WINTER SONATA LAYER CAKE.
Di adaptasi dari sebuah drama Korea yang sangat-sangat popular dan menjadi kegilaan saya.Kek ini menzahirkan rasa kelembutan pelakon wanitanya dan kesetiaan pasangan lelakinya.Jom kita lihat resepi kek yang amat istimewa ini.
Bahan bahannya
20 biji putih telur
16 oz. mentega
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda
Caranya
Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.
Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.
Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.
Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata.
Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu,
bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:
-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
-bahagian III - warna kuning
Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan
Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak
Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III
dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I
tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment