencuba..
Read more ...

JAPANESS CHEESE CAKE

8.26.2014
JAPANESS CHEESE CAKE


JAPANESS CHEESE CAKE


Pernah cuba resepi Japaness Cheese Cake?Jika ingin mencuba resepinya,bolehlah cuba dengan mengikuti resepi di bawah.Silalah..

Bahan bahannya

Bahan-bahan ( utk loyang size 8-inci ) 
Bahan A: 
250g cream cheese 
50g butter 
100ml fresh milk 
6 biji kuning telur 
1 tbsp jus lemon 
¼ tsp garam 
60g tepung kek / tepung superfine 
20gram cornflour

Bahan B: 
140g granulated sugar 
7 biji putih telur 
¼ tsp cream of tartar atau ¾ tbsp jus lemon 

Caranya

Dengan cara double boil (di tim), campur dan cairkan cream cheese, butter dan freshmilk. Bila dah mencair, biarkan adonan sejuk. lalu masukan tepung cake, cornflour kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adonan cream cheese tadi dan aduk (kacau) sampai rata .gunakan whisk yang kecil agar adonan cepat rata dan tdk berbintil2.(berketul2) 
mixer putih telur bersama cream of tar tar, sampai berbusa (berbuih-foamy). masukan gula sedikit demi sedikit dan mixer lagi sampai agak kaku (soft peak). 
Ambil sedikit demi sedikit adonan bahan B dan masukan kedalam adonan bahan A , aduk (kacau ) sampai rata (sebati) 
siapkan loyang size 8 inch ,olesi (sapu) dengan margarine dan alas dengan kertas baking. 
Bakar dgn cara au bain-marie (waterbath), dengan suhu 160C selama 1 jam.
 
cara membakar dengan waterbath: 


siapkan sebuah dulang / wadah yg sizenya lebih besar daripada loyang cake.tuang dengan air dingin(sejuk) dan letakkan loyang berisi adonan cake diatasnya. tinggi air cukup setengah dari tinggi loyang. jangan masukan air panas,dapat menyebabkan cake menjadi bantat dan cheesenya akan mengeras dibahagian bawah. bakar mengikut oven sendiri ataupun 150c 55 minit. 

Selamat mencuba..
Read more ...

RED VELVED CHEESE BROWNIES

8.22.2014
RED VELVED CHEESE BROWNIES




Ini adalah antara kek kegemaran anak-anak saya.Kek ini memang cantik dari segi rupanya da sedap pula rasanya.Sesuai anda hidangkan untuk tetamu yang hadir.

Bahan bahannya

Adunan Merah

250 g mentega
5 biji telur ayam
235 g tepung gandum-diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 g gula kastor
150 g susu pekat manis
1 cup mixed berries
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan chesse

500 g cream cheese
3 biji telur ayam
120 g gula kastor
sedikit asen vanila

Cara membuatnya

Adunan Merah

Pukul mentega da gula hingga putih dan kembang.
Masukkan ovallatte dan telur satu persatu.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan terus pukul hingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko.
Putar hingga sebati dengan kelajuan perlahan.
Campur yogurt bersama pewarna merah dan masukkan ke dalam adunan.
Putar lagi dengan perlahan hingga adunan menjadi merah sepenuhnya.

Adunan Cheese

Putar cream cheese hingga lembut.
Masukan gula,putar lagi.
Masukkan telur dam esen vanila
Putar lagi hingga sebati.
Bahagikan siap-siapkepada 3 bahagian.

Panaskan oven pada suhu 170c-190c.
Griskan loyang dan alas dengan baking paper.Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan.
Kemudian barulah di buat lapisan atasnya cream cheese.

selamat mencuba..



Read more ...

KEK MARBEL SUSU

8.18.2014
KEK MARBEL SUSU

KEK MARBEL SUSU


Banyak kali juga percubaan nak kena buat barulah dapat rupa bentuk Kek Marbel Susu nie yang sempurna.Tapi rasanya memang sedap.Anak-anak pasti menggemarinya.Kalau puan-puan nak cuba,jom ikuti resepi berikut.

Bahan bahannya

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak
Selesai sudah..Selamat mencuba,,
Read more ...

KEK ASAM MANIS

8.14.2014
KEK ASAM MANIS

KEK ASAM MANIS

Pernah dengar atau makan Kek Asam Manis?Jika anda belum pernah menikmatinya,bolehlah cuba resepi ini.Memang simple tetapi sesuai untuk hidangan keluarga.

Bahan bahannya

5 biji telur
1 tin gula
1 tin marjerin
1 tin tepung biskut (Biskut 4 segi tawar)
10 bungkus asam manis
Sedikit vanila

Cara penyediaannya

Mentega di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu masukkan vanila & tepung biskut, gaul rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna biasa. Mula-mula letakkan warna biasa 1 senduk tepung dalam acuan, kukus di atas dapur apabila agak masak angkat dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh. Bila siap masukkan tepung warna hijau 1 senduk ke atas asam manis tadi dan kukuslah. Buatlah begitu sampai habis.
Read more ...

CINNAMOON LAYER CAKE

8.13.2014
CINNAMOON LAYER CAKE

CINNAMOON LAYER CAKE

Jika ada masa yang terluang,rajin-rajinkanlah diri anda mencuba resepi kek ini,Cinnamoon Layer Kek.Kalau di ikutkan memang agak rumit sedikit kerjanya,namun yang lagi penting anda dapat hasilakn kek yang sedap dan enak.Jom kita lihat resepinya,

Bahan-bahannya

Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan. 

Bahan A : 
500 gm mentega (2 ketul) 
4 sd besar susu pekat manis penuh krim 
3 sd besar sirap perang 
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis 
1 sd teh vanila 

Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang. Ketepikan.

Bahan B : 
8 biji kuning telur 
10 biji telur 
350 gm gula caster 
50 gm gula icing - diayak 
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75 
1 sd teh serbuk penaik 

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan 

400 gm tepung halus - diayak 4 kali 

dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit. 

Bahan lain : 

½ ketul mentega dibiarkan lembik 

(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati) 

Caranya

Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar). 

Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat. 

Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C. 

Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

Sesuai untuk hidangan sempena Hari Raya ataupun majlis keraian lain.Selamat mencuba.. 
Read more ...

CHARLOTTE ROYALE

8.12.2014
CHARLOTTE ROYALE

CHARLOTTE ROYALE

Hari ini nak share resepi  kek CHARLOTTE ROYALE yang sedap dan enak.Kek ini memang sesuai untuk di hidangkan sempena hari-hari istimewa.Cuba dahulu sebelum dan anda akan rasa keenakkannya.Pasti ada yang akan bertanya resepinya.

Bahan bahannya

Bahan-bahan Swiss Roll: 
225 gm telur
90 gm kuning telur
200 gm gula halus
135 gm putih telur
20 gm gula halus
110 gm tepung

Bahan-bahan Krim Charlotte:
450 gm susu segar
75 gm gula halus
6 gm esen vanila
100 gm kuning telur
15 gm tepung jagung
17 gm gelating
500 gm krim putar

Caranya

Untuk memasak Swiss Roll, pukul sebiji telur dan gula. Ayak tepung. Pukul putih telur dan 20 gm gula hingga kembang. Masukkan tepung dan kemudian diikuti dengan meringue. Letakkan di atas kertas pembakar dan bakar pada suhu 220C selama 10 hingga 15 minit. Manakala cara membuat Krim Charlotte pula, masakkan susu segar, gula dan esen vanila. Cairkan tepung jagung dengan sedikit susu, kuning telur dan 50 gm gula halus. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam susu yang mendidih. Didihkan dan kacau sekali lagi. Pukul krim putar sehingga kembang dan masukkan ke dalam campuran susu yang disejukkan. Rendam gelatin dalam air sejuk dan larutkannya dalam campuran susu. Sejukkan campuran. Pukul krim putar sehingga kembang dan masukkan ke dlam campuran susu yang disejukkan. Gulung swiss roll dengan sedikit jem strawberriy dan potong kepada kepingan kecil. Susun kepingan swiss roll di atas mangkuk atau acuan berbentuk kubah. Masukkan krim charlotte dan tutup dengan satu lapisan vanila. Sejukkan dalam chiller selama 3 jam sebelum dihidangkan. Keluarkan dari acuan dan hidangkan atas pinggan. Sapukan dengan jem dan hiaskan dengan sedikit krim putar manis.
Selamat mencuba..
Read more ...

KEK CHIFFON COKLAT

8.11.2014
KEK CHIFFON COKLAT



Masih lagi di dalam mood Hari Raya.Pastinya masih ramai lagi yang meraikan bulan yang mulia ini dengan mengunjungi rakan taulan.Sebagai hidanganbuat para tetamu apakata anda buatkan Kek Chiffon Coklat ini.Boleh ikuti resepi berikut.

Bahan bahannya

100 g gula halus
47 ml minyak zaitun
20 g serbuk koko ] dibancuh
35 ml air panas ]
4 biji putih telur
3 biji kuning telur
25 g gula pasir
Sedikit krim tartar, serbuk penaik dan garam

Bahan-bahan Krim

Bahan krim:
210 ml susu manis
100 ml air suam
100 g gula halus
36 g serbuk koko
36 g tepung jagung
Sedikit esen vanila

Caranya

Satukan kuning telur, bancuhan serbuk koko, gula pasir, tepung, serbuk penaik, garam dan minyak zaitun. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Sapukan krim.

Cara membuat krim:
Satukan semua bahan dan masak secara double boiler.
Read more ...

KEK GULUNG BLUEBERRY

7.07.2014
KEK GULUNG BLUEBERRY

Kek Gulung Blueberry

KEK GULUNG memang enak di makan.Sangat sesuai untuk di hidangkan sebagai makanan ringan bagi menjamu tetamu.Jika berminat dengan resepi Kek Gulung Blueberry ini,semaklah resepi di bawah.

Bahan-bahannya

3 biji kuning telur
6 biji putih telur
50 gm air sejuk
150 gm gula
1 camca sedang Quick 75
1 camca teh serbuk penaik

100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 camca teh esen vanila
75 gm mentega cair

Pewarna merah

Caranya


Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Putar hingga rata. Masukkan mentega cair.Dan putar lagi. Kemudian masukkan pewarna merah. Kacau hingga rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan ke dalam dua loyang pembakar. Bakar hingga masak. Apabila kek masak, sejukkan baru dipotong enam jalur berlainan ukuran. Ambil satu lagi kek dan letakkan di dalam acuan berbentuk V yang dilapik dengan kertas minyak. Sapu krim mentega di tengah-tengah kek di dalam bekas V tadi. Sapukan pula inti blueberry pada krim tadi. Letakkan jalur kek terkecil sekali di atas blueberry. Tindih jalur-jalur kek yang dipotong tadi selapis demi selapis di atas krim mentega dan inti blueberry hingga penuh bekas berbentuk V. Kemudian balut kek dan simpan di dalam peti sejuk.
Read more ...